"Waktu itu saat paling sukar, emosi Eyana terjejas" - Luahan Hati Suami Elyana


Umum mengetahui penyanyi bersuara merdu, Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma, barah kelenjar limfatik.

Elyana mengumumkan hal ini kepada umum ketika tersingkir di rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke empat baru-baru ini.

Ternyata ramai yang terkejut dengan pengumuman dari Elyana itu apatah lagi apabila didedahkan bahawa penyakit kansernya itu sudah berada di peringkat tahap 4.

Ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Elyana terus kuat melawan penyakit itu dan ramai yang mendoakan agar penyanyi ini kembali sembuh.

Antara yang terkesan dengan penyakit Elyana ini sudah tentulah suaminya yang bernama Khairul Anuar.

Dalam satu tembual dengan portal Astro Gempak, suami Elyana ini telah tampil memberi komen tentang penyakit isterinya itu.

Kata Khairul sejak 7 tahun lalu, dia sering memberi kata-kata semangat kepada isterinya.

Ini antara kata semangat yang diberikan iaitu mahu isterinya meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,"  - Itulah kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana untuk memujuk hati isteri tercinta.

Kata Khairul Anuar, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma sekitar tahun 2012.

Ini dedahnya lagi:

"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,"

Emosi Elyana dikatakan tidak stabil dan lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi utnuk membunuh sel kanser.

Khairul menceritakan, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut.

Tetapi apabila menjalani rawatan kemoterapi, derita Elyana pula yang tidak tertanggung, dikatakan Elyana tertekan dan berasa amat sakit.

Ini cerita Khairul Anuar lagi:

"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,"

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

Dari pihak Berita Memey, kami berharap Elyana terus bersemangat juang yang tinggi untuk melawan penyakit kanser. Teruskan usaha, doa dan tawakkal wahai Elyana, semoga cepat sembuh!

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment