Dato Hans Isaac ‘Blacklist’ Nama Pelawak Yang Lupa Diri, Bajet Bagus ...Siapakah??

 
Dato Hans Isaac merupakan seorang selebriti yang telah menceburi pelbagai bidang dalam industri hiburan ini.

Antaranya, Hans Isaac telah menjadi pelakon dama, pelakon filem, pengarah, dan juga penerbit. Hans Isaac juga berjaya dalam bidang pementasan dan karyanya melalui teater Lawak Ke Der menjadi fenomena.

Kali ini, Datuk Hans Isaac mengambil keputusan untuk menceburi satu lagi cabang dalam industri ini iaitu sebagai pengacara rancangan.

Datuk Hans Isaac telah menjadi pengacara satu rancangan hiburan baru iaitu Lawak Ke Der Tak Cover Line.

Semalam, menerusi rancangan MeleTop, ketika mempromosikan rancangan Lawak Ke Der Tak Cover Line, Datuk Hans Isaac ada membuat satu pendedahan.

Kata selebriti kacak ini, dia akui telah menjadi cerewat ketika memilih artis jemputan rancangan itu.

Malah Datuk Hans Isaac akui telah banned dan menolak beberapa artis ketika senarai nama diberikan untuk rancangan Lawak Ke Der Tak Cover Line.

Ini pendedahan dari Datuk Hans Isaac:


"Bukan semua orang boleh masuk Lawak Ke Der Tak Cover Line ini, sebab saya memilih. Bila mereka meletak nama (artis jemputan) dalam list tu, saya ada reject beberapa nama.


"Saya cakap yang ini saya tak nak, ini pun saya tak nak"

Apabila ditanya atas dasar apa Datuk hans Isaac menolak nama beberapa pelawak itu, ini penjelasan dari mulut Hans Isaac sendiri.

"Saya rasa dari segi disiplin, dari perangai dorang, daripada apa yang saya lihat.


"Pelawak ni disiplin tak berapa bagus. Dorang juga tengah top, jadi dorang rasa dorang oleh buat apa yang dorang nak.

Datuk Hans Isaac juag mengatakan dia akan bertanaya soalan yang panas dan penuh kontroversi  kepada para peserta yang mana wartawan pun tak berani nak tanya kepad apra artis itu.

"Saya rasa usia saya bukan macam usia dorang, tahun depan saya dah 25 tahun dalam industri jadi saya berhak tanya apa saja saya nak.

"Kalau dorang tipu saya terus terang dan cakap 'ini tipu ni'. Wartawan tak berani tanya soalan yang akan saya tanya tu"

Itulah sedikit penjelasan dari Hans Isaac tentang pemilihan artis jemputan dan kenapa dia reject dan ban beberapa artis sebagai tetamu.

Datuk Hans Isaac telah mengambil kira pelbagai faktor seperti disiplin dan juga perangai pelawak itu sendiri.

Lawak Ke Der Tak Cover Line akan bersiaran selama 13 episod pada hari Jumaat jam 9.30 pm di Astro Warna.

Minggu pertaam telah bersiaran pada hari Jumaat yang lalu yang mana Zizan menjadi artis jemputan pertama.

Banyak soalan panas telah ditanya kepada Zizan oleh Hans Isaac termasuk kontroversi lalu melibatkan kekasihnya.

Selain Zizan, antara artis jemputsan lain ialah seperti Shuib, Abam, Saiful Apek dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan rancangan ini. Memang best dan lain dari yang lain!

Sumber: MeleTop

0 comments:

Post a Comment