Sweetnya.. Syura Dan Fikry Lawak Solo Keluar Dating Bersama


Peserta Gegar Vaganza musim ke empat, Syura kini namanya seding meniti di bibir para peminat setelah berjuang di pentas nyanyian itu.

Syura antara peserta yang hebat ketika membuat persembahan. Minggu lepas nyanyiannya membawa lagu Elizabeth Tan berjudul "Knock Kncok" dipuji ramai. Memang sedap habis suaranya!

Ini ada satu perkongsian terkini dari Syura. Penyanyi ini telah keluar makan dengan pelawak yang sedang mencipta nama sebagai pelakon iaitu Fikry Ibrahim.

Fikry merupakan finalis rancangan realiti Lawak Solo dan kini sedang meningkat naik menerusi lakonannya yang mantap.

Melalui laman media Instagram, Syura dan Fikry masing-masing berkongsi foto berdua bersama.

Fikry Ibrahim dilihat memberikan sejambak bunga kepada Syura sekaligus menarik perhatian peminat.

Selain itu, satu gambar yang amat 'sweet' telah dimuat naik oleh Syura menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Gambar itu memperlihatkan wajah Syura yang sedang tersenyum dan bertentangan mata dengan Fikry sambil memegang jambangan bunga yang dihadiahkan oleh pelakon itu.

Menerusi caption yang ditulis,  Syura  melabelkan Fikry sebagai seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.

Ini tulis Syura:

"Terima kasih awak @fikryibrahim .. siap bagi bunga lagi ... sweet rupenyer mamat ni erk ...  korang mesti tertanya-tanya kan.. ape cerita nya ni? Tunggu ahad ni ok.. nanti Syura share ...  #gegarvaganza4 #teamsyura #kasiup1kali #bintangkembalimenyengat

Sementara itu, Fikry juga turut memuat naik foto bersama Syura di IGnya dan berterima kasih kerana bintang GV 4 itu sudi keluar makan bersamanya. 

Ini pula caption dari Fikry Ibrahim:

"Selamat hari convocation @syurabadron ! Haha . Terima kasih ngedate makan durian harini. All the best for gegar vaganza! Nanti belanja lagi naa.. nak tahu apa jadi jangan lupa tengok GV minggu ni! #teamsyura #deqeyan #kipidapdongibab

Apa pun, dari caption yang ditulis, ini semua hanyalah gimik untuk konsert Gegar Vaganza pada minggu akan datang.

Gegar Vaganza minggu ini bertemakan  'Duet, berdua lebih baik'. Syura akan berduet dengan Bob menyanyikan lagu Selasih Ku Sayang.

Ramai yang tak sabar dan nak tahu apa gimik Syura dan juga Fikry ini.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment