Monday, November 13, 2017

Pemilihan Lagu Anugerah Juara Lagu32, Altimet Pula Luah Rasa Bengang

 
Anugerah Juara Lagu Ke 32 nampaknya telah mencetuskan kontroversi pada tahun ini.

Ini ekoran ramai yang tak berpuas hati dengan pemilihan lagu yang layak ke final AJL32.

Nampaknya banyak komen negatif dilemparkan tentang pemilihan lagu yang dipilih, dan para netizen menyatakan pendapat mereka yang langsung tak bersetuju dengan beberapa lagu yang layak.

Ada juga melahirkan rasa berang apabila lagu penyanyi kesayangan mereka gagal mara ke Anugerah Juara Lagu.

Antara yang kecewa adalah seperti peminat Siti Nordiana dan juga peminat setia Ayda Jebat.

Yang terbaru, ada individu yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi nyanyian Altimet mara ke Anugerah Juara Lagu 32.

Sampaikan ada yang mahu dan meminta agar Altimet menarik diri daripada AJL 32.

Perkara berkenaan di tulis oleh seseorang kepada Altimet menerusi laman media sosial dan Altimet telah membacanya.

Ini tulisnya:



Setelah membaca komen itu, Altimet memberi respon balas dengan  meminta individu terbabit untuk membuat satu petisyen untuk batalkan penyertaannya jika tidak berpuas hati dengan lagunya itu.


Ini komen balas Altimet:



Anugerah Juara Lagu merupakan antara pentas yang amat berprestij di Malaysia. Pada tahun ini, AJL32 menjadi tumpuan kerana kebanyakkan peserta merupakan artis baru nak up.

Penyanyi senior dan penyanyi legenda dilihat tidak lagi menyertai pertandingan AJL ini. tidak seperti zaman dulu.

Sumber: OhBulan

0 comments:

Post a Comment