Saturday, November 11, 2017

Sumbat Lolipop Dalam Mulut Ayah Ketika Sakit, Ini Respon Balas Ahli Keluarga Iqram Dinzly



Umum mengetahui ayah kepada pelakon Iqram Dinzly telah meninggal dunia baru-baru ini. Takziah kepada ahli keluarga Iqram Dinzly.

Namun semalam telah viral di sosial media apabila foto Iqram Dinzly yang dikatakan pelik bersama ayahnya ketika sedang sakit.

Foto ayahnya yang ketika itu sedang sakit, dan diberi makan lolipop mendapat kecaman netizen.

Rata-rata menganggap perbuatan Iqram Dinzly itu adalah tidak normal. Ayahnya yang sedang sakit tenat tapi disumbat lolipop?

Tidak tahan dikecam orang ramai dan para netizen, adik kepada Iqram Dinzly iaitu Iqbal tampil memberi penjelasan perkara sebenar yang berlaku.

Tentang isu Iqram Dinzly sumbat lilipop itu rupanya memang ayahnya yang minta dan mahukan gula gula lolipop itu. Ketika itu ayahnya baru sahaja sakit dan belum lagi tenat.

Iqram hanya melayan permintaan ayahnya yang mahukan lolipop.

Ini komen ahli keluarga Iqram Dinzly:



Harap orang kat luar sana jangan cepat menghukum. Seali lagi diingatkan janganlah cepat judge seseorang sebelum tahu sesuatu perkara. Periksa terlebih dahulu.

Dalam kes Iqram ini, ianya hanyalah salah faham oleh netizen yang tidak tahu hal sebenar.

Sejak akhir-akhir ini Iqram Dinzly telah dilabel pelik oleh masyarakat dengan beberapa gambar kontroversi di laman media sosial miliknya.

Antaranya ialah selfie di kubur ayahnya dengan senyuman.

Kemudian ada juga melihat Iqram Dinzly semakin kurus dan mempunyai fesyen pelik dengan memakai serban.

Selain itu, perniagaan kedai makan milik Iqram Dinzly di Langkawi juga telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Sebenarnya banyak dugaan yang diterima oleh Iqram Dinzly ini. Orang luar mungkin tidak tahu apa yang dialaminya.

Apapun, semoga Iqram Dinzly sukses selalu dan sentiasa berbahagia.

Sumber: OhBUlan / Twitter ATMology

0 comments:

Post a Comment