Wow! Izara Aishah Dapat Hadiah Perkahwinan Kereta Rolls Royce


Pelakon jelita  Izara Aishah bakal berkahwin dengan anak Datuk Khalid iaitu Adib yang merupakan CEO syarikat Tune Studios.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada bulan Juai yang lalu dan dijangka bernikah tidak lama lagi.

Izara Aishah dan Adib Khalid memang serius ketika bercinta sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak merahsiakan hubungan mereka.


Pasangan ini sering memuatnaik gambar bersama di laman IG milik mereka, dan dilihat selalu hadir ke majlis bersama.

Akhirnya mereka berdua akan disatukan dengan ikatan yang sah tidak lama lagi. Memang ramai peminatnya yang tak sabar nak lihat Izara Aishah naik pelamin.

Baru-baru ini, melalui laman Facebook, telah menjadi viral satu video Izara Aishah dan Adib Khalid menerima satu kejutan.

Dikatakan pasangan yang bakal berkahwin ini menerima hadia kereta mewah Rolls Royce sebagai hadiah kahwin. Wow untung betul!

Dikatakan bakal abang iparnya telah menghadiahkan kereta terbabit kepada pasangan ini.

Ternyata  Izara Aishah sangat gembira dan terkejut dengan hadiah mewah tersebut.

Ini video nya:


Di ruang komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Izara Aishah dan Adib kerana menerima hadiah mewah itu.

Ramai juga menulis komen yang mengatakan Izara Aishah beruntung kerana bakal berkahwin dengan jejaka dari keluarga yang kaya raya. Itulah yang dinamakan jodoh dan rezeki.

Untuk pengetahuan, Izara Aishah dan Adib Khalid dikatakan bakal bernikah pada 17 November 2017. Semoga segala perancangan pasangan ni akan berjalan dengan lancar.

Sumber: Oh Bulan

0 comments:

Post a Comment