Seriously Apa Korang Nak!! - Uqasha Senrose Mengamuk Digelar Gemuk Secara Live


Pelakon jelita Uqasha Senrose menjadi tumpuan di Anugerah Skrin 2017.

Uqasha Senrose dilihat hadir bersama kekasih hatinya iaitu pengacara Muzik-Muzik Hefny Sahad. Mereka berdua kelihatan secocok bersama.

Penampilan Uqasha Senrose di majlis itu hangat diperkatakan kerana pelakon ini dilihat agak berisi dan juga wajah lah kelihatan tua.

Selain itu, baju yang dipakai oleh Uqasha Senrose juga dikecam keraan tidak cantik dan disamakan seperti langsir rumah.

Setelah dikecam hebat, Uqasha Senrose dilihat ada memberi respon balas tentang hal ini.

Menerusi satu video, Uqasha Senrose dilihat kecewa dengan komen negatif yang dilontarkan kepadanya.

Uqasha Senrose memeprsoalkan komen orang ramai yang suka menghina dan mengutuk fizikal seseorang.

Bagi Uqasha Senrose perbuatan ini tidak bagus.

Ini komen Uqasha Senrose:

"Sha nak cakaplah sikit, dulu masa Sha tengah kurus semua cakap ooh kurus lah, cengkunglah, takde isi lah, tak ada tulang lah. Tak ada beza Sha dengan tiang lampu.

"Tapi bila Sha naikkan berat Sha, ada komen gemuk la , nampak tua la, macam mak orang anak tiga lah..

"Seriously apa yang korang nak? As long as i am happy! I'm happy. tak kisahlah gemuk ke kurus ke. Tak baik tau cakap orang gemuk ke, kurus sangat ke, not good. Korang nak apa sebenarnya cuba bagitahu..

Ini videonya:


 Itulah komen dari Uqasha Senrose. Pelakon dari Kelantan ini merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose. Uqasha popular menerusi drama Tundukkan Playboy Itu dan juga Hero Seorang Cinderella.

0 comments:

Post a Comment