(VIDEO) Neelofa Sound Wartawan, Berang Dikaitkan Dengan Isu Nikah Fattah Amin, Fazura



Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa akui bengang dan berasa terkilan dengan sikap wartawan sebuah akhbar terkemuka negara dan meluahkan perasaannya.

Luahan hati Neelofa itu adalah kerana dia terguris hati dengan tindakan wartawan sebuah akhbar yang mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’.

Artikel itu tentang pandangan Neelofa berhubung isu ‘pernikahan’ pasangan Fattah Amin dan Fazura.

Dari laporan portal  MYNEWSHUB, isu berkenaan mula timbul apabila Neelofa memilih untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang komen atau 'no komen' tentang apa yang berlaku terhadap Fattah Amin dan Fazura.

Neelofa membuat isyarat meletakkan jari di bibir sebagai tanda ‘kunci mulut’ apabila disoal tentang isu Fattah Amin dan Fazura.

Apa bila artikel itu diterbitkan, Neelofa terus berang dan tidak berdiam diri. Noor Neelofa Mohd Noor dilihat telah ‘sound’ wartawan berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Neelofa meminta agar wartawan berkenaan untuk lebih menghormati privasi orang lain jika seseorang selebriti itu enggan memberi sebarang komen berhubung sesuatu isu.

Ini komen Neelofa:



"Tolong lah hormat sikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis 'neelofa tak mau layan' and masih tulis/mentioned nama mereka tentang isu yang i tak nak komen tu.

"Di mana etika kewartawanan anda? Penatlah dengan kes macam ni, Im sure ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama"

Dalam pada itu, pengacara ini juga menganggap tindakan wartawan itu seperti tiada etika dan mengakui dirinya sudah penat melayan berhubung kes-kes sebegini.

Ini video nya:


Jadi janganlah diusik sarang tebuan. Marahlah jadinya kan. 

Sebelum ini, berbeza dengan Neelofa, Sherry Ibrahim bekas kekasih Fattah Amin tiada masalah memberi komen dan mengatakan bagus sekiranya pasangan Fattah dan Fazura berkahwin.

Lain orang lain reaksinya, harap tiada yang bertanya kepada Neelofa lagi. 

Sumber: MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment