Thursday, November 9, 2017

Dah 5 Bulan Mengandung, Pembantu Peribadi Dedah Dugaan Siti Nurhaliza Ketika Hamil



Kini sudah 5 bulan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengandung.

Setelah 11 tahun berkahwin, akhirnya pasangan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid dikurniakan anugerah terbesar sebagai pasangan suami isteri iaitu bakal menerima zuriat.

Pengumuman dibuat oleh Siti Nurhaliza bulan lepas dan terus mendapat liputan hangat dari pihak media dan menjadi topik bualan semua lapisan masyarakat.

Sepanjang 5 bulan sudah hamil ini, sebenarnya banyak dugaan dan cabaran yang dilalui oleh Siti Nurhaliza.

Pembantu peribadi Siti Nurhaliza, iaiti Rozi ada berkongsi pengalaman melihat Siti Nurhaliza melalui detik kehamilan.

Ini kongsi Rozi:

Menginjak ke usia 5 bulan kehamilan @ctdk, semakin hari semakin hilang alahan, mual, tidak selera makan dan fasa dari bulan ke bulan berubah dan akan terus berubah.

Setiap wanita yang sudah bergelar ibu, pasti melalui pengalaman hamil tersendiri serta berbeza pengalaman pula bagi setiap seorang anak yang dikandung.

Saya tahu ini adalah pengalaman baru bagi @ctdk dan tentunya beliau memerlukan sokongan dari ramai pihak terutama keluarga terdekat.

Saya pula sudah seperti anggota polis dengan slogan ' Setia Berkhidmat'. Kadangkala memang lucu membaca mesej-mesej beliau sewaktu hamil tetapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini.

Sekadar perkongsian dengan para peminat @ctdk yang seronok mendengar cerita serta pengalaman saya bersama @ctdk.

Alhamdulillah, ramai yang mendoakan, menitip nasihat, berkongsi tips dan pengalaman, tak kurang yang menghantar pelbagai hadiah, barangan, makanan dan sebagainya buat @ctdk, ramai yang sayang sebenarnya. Terima kasih semua

Rozi juga ada berkongsi beberap keping perbualan whatsapp dengan Siti Nurhaliza.

Jom baca perbualan antara mereka berdua ini. memang dapat dilihat betapa manjanya Siti Nurhaliza dengan Rozi ini.

Siti makan elak masuk angin. Kena tegur makan pedas.


Kemudian Siti Nurhaliza ada mengadu sering muntah-muntah. Adakalahnya dia muntah sebelum makan lagi.






Siti Nurhaliza juga ada meminta Rozi untuk datang ke ruamh dan Rozi akan memasak untuk Siti Nurhaliza.



Selain itu, seleran maakn Siti Nurhaliza memang sudah tiada.Malah Siti Nurhaliza juga tidak tahu nak makan apa.


Itulah antara dugaan yang dialami oleh Siti Nurhaliza sepanjang kehamilannya. Apapun sememangnya banyak dugaan ibu mengandung ini.

Sebab itu kita harus respect dan menghormati pengorbanan ibu kita yang susah payah mengaudngkan kita selama 9 bulan.

Semoga Siti Nurhaliza dapat mengharungi dugaan kehamilan ini dengan jayanya. Semoga selamat melahirkan bayi pertama dan segala urusan berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment