Friday, December 15, 2017

(5 FOTO) Setelah Apa Yang Berlaku, Akhirnya Sajat Kembali Tampil Bertudung


Sejak kebelakangan ini nama ushawan Nur Sajat sering terpalit dengan cerita yang panas dan penuh kontroversi.

Yang terbaru ialah apabila Nur Sajat dikatakan 'merajuk' dan kecewa setelah segala usaha dan penat lelahnya ketika berkerja di luar negara untuk satu video tidak di hargai.

Ada juga menjadi viral satu video Aliff Syukri mengamuk dengan Sajat ketika proses pembikinan video lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol.

Malah video lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Aliff Syukri featuring Nur Sajat habis terus dikecam dan mendapat dislikes yang amat banyak.

Sehingga kini, sudah lebih 300 ribu dislike yang diterima oleh lagu keluaran KRU Muzik ini. Memang satu rekod!

Kerana terlalu banyak dislikes, pihak KRU Muzik telah mengeluarkan satu lagi muzik video menampilkan Datuk Aliff Syukri dengan isterinya Datin Shahida.

Berbanding video klip sebelum ini, nampaknya lagu Dato Aliff Syukri featuring isterinya itu mendapat sambutan yang baik.

Berbalik kepada Nur Sajat, selepas pulang ke Malaysia, usahawan berjaya ini telah mengadakan satu majlis tahlil dan doa selamat di kediamannya.

Nur Sajat telah berkongsi beberapa keping foto dan video sekitar majlis berkenaan.

Ini video dan gambarnya:



Apa yang menariknya, Nur Sajat telah tampil dengan imej bertudung, memang manis sekali.

Selain itu, Sajat juga ada bergambar dengan pejabat atau Wisma Nur Sajat yang baru. Memang kelas sekali pejabat Sajat ni, amat cantik!

Sajat merupakan seorang usahawan berstatus jutawan yang popular menerusi produknya dalam bidang kecantikan seperti bengkung dan mempunyai spa kecantikkan.

Kini dengarnya Sajat juga berjinak-jinak dalam menjual emas, memang masyuk! Semoga Sajat sukses selalu. - BeritaMemey

Sumber: IG Nur Sajat
Thursday, December 14, 2017

"Jihan Muse Tak Cakap Pasal Fattah, Saya Tahu Sebab..." - Pendedahan Shila Amzah

 
Beberapa hari lepas agak kecoh apabila pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse dikatakan menulis satu tweet berbaur sindiran.

Penulisan dari Jihan yang sedang sarat mengandung itu dikatakan ditujukan kepada Fattah Amin ekoran kejadian suami Fazura ini tidak masuk ke set MeleTOP secara tiba-tiba.

Kemudian, memang teruk juga Jihan Muse kena kritik kerana menulis tweet itu sehinggakan pengacara Gegar Vaganza ini terpaksa private kan akaunnya kerana dikecam netizen terutama peminat FattZura.

Oleh kerana Jihan Muse teruk terkena tempiasnya, rakan baiknya iaitu penyanyi Shila Amzah tampil menceritakan hal sebenar yang dia tahu.

Kata Shila Amzah, tulisan di Twitter Jihan Muse itu sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Bintang Popular, Fattah Amin.

Ini tulis Shila Amzah di Insta Story miliknya semalam:

"Guys my bff (Jihan Muse) tak cakap pasal FA (Fattah Amin). Can you guys please stop assuming. Dia mengandung dan dia bercerita tentang seseorang yang bekerja dengannya. Ianya tidak kena mengena dengan Fattah Amin. Saya tak berpihak kepada siapa-siapa.

"Ia bukan tentangnya (Fattah). Saya tahu sebab kami baru lepas bercakap tentang perkara ini. Siapa yang mulakan api, sila berhenti. Sebab inilah yang syaitan nak, kita berbalah gini, tak best.

"Lihat orang komen tentang Jihan Muse buat saya marah"

"Back biting memang kena diberhentikan serta merta. Perkara tak kena batang hidung sendiri. Apapun boleh komen kat sosial media. Bidang hiburan ni memang banyak ragam dia"

Ini fotonya:


Itulah penjelasan dari rakan baik Jihan Muse iaitu Shila Amzah tentang perkara yang viral ini. Diharapkan semua pihak jelas dengan perkara yang berlaku.

Mungkin secara kebetulan tweet  Jihan Muse ini ditulis sama masa tatkala isu Fattah Amin di program MeleTOP timbul dan menjadi viral.

Sumber: IG Shila Amzah

*Copy paste 100% artikel ini tidak dibenarkan, sekiranya akaun Instant Article / Adsense anda dibanned, pihak kami tidak bertanggungjawab. Sila tulis semula menggunakan ayat sendiri. TQ*

"Jangan Nak Cakap Macam Neelofa" - Shila Amzah Mengamuk Dibandingkan Dengan Neelofa

 
Neelofa merupakan seorang selebriti yang amat popular. Bukan sahaja popular dan jelita, Neelofa juga memang seorang yang bijak dari segi pelajaran dan juga hebat berniaga.

Malah kebijaksanaan Neelofa membuatkannya telah dilantik sebagai Pengarah di syarikat penerbangan Air Asia. Memang kagum melihat kejayaan pengacar MeleTOP ini.

Boleh dikatakan Neelofa merupakan artis yang mempunyai pakej yang lengkap.

Apabila seseorang itu dianggap sempurna oleh para peminat, sudah tentu ada yang cuba membandingkan dengan orang lain. Itulah yang terjadi kepada Shila Amzah.

Shila Amzah baru-baru ini berkongsi komen dari seorang haters yang mengecamnya dan membandingkannya dengan Neelofa.

Komen itu ditulis di ruangan Youtube milik Shila Amzah, ini komennya:

"Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda"

Ini fotonya:


Shila Amzah ternyata berang dengan komen tersebut dan mengatakan fakta dari netizen tersebut tunggang terbalik dan langsung tak masuk akal.

Dari respon balas Shila Amzah, dia mengatakan dia tidak bersekolah di Convent Bukit Nenas.

Semoga Shila Amzah terus bertabah melayan perangai para netizen terutama haters.

Shila Amzah juga hebat orangnya. Sebagai penyanyi yang berjaya menembusi pasaran China, ianya boleh dikira amat hebat.

Untuk pengetahuan, Shila Amzah  telah memenangi pertandingan realiti Asian Wave di negara China, satu-satu artis dari Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Penyanyi ini dikatakan telah mempunyai kontrak selama 6 tahun dengan syarikat rakaman di negara China dengan bayaran yang lumayan.

Kejayaan ini membolehkan Shila Amzah dianugerah Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik.

Kepada Shila Amzah, di harap jangan dilayan sangat komen komen negatif seperti ini.

Sumber: IG Shila Amzah

"Saya Mahu Isteri Hidung Macam Neelofa.." - Diva Azwan Ali Jawab Soal Kahwin

 
Ketika ini, pengacara popular Azwan Ali sedang sibuk berkempen untuk menjatuhkan abangnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa.

Malah sekiranya, PM Najib Razak memberi green light untuk dia menjadi wakil, Azwan Ali sanggup berpuasa selama 6 bulan atau setengah tahun.

Petang tadi, Azwan Ali telah ditemuramah oleh Sinar Harian secara live, kata Azwan Ali, walaupun dia tidak dipilih sebagai wakil rakyat, dia tetap akan menentang abangnya sehabis-habisan.

Azwan Ali juga berkata dia hanya bergurau dengan mengatakan berpuasa selama 6 bulan jika dipilih kerana sedar bahawa PM Najib mempunyai banyak lagi wakil lain utnuk menentang Azmin Ali.

Pengacara ini berkata dia layak menentang Azmin Ali kerana tahu segala-galanya tentang abangnya itu. Azwan Ali akui perjuangannya sememangnya berbau kekeluargaan.

Azwan Ali mempunyai bukti kukuh siapa Azmin Ali sebenarnya.

Selain isu politik, ada yang bertanya bila Azwan Ali mahu berkahwin?

Ini memang soalan yang dinanti oleh orang ramai.

Ini jawapan dari pengacara ini.

"Ada yang tanya kahwin, I nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyum macam Wani Hasrita, manis... oh angin (sambil nyanyi)

"Sebenarnya saya dah 52 tahun, saya rasa Karangkraf jadi media rasmi, kita kahwin dalam ni sahaja

"Tak gurau je, saya harap pelayar-pelayar tahu saya macam mana, kalau saya tak kahwin sampai saya mati tak apalah itu part saya"

"Maknanya Allah dah takdir saya macam itu, tak ada keluarga tak ada anak, itu tak jadi isu, saya redha dan saya pasrah."

Ini videonya temuramah Azwan Ali tentang isu kahwin itu:


Itulah jawapan Azwan Ali apabila ditanya tentang perkahwinan. Apapun semoga ada jodoh untuk Azwan Ali.

Semoga maju jaya buat Azwan Ali di dalam perjuangannya.

Sumber: Sinar Harian /  Media Hiburan
Wednesday, December 13, 2017

"Jihan Muse Mahu Perhatian" - Suami


Kini pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse sedang sarat mengandung anak pertama.

Suaminya iaitu Ungku Hariz mendedahkan tentang perangai isterinya sepanjang tempoh kehamilan anak pertama ini.

Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli yang kini berumur 32 tahun, berkata dia harus memberi perhatian lebih kepada Jihan Muse dan bayi dalam kandungan isterinya itu.

Perubahan paling ketara ialah Jihan Muse mahukan perhatian yang lebih.

Ini pendedahan Ungku Hariz:

"Apa yang saya nampak perubahan Jihan sedang hamil ini, dia mahukan lebih perhatian.

"Kita kena bagi perhatian lebih pada dia dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang tidak elok.

"Sebab boleh dikatakan semua wanita yang sedang hamil memang seperti itu. Saya kena jaga dia dan bayi kami yang bakal lahir,"

Kandungan Jihan Muse kini sudah memasuki 33 minggu dan dijangka akan melahirkan bayi sulung pada awal bulan Januari tahun depan.

Ungku Hariz dan Jihan Muse ditemui ketika sidang media vlog bersiri berjudul Hi Mommy Jihan! di Restauran The Sanggul, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pasangan ini secara eksklusif memaparkan kehidupan harian mereka sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri.

Menurut Ungku Hariz, mereka sudah lama berhasrat untuk untuk membuat blog video aktiviti harian mereka.

Akhirnya impian itu tercapai menerusi rancangan Hi Mommy Jihan.

Ini komen Ungku Hariz:

"Kami dah lama berhasrat nak buat blog video sendiri tapi tak jadi. Sebab itu kami terima tawaran untuk lakukan program itu.

"Menerusi program itu, kami berkongsi aktiviti harian sepanjang Jihan hamil sehingga tempoh berpantang,"

Hi Mommy Jihan! yang berkonsepkan vlog ini mempunyai 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran.

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu, hari Khamis dan Jumaat bermula 7 Disember lalu, minggu lepas.

Program ini disiarkan di YouTube MeleTOP terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Kepada peminat Jihan Muse, jangan lupa saksikan Hi Mommy Jihan.

Sumber: mStar

"Jaga Kandungan Kau, Jaga Mulut Juga" - Jihan Muse Dikecam Netizen.. Nabil Turut Beri Respon



Semalam agak kecoh apabila pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah menulis satu twet yang berunsurkan sindiran di laman media sosial.

Banyak yang membuat spekulasi bahawa penulisan itu ditujukan kepada Bintang Paling Popular iaitu Fattah Amin yang secara tiba-tiba tidak jadi masuk ke rancangan MeleTOP.

Ini ekoran Jihan menggunakan perkataan 'hero' dalam tweet nya itu.

Ini tweet kontroversi dari Jihan Muse:

"Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikir tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha.

Ternyata tweet dari Jihan ini mendapat respon yang bercampur baur dari orang ramai dan para followernya.

Ada yang meyokong kenyataan Jihan Muse ini dan ada juga yang mengkritiknya.

Namun ada para netizen yang menyelar Jihan Muse sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang.

Ada yang menyuruh Jihan Muse yang sedang sarat mengadung agar menjaga kandungannya sahaja dan juga jaga mulutnya.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Sudah lah Jihan, pergi jaga kandungan kau tu, jaga mulut juga. Ingat kau tu mengandung, perhati je perangai kau" - @Fattah Malizi

"Saya nak tanya apa niat tweet sebegini ye?" @prepone_babe

"Saya kecewa dengan sis. Nampaknya anda merupakan "makcik bawang" yang sebenar. Ini nasihat saya, jangan masuk campur urusan, masalah orang lain kalau nak terus berada di industri ini. Sila jaga urusan sendiri" @el_syaaastevie

Memang panas betul tweet Jihan itu. Rakannya Nabil Ahmad turut memberi respon tentang tweet dari Jihan itu, dengan bertanya kepada siapakah penulisan itu ditujukan.

Ini respon Nabil:

"Tapi serius laaa nak tahu kau mengata sape ni nyeeeh

"Ko ngate sape ni nyeeeeeeh

Itulah antara respon kepada tweet Jihan Muse ini. Oleh kerana tweet ini menjadi viral dalam sekelip mata, Jihan telah mengambil pendekatan menutup akses secara public dan membuat akaunnya protected.

Dalam penulisan Jihan Muse itu tidak ditulis ditujukan kepada sesiapa, hanya Jihan yang tahu.

Komen dari orang ramai itu hanyalah spekulasi sahaja.

Sumber: Tweet Jihan Muse

"Meluat Tengok Penyanyi Gemuk Aishah Ni..Tergedik-gedik" - Wanita Hina Aishah Gegar Vaganza


Penyanyi Aishah merupakan salah seorang finalis Gegar Vaganza musim ke empat.

Aishah yang dilabel oleh Dato Ramli MS sebagai seorang performer tulen, sering menampilkan persembahan yang mantap di pentas Gegar Vaganza musim ini.

Semalam, di laman media Facebook milik Aishah, penyanyi ini mendedahkan ada seorang wanita menggunakan nama "Ustazah Hamidah" telah menghinanya, termasuk mencaci bentuk fizikalnya.

Memang ayat dari wanita ini agak kurang ajar dan keterlaluan. Antara ayatnya ialah wanita ini memanggil Aishah sebagai penyanyi gemuk yang tergedik-gedik.

Yang paling teruknya, Aishah juga dicaci dan digelar seorang yang munafik.

Ini komen balas dari Aishah:

"Beginikah akhlak seorang yg.berani mengaku dirinya sebagai seorang 'ustazah'....semoga Allah memberi hidayah kepadanya

"Saya cabar ustazah datang jumpa saya, kalau berani cakap perkataan ini di depan saya. jangan berselindung dibelakang tutup wajah tu. kalau tak berani, terima kashlah bagi saya pahala lebih. jangan lupa merangka di padang mahsyar nanti kerana saya tidak maafkan sampai bila-bila.

"Meh jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang. Biar depan-depan...ke nak ticket free ke Gegar Vaganza. Jomlah saya panggil crew Astro shoot...nak jumpa sangat, tatap wajah 'ustazah' ni yang senang-senang membinatangkan orang lain.

"Hikhikhik relax friends, fans and family, I ok je.. tak jadi kudis apa pun pada I species mulut puaka keyboard warriors ni. Cuma nak ingatkan diorang ni mungkin mereka ni boleh tulis tapi selindung muka, tapi mereka lupa yang apa mereka tulis ni 24/7 Allah nampak dan tahu siapa... Ada yang dibayar hanya untuk buat kerja macam ni huhuhu kesian...."

Ini fotonya:



Kesian Aishah sampai dihina sebegitu. Jika dilihat, memang jelas pemilik akaun itu adalah seorang yang fake, atau akaun fake yang bertujuan mencaci penyanyi ini.

Apa motifnya akaun ini menghina dan mencaci sebegitu, tidak diketahui.

Moga Aishah bersabarlah dan terus fokus dengan konsert akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung Ahad depan.

Memang ramai yang mahu melihat Aishah merangkul trofi dan menjadi juara Gegar Vaganza musim ini. Living legend!

Sumber: FB Aishah

(TERKINI) Siti Elizad Dedah Sedang Sakit Ketumbuhan, Punca Sukar Hamil


Kini ramai artis sedang berjuang menentang sakit yang sedang dialami. Antara ialah penyanyi Elyana yang sedang melawan kanser, Syura yang alami penyakit misteri dan juga Lan yang menghidap hemorrhoid.

Yang terbaru, seorang lagi artis iaitu pelakon Siti Elizad buat pendedahan tentang penyakitnya yag ramai tak tahu.

Siti Elizad mendedahkan dia kini sedang bergelut dengan penyakit ketumbuhan cyst iaitu ketumbuhan yang mempunyai air.

Pelakon ini akui pernah mengalami ketumbuhan cyst seberat empat kilogram dalam perutnya sebelum menjalani pembedahan dua tahun lalu.

Walaupun telah menjalani pembedahan, pada tahun lalu,  ketumbuhan sama sebesar telur dikesan semula dalam perutnya. Penyakit cystnya datang semula.

Ini pendedahan Siti Elizad:

"Bagi kes terbaru ini, saya belum buat pembedahan kerana terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya hanya mengamalkan makanan organik sebagai langkah untuk mengurangkan pembesaran ketumbuhan ini.

"Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, cyst mengecut. Diakui perkara ini berpunca daripada faktor pemakanan harian"

Menurut Siti Elizad lagi, ketumbuhan yang dialami ini juga merupakan antara faktor dia sukar hamil dan mengandung walaupun sudah dua tahun berkahwin.

Ini penjelasan Elizad:

"Saya difahamkan cyst ini antara punca saya lambat hamil. Saya ada mencadangkan kepada doktor yang mana ingin membuang ketumbuhan ini sekiranya saya diberikan rezeki hamil dan apabila bersalin, cyst dikeluarkan sekali.

"Memang sedikit tertekan. Malah ketumbuhan ini membuatkan seseorang cepat loya".

Cyst memang diketahui boleh menjadi kanser dan sel barah sekiranya berterusan tidak dirawat. Oleh itu, pada masa sama, Elizad turut membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengesan sebarang penyakit seperti barah.

Ini komen Siti Elizad:

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik. Setiap kali menunggu hasil pemeriksaan doktor, saya pasti takut.

"Bimbang juga jika hasilnya positif. Sekarang ini semua orang mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, cara terbaik adalah berhati-hati dalam soal pemakanan"

Itulah pendedahan dari Siti Elizad tentang masalah kesihatannya. Semoga Siti Eizad cepat sembuh dari penyakit cystnya itu.

Sumber: Harian Metro
Tuesday, December 12, 2017

"Saya Naik Cari Fattah Sudah Tiada. Saya Terpingga-pingga" - Fahrin Ahmad Turut Terkejut

 
Semalam agak kecoh tentang isu Fattah Amin tidak muncul di program MeleTOP.

Fahrin Ahamd yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa terkejut apabila Fattah Amin tidak muncul secara tiba-tiba di saat-saat akhir.

Kata Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi kejadian memberitahu dia sendiri hanya sedar ketiadaan Fattah sebaik sahaja dia naik ke pentas set rancangan MeleTOP.

Fahrin Ahmad mendedahkan, pada awalnya dia dan Fattah Amin sudah dimaklumkan pada sesi taklimat yang mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa adanya pengacara utama iaiatu Neelofa dan juga Nabil Ahmad.

Namun ia ditukar pada saat-saat akhir yang mana Neelofa dan Nabil akan turut serta di acara pembukaan.


Ini pendedahan dari Fahrin Ahmad:

"Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP  berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

"Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba,".

Fahrin Ahmad memberitahu, dia bersama-sama Fattah Amin sebelum itu baru sahaja mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Cofee Prince dalam racangan Hlive! di lokasi yang sama sebelum pergi ke program popular tersebut.

Nasib baik Fahrin Ahmad seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan situasi berkenaan secara bersendirian walaupun ketiadaan Fattah Amin secara tiba-tiba.


Ini komen Fahrin lagi:

"Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu," 


"Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya,"

Fahrin berkata, sehingga kini Fattah Amin belum menghubunginya menjelaskan perkara berkenaan.

Kata Fahrin hanya pihak produksi mengetahui perkara yang sebenar.

Oleh itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal tempail memebri komen.

Pengurus ini telah menafikan Fattah Amin bersikap tidak profesional dan tidak mahu Neelofa kendali segmen pertama program MeleTOP bersamanya.

Emarina berkata, Fattah Amin sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung.

Ini penjelasan Emarina, Pengurus Astro Ria:

"Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive.

"Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang.

"Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan,"

Apa Fattah tiada, ramai yang membuat spekulasi kononnya Fattah tidak profesional apabila tidak mahu Neelofa mengendali program tersebut.

Emarina diminta mengulas spekulasi mengenai Fattah yang dikatakan enggan muncul dalam program tersebut disebabkan tidak mahu bertentang mata dengan Neelofa.

Mengikut perancangan awal, Fattah Amin akan muncul bersama Fahrin Ahmad bagi tujuan mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka yang kini disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Emarina turut berterima kasih kepada Fattah Amin yang sanggup memandu kereta dari Kedah untuk memenuhi undangan bagi mempromosikan drama Cofee Prince di MeleTOP.


Ini kenyataan dari Emarina lagi:

"Kami ingin berterima kasih pada Fattah dan pihaknya yang sanggup memandu pagi-pagi dari Kedah untuk promosi drama terbarunya.

"Kalau diikutkan jadual Fattah sangat padat dan dia juga terpaksa membatalkan mesyuarat penting untuk hadir ke program yang sudah dijadualkan,".

Selain itu, pihak Astro juga telah memohon maaf mengenai status yang dimuat naik di laman Instagram rasmi program MeleTOP sehingga menimbulkan perbalahan.


Status itu mengatakan pelakon Fattah Amin tidak dapat datang.

Menurut Emarina, segala kekeliruan antara pihak Neelofa dan Fattah sudah diselesaikan selepas tamat program tersebut.


Ini penjelasannya lagi:

"Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung.

"Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran,"


Itulah kenyataan dari pihak pengurus Astro Ria tentang isu ini.

Sumber: mStar / foto IG Aqoimran

30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse


Pelawak dan pengacara Gegar Vaganza ini kini sudah 7 bulan mengandung dan dijangka bersalin pada bulan Februari tahun depan.

Sempena bakal kelahiran anak sulungnya itu, semalam telah berlangsung majlis baby shower pelawak popular Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz.

Majlis diadakan di tempat bernama The Sanggul, Kuala Lumpur. Konsep pada majlis baby shower itu ialah bertemakan Bohemian.

Untuk yang tidak tahu, Bohemia ini merupakan satu region dari negara Czech Republic. Ada kaum di sana yang memakai pakaian natfi dan tradisional yang amat unik. Itulah konsep yang diguna pakai oleh Jihan.

Pelbagai aktiviti diadakan di majlis itu seperti teka makanan sambil tutup mata, cabaran memakai pampers dan menonton tayangan istimewa episod terkini E-bu.

Selain itu,  majlis baby shower ini juga mengadakan satu polling di mana tetamu boleh meneka apakah jantina bayi Jihan.

Kemudian, satu pengumuman jantina anak Jihan dan Unku Hariz ini dibuat oleh doktor pakar.

Melalui panggilan video secara langsung bersama Dr Norleen Mohd Salleh, Consultant Obstetrician And Gynaecologist yang merupakan doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan kandungan Jihan, beliau telah mengesahkan secara ekslusif, Jihan bakal melahirkan seorang bayi lelaki!

Jom layan gambar sekitar majlis baby shower Jihan Muse ini:


Beberapa rakan artis turut hadir di majlis baby shower berkenaan dan berkongsi rasa gembira bersama pengacara Gegar Vaganza ini.

Antara yang kelihatan ialah Shila Amzah, pelakon Nad Zainal, penyanyi Mark Adam, penyampai radio Farah Fauzana, rakan pengacara Nabil Ahmad, pelakon hebat Nabila Huda dan ramai lagi yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada Jihan dan Unku Hariz yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Semoga segalanya berjaan dengan lancar dan baik!

Sumber: IG Jihan Muse, Kaki Foto, Aqo Imran, Media Hiburan

Ramai Mengamuk! Fattah Amin Enggan Muncul Dalam MeleTOP Yang Dihoskan Oleh Neelofa


Semalam sepatutnya Fahrin Ahmad dan Fattah Amin hadir sebagai tetamu jemputan rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama terbaru mereka.

Namun apabila bersiaran secara live dengan pengacara Neelofa dan juga Nabil Ahmad, hanya Fahrin Ahmad sahaja yang muncul, langusng tiada kelibat Fattah Amin.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku? Mana Fattah Amin?

FATTAH TAK DATANG - MELETOP

Kemudian, secara tiba-tiba pihak produksi yang telah membuat kenyataan dengan menyatakan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang berjalan kerana Fattah tidak dapat hadir.

Ini kenyataan pihak MeleTOP:

"Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin dan isteri datang sini lagi. Hehe"

FATTAH DAH ADA TAPI TAK MUNCUL

Rupanya, ada isu yang sedang hangat diperkatakan apabila sebenarnya Fattah Amin dah berada di belakang pentas set MeleTOP.

Fattah Amin terus menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Ada peminat juga yang sempat merakam kelibat Fattah Amin di set MeleTOP.

Pihak produksi juga rupanya ada berbincang dengan Fattah Amin akan kemunculannya sambil diperhatikan Fahrin Ahmad.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

RAMAI PEMINAT MENGAMUK!

Perkara ni menyebabkan ramai peminat mengamuk dan menghentam Fattah Amin kerana bersikap tidak profesional apabila tidak mahu bertemu dengan Neelofa.

Ini antara komen di laman media sosial: (sumber: mStar)

"Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahan la tu nak hadap muka Lofa.

"Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah dekat Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

"Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa"

"Entah dosa apa eh. He’s really unprofessional sememangnya dia tak layak duduk dalam industri hiburan ni. Kalau itu artis kesayangan korang so minta tolong dia jadi professional sikit ye."

Ini antara screenshot:


Fattah Amin dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi itu telah berjaya dirakamkan oleh beberapa peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.

KOMEN ASTRO

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memberi komen tentang perkara ini.

Dikatakan suami Fazura itu sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang secaar tiba-tiba.

Sumber: mStar

"Terima Kasih Hina Saya, Dimalukan Di Khalayak Ramai.." - Hati Elyana Terluka


Penyanyi Elyana atau nama penuhnya, Emeelya Elyana Emrizal kini sering menjadi tajuk bualan para peminat industri hiburan tanah air apabila disahkan menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat.

Di laman media sosial, orang ramai terutama para peminatnya yang tampil memberi ucapan dan komen kepada Elyana agar penyanyi ini terus kuat semangat.

Ketika ini apa sahaja yang Elyana lakukan sering mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi penulisan terkini Elyana di laman Instagram miliknya, penyanyi ini dilihat telah meluahkan rasa hatinya yang dilihat seperti terluka dan bersedih.

Elyana dilihat berterima kasih secara sinis kepada mereka yang telah menhinanya, mengambil kesempatan terhadapnya dan juga ada yang mengataakn dia berbohong.

Ini luahan Elyana di laman Instagram sebentar tadi:

"Terima kasih kerana menghina wanita ini.Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati.

"Terima kasih juga yang menggambil kesempatan. Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian.

"Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar. Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong.

"Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalayak ramai. Terima kasih semua.

"Tak apa lah.. mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.

"Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa, tidak kuat.. punya keinginan, punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit.

"Tapi ini takdir saya. Saya terima.

"Kita semua akan mati. Bukan pesakit Kanser sahaja. Saya harap kita jaga amalan kita sendiri. Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan, lebih baik diam.

"Saya Elyana pesakit Kanser Stage 4

Itulah nukilan hati dari Elyana sebentar tadi yang ternyata kecewa dengan ada pihak yang mengguris hatinya.

Semoga Elyana terus kuatkan hati untuk melawan penyakit kanser ini dan jangan sesekali berputus asa.

Sumber: IG Elyana

Fattah Amin, Fazura Dedah Nama Bakal Anaknya, Dah Sediakan Dua Nama

 
Pasangan sama cantik sama padan, pelakon Fattah Amin dan Fazura rupanya telah berfikir jauh tentang nama bakal anak mereka.

Fattah Amin akhirnya telah mendedahkan bahawa mereka berdua telahpun memilih dua nama untuk anaknya.

Pemilihan nama anak ini dibuat ketika pasangan ini pergi mengerjakan Umrah di kota suci Makkah bersama Fazura pada awal November lalu.

Dua nama itu ialah Fatimah Aishah jika dikurniakan cahaya mata perempuan manakala Fath bagi anak lelaki.

Ini pendedahan Fattah Amin:

"Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

"Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura,"

Sedap juga nama anak-anak Fattah Amin dan Fazura ini. Simple, klasik dan best. Tidak melampau-lampau dan tidak terlalu moden, sesuai sangat.

Fatimah itu merupakan nama anak kepada Baginda manakala Aisyah itu merupakan nama isteri Baginda.

Manakala nama Fath pula membawa maksud "pembuka, kemenanganku".

Pendedahan nama ini, apabila Fattah Amin berkongsi kisah berkenaan dalam temubual di segmen Johara Pagi Era, Era FM, pagi Selasa.

Fattah Amin menjadi tetamu undangan stesen radio berkenaan bagi mempromosi drama terbaharunya berjudul My Coffee Prince, lakonan dengan Janna Nick.

Fattah berkata, dia kini sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi.

Ini komen Fattah Amin lagi:

"Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan,"

Pelakon Fattah dan Nur Fazura yang berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup iaitu lima hari selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Ramai yang tak sabar nak lihat Fazura berbadan dua dan seterusnya dikurniakan cahaya mata bersama Fattah Amin. Mesti comel belaka anaknya.

Sumber: mStar
Monday, December 11, 2017

Syura Alami Penyakit Pelik, Datuk Fadzilah Kamsah Pun Perasan, Kena Buatan Orang Ke?


Minggu lepas, penyanyi cantik Syura telah tersingkir di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim.

Sayang betul, satu langkah sahaja lagi untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza, tapi tidak mengapa, itulah yang dikatakan tiada rezeki namanya.

Setelah tersingkir, melalui satu temubual, Syura Badron mendedahkan dia juga menghidap penyakit yang pelik.

Katanya, dia alami penyakit misteri yang mulanya disangkakan penat biasa sejak beberapa bulan lalu.

Namun kata Syura, dia menjadi semakin risau apabila ramai orang terdekat menegur bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Meskipun tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara bukan-bukan, penyanyi terbabit mengakui ada perkara pelik berlaku padanya.

Lagi membuatnya risau, Datu Fadzilah Kamsah turut menegurnya tentang hal itu.

Ini pendedahan Syura:

"Saya perasaan dalam beberapa minggu ini suara saya pandai hilang pada waktu pagi. Kepala migrain secara tiba-tiba selain badan kebas sebelah.

"Saya sebenarnya tidak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu lalu.

"Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, sengugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya"

Syura memberitahu dia mula alami penyakit pelik itu ketika  merakam lagu di negara jiran, Indonesia sekitar September yang lalu.

Walaupun dinasihatkan berjumpa pakar untuk merawat penyakit itu, kesibukannya ketika bertanding dalam Gegar Vaganza 4 (GV4) menyebabkan Syura tiada masa untuk mendapatkan rawatan.

Ini jelasnya lagi:

"Disebabkan penyakit itu, berat badan saya susut sebanyak 12 kilogram sebaik menyertai GV4. Apabila membuat persembahan pun saya tidak pernah berpeluh habis seperti mana kamu lihat saya di pentas.

"Saya ada perancangan untuk pergi bertemu pakar dan berubat. Bagaimanapun belum ada masa sesuai"

Syura tersingkir daripada GV4 di peringkat separuh akhir selepas mendapat markah terendah.

Nyanyian Syura dikatakan ada flat oleh Ramli MS dan juga Hetty Koes Endang.

Datuk Tarmimi pula mengatakan Syura nyanyi terlalu berhati-hati sehingga kurang 'feel' lagu tersebut.

Mungkinkah penyakit ini punca Syura gagal menyanyikan lagu dengan baik?

Apapun, enam peserta telah layak ke final program realiti, mereka ialah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.

Semoga Syura sihat-sihat sahaja selepas ini. Cepat cepatlah dapatkan pandangan dari mereka yang pakar tentang bab penyakit misteri ini.

Sumber: Harian Metro

(VIDEO) Azwan Ali Mohon PM Najib Nak Bertanding Di Bukit Antarabangsa, Sanggup Puasa 6 Bulan..


Kini nama selebriti yang penuh dengan kontroversi iaitu Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA sedang hangat diperkatakan.

Ini ekoran penglibatannya dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung ketika ini.
Pelbagai pendedahan di buat olehnya ketika menghadiri persidangan tersebut.

Antara isu paling lantang dibawa oleh Azwan Ali ialah untuk menewaskan abangnya iaitu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.

Pada 6 Disember yang lalu, selebriti Azwan Ali dalam satu temubual mengatakan bahawa dia akan berpuasa selama enam bulan sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan dia bertanding di Dun Bukit Antarabangsa.

Bukit Antarabangsa ialah DUN dimana Azmin Ali bertanding.

Ini videonya:


Selain itu, kecoh juga apabila pengacara yang amat terkenal dengan kelantangannya untuk bersuara ini, mencabar abangnya, Azmin Ali untuk sumpah laknat dengan bersaksikan tujuh imam tentang semua perkara yang dinafikan oleh Azmin Ali.

Kata Azwan Ali, sebagai individu yang 'tidur sebantal' dengan Azmin, dia tahu segala rahsia abangnya itu selama ini.

Ini komen Azwan Ali:

"Bertahun-tahun saya simpan rahsia dia tapi apa saya dapat? Depan saya bukan main baik lagi, belakang.. dia cakap saya pondan lorong dekat arwah mak, sampai bila saya nak diam?

"Azwan menunjukkan harapan yang kita (Barisan Nasional) boleh menawan dan mengalahkan Azmin dan merampas semula Selangor.

"Kita akan berusaha mengembalikan Selangor kepada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak"

Itulah komen dari Azwan Ali tentang keputusannya untuk bertanding di Bukit Antarabangsa menentang abangnya sendiri.

Sumber: Utusan

"Sejujurnya Saya Terasa Hati.." - Luah Isteri Abam Bocey, Dugaan Selepas Berkahwin..

 
Abam, pelawak popular dari kumpulan Bocey telah pun selamat bernikah dengan gadis pilihannya bernama Hidayah pada hari Jumaat yang lalu.

Baru sahaja berkahwin, Siti Norhidayah Binti Mohd Ali berkata memang ada mulut jahat yang menghinanya dan memberi tomahan serta komen negatif kerana melabelnya berkahwin dengan Abam semata-mata kerana harta dan juga populariti.

Memang tak patut ada yang membawa mulut tentang hal ini.

Dikecam dan dipandang sinis sesetengah individu, isteri kepada Abam ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak mudah melenting.

Malah, suaminya, Abam juga telah memberi nasihat kepada Hidayah tentang isu ini, memandangkan dia sudah bergelar isteri kepada seorang artis.

Ini pendedahan dari Hidayah:

"Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

"Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu. 

"Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,"

"Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.

"Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati"

Kemudian, Hidayah mendedahkan detik bagaiaman berkenalan dengan Abam.

Mengenali Abam sebelum lelaki tersebut bergelar artis, Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkenalan mereka bermula di laman sosial Facebook (FB).

Isteri kepada Abam ini kemudian mendedahkan kenapa boleh terpikat dengan Abam Bocey.

Antara ciri yang buatkannya 'cair' ialah Hidayah mengakui senyuman pelawak tersebut membuka hatinya untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat.

Kemudian sikap peramah dan tanggungjawab yang ditonjolkan oleh Abam membuatkan Hidayah jatuh cinta.

Ini pendedahan dari Hidayah:

"Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

"Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu.

"Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami,"

"Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini.

"Kami tak keluar ‘dating’ hanya berhubung di FB dan telefon. Pertama kali berjumpa ialah ketika Abam menyertai program Raja Lawak 6"

Imbas kembali, Siti Nor Hidayah yang berumur 25 tahun sah bergelar isteri kepada Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang kini berumur 29 tahun dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30 petang, 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Abam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak Hidayah dengan wang hantaran berjumlah RM13,888.

Majlis resepsi pengantin perempuan telahpun diadakan di Sabak Bernam pada 8 Disember yang lalu dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Tahniah diucapkan kepada Abam dan juga Hidayah! Selamat berbahagia!

Sumber: Astro Gempak / mStar

Setelah Pengakuan Elyana Tak Minum Pamoga, Ini Respon Balas DS Vida


Penaja utama Gegar Vaganza iaitu Datuk Seri Vida dikatakan telah memerli Elyana di atas pentas semalam.

Semalam, secara live, Dato Seri Vida telah bertanya kepada Lan Kristal yang mengalami penyakit buasir, adakah benar dia minum Pamoga dan jangan berbohong di atas pentas.

Lan kemudian menjawab, dia tidak mengambil minuman Pamoga. DS Vida kemudian berkata, kalau tak minum jangan menipu dan dia tidak pernah memaksa mana mana pihak untuk minum Pamoga.

Ini seperti mengaitkan dengan Elyana yang sebelum ini mengaku berbohong ketika di depan TV mengatakan dia minum Pamoga walhal  Elyana kemudiannya mengaku tidak mengambil Pamoga dan mengatakan minuman kesihatan itu tidak sesuai dengan kanser.

DS Vida telah menafikan kenyataan dibuat pada siaran langsung musim keempat, Gegar Vaganza (GV4) yang dikatakan ditujukan kepada bekas peserta program realiti itu, Elyana.

Vida memberitahu, dia tidak terasa hati dengan perkongsian 'live' Instagram dibuat Elyana yang menafikan dirinya mengamalkan produk Pamoga yang diasaskannya.

Ini penjelasan DS Vida:

"Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula.

"Bagaimanapun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk menyimpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya mengguris perasaan Elyana.

"Saya memahami keadaannya... Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana,"

Itulah penjelasan dari DS Vida tentang isu ini. Mungkin ada salah faham sahaja yang berlaku.

Sebelum ini agak kecoh apabila Elyana melalui aplikasi 'Facebook Live' meminta mana-mana pihak tidak mengaut keuntungan mudah selepas dia mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Kemudian melalui aplikasi live di Instagram pula, penyanyi Kalis Rindu ini menyatakan dia tidak mengambil mana mana minuman kesihatan termasuk Pamoga yang diterimanya.

Dalam video itu, Elyana akui terpaksa menipu dan mengaku minum Pamoga kerana ingin membantu penaja tersebut.

Sumber: Berita Harian

"Sikap Ude Buat Saya Tidak Mampu Menolak.." - Izreen Azminda Dedah Mengapa Terpikat Dengan Ude

 
Pelakon cantik, Izreen Azminda kini sudah diketahui menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas bernama Ude se­men­jak 8 Ogos lalu dalam satu perkah­winan tertutup di Damansara.

Berwalikan bapanya sendiri, Mohammad Aznam Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri Ude.

Keputusan berkahwin buat kali kedua ini telah dibuat setelah Izreen bercerai tiga tahun dengan suami pertamanya seorang jurugambar bernama, Riza Baharuddin.

Sebenarnya Izreen tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan suami orang atau hidup bermadu.

Oleh itu ramai tertanya kenapa memilih Ude sebagai suami dan sanggup menjadi isteri kedua.

Menerusi temubual bersama portal Utusan, Izreen mendedahkan mengapa dia berkahwin dengan Ude.

Ini komen Izreen Azaminda:

"Kenapa dia? Kenapa Ude, suami orang yang dipilih? Saya sendiri tidak punya jawapan"

"Cuma, orang kata apabila kita cinta, kita akan sanggup buat apa sahaja. Dan saya fikir kerana kesanggupan itulah saya memilih untuk menjadi isteri ke-duanya dalam usia kami yang masih muda.

"Betul sekali apa yang diperkatakan oleh isteri pertamanya (Intan Liana Salleh), Ude memang seorang yang bertanggungjawab.

"Dengan anak-anak, dengan keluarga semua, dia sangat ikhlas. Mungkin sikap baik Ude membuatkan saya tidak mampu untuk menolak takdir ini dan akhirnya memilih untuk hidup dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri sebelum ini. Demikian hebatnya kuasa cinta"

Kemudiannya Izreen mendedahkan, Ude mampu 'membeli' jiwanya dan juga anaknya yang membuatkan hatinya terbuka untuk berkahwin walaupun sebagai isteri kedua.

Ini pendedahan Izreen Azminda:

"Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya.

"Ude mampu membeli jiwa kami sehingga saya terbuka hati untuk kembali ada suami, setelah 3 tahun hidup bersendirian. Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga.

"Sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang dan sudah ada dua anak. Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita"

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda tentang suaminya Ude.

Buat masa sekarang isu ini masih lagi panas dan Izreen masih lagi dikritik kerana berkahwin dengan suami orang.

Izreen Azminda terpaksa menutup ruang komen di laman sosialnya, untuk mengelakkan komen negatif yang mampu membuat perkara ni menjadi lebih buruk.

Sumber: Utusan
Sunday, December 10, 2017

11 Foto: Ini Gambar Kontroversi Tasha Shila Ketika Bercuti Di Pantai, Habis Dedah Sana-Sini

 
Wajah Tasha Shilla kini jarang dilihat di kaca televisyen. Namun secara tiba-tiba nama Tasha Shila menjadi sebutan sejak beberapa hari yang lalu.

Rupa-rupanya ianya adalah gara-gara gambar terkini Tasha Shila yang menjadi bualan hangat.

Tasha Shila sedang bercuti dan berkongsi gambar di laman media sosial miliknya.

Gambar Tasha Shila itu telah mendapat perhatian gara-gara memuat naik foto memakai seluar pendek dan baju yang agak terdedah.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak yang berkongsi foto tersebut dengan kapsyen memaklumkan dia ingin bercuti di pantai menerima kecaman daripada netizen.

Ini caption pelakon jelita ini:

"I need my vitamin sea.Time for sun bathing
"Time to relax after a morning run on the beach

Ini traslationya:

"Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari,"
"Masa untuk berehat selepas berlari di pantai"

Ini 11 fotonya yang telah di compile menjadi video, jom layan:



Setelah gambar ini dimuatnaik, memang teruklah Tasha Shila dikecam oleh para netizen.

Ada yang beranggapan pelakon berumur 30 tahun ini sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk menaikkan semula popularitinya

Ini antara komen di laman IG miliknya:

"Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi.

"Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik,"

Namun ada juga follower dan peminatnya yang meminta orang ramai supaya jangan sibuk hal artis dan jaga tepi kain sendiri.

Ini antara komen para peminat Tasha Shila:

"Artis pun manusia juga dan mereka ada hak untuk jalani kehidupan mereka dan berseronok, buat salah, buat apa yang dia nak, pakai apa yang dia nak pakai.

"Orang-orang Melayu ini tak boleh bagi orang lain hidup langsung. Ada saja yang mereka nak kecam. Kesian sungguh dekat mereka.

"Biarlah dia, Instagram dia yang korang nak kecam dia, baik unfollow saja dia. Sampai masa nanti berubah la dia,"

Tasha Shila sebelum ini popular menerusi bebrapa drama bersiri. Pada tahun ini Tasha Shila dilihat jarang keluar TV.

Ramai peminatnya yang mahu Tasha Shila kembali buat come back dalam dunia lakonan.

Sumber: IG Tasha Shilla / mStar

"Siapa Fathia? Meroyan Bising, Pergi Buat Bigo Live Je Lah.." - Azwan Ali

 
Nampaknya nama Fathia Latiff naik lagi. Selepas pelakon Dira Abu Zahar mengkritik pelakon ini, kini giliran pengacara tersohor penuh kontroversi iaitu Azwan Ali memberi komen kepadanya.

Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA telah melabel pelakon Nur Fathia Latif yang disifatkan nya sebagai masih mentah dan belum sampai ke tahap primadona untuk melontarkan pendapatnya terutama dalam bidang politik dan hal kerajaan.

Kata Azwan Ali, sebenarnya tidak salah sekiranya seseorang artis itu mahu bersuara tetapi biar berpada-pada selain menilai diri dan pencapaian dalam industri seni.

Ini kenyataan pengacara ini:

"Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

"Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?," 

Azwan berkata demikian ketika berjumpa dengan beberapa wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.

Adik kepada Azmin Ali ini turut menasihatkan Fathia Latiff yang digambarkan 'masih berhingus' itu supaya perbaiki kerjaya lakonannya terlebih dahulu.

Ini katanya lagi:

"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik.

"Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru... pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,"

Kata sinis dari Azwan Ali itu merujuk mengenai kontroversi video Bigo yang dikaitkan dengan Fathia Latiff sehingga menjadi tular.

Sebelum ini Fathia Latiff  mendakwa telah diserang oleh seorang individu sehingga mengugut untuk menembaknya.

Rabu lalu, Dira yang juga Exco Puteri Umno dalam ucapannya sempena PAU 2017 menyelar tindakan Fathia Latiff yang lantang bersuara di media sosial miliknya.

Dira menasihati dan memerli Fathia Latiff yang digambarkan hanya tahu menulis di laman media sosial sahaja tanpa turun padang untuk melihat masalah masyarakat.

Fathia Latiff juga dinasihatkan untuk perbaiki mutu lakonan terlebih dahulu sebelum mencampuri hal ehwal kerajaan.

Sumber: mStar

"Aku Ada Hati Perasaan" - Luahan Kesedihan Intan Liana, Madu Izreen Azminda

 
Antara kisah paling mengejutkan pada tahun 2017 ini ialah perkahwinan pelakon canktik jelita Izreen Azminda dengan seorang pemuzik bernama Ude.

Ude akui mengahwini Izreen Azminda pada bulan Ogos lalu, dan isteri pertamanya dikatakan tidak mengetahui perkara berkenaan.

Pasangan ini telah bernikah pada 8  Ogos di Malaysia dengan berwalikan ayah kepada Izreen Azminda sendiri.

Isteri pertama Ude bernama Intan Liana, 32 tahun, akui hanya mengetahui perkara ini baru baru ini sahaja dan hanya redha dengan perkara berkenaa.

Sejak pendedahan bahawa suaminya, Ude telah mengahwini pelakon Izreen Azminda, Intan Liana memang tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut mengenai kisah rumahtangganya dan kisah hidup bermadu.

Mereka bertiga kini mengambil pendekatan mengunci mulut untuk bercerita tentang kisah rumah tangga.

Namun menerusi laporan terbaru dari Beautiful Nara, Intan Liana ada meluahkan perasaannya.

Dia telah memuat  naik satu Instagram Story menunjukkan dia sedang bersedih namun terpaksa memendamkan saja kesedihannya.

Tidak dapat dipastikan luahan Intan ini merujuk kepada siapa.

Walaubagaimanapun,  ramai yang membuat spekulasi ianya berkaitan dengan kisah hidup bermadu dengan Ude yang berumur 29 tahun dan Izreen Azminda yang berumur 32 tahun.

Jom baca luahan Intan Liana:

"Jangan tanya aku kenapa... Aku juga ada hati dan perasaan untuk dilepaskan apa aku rasa. Aku diam tak apa, pendam sampai mati!"

Itulah luahan terbaru dari Intan Liana. Sebelum ini di laman sosial miliknya, memang ada beberapa luahan dari Intan Liana menerusi beberapa keping gambar.

Ini ayat dari gambar terbabit:

"Rindu (gambar anak)

"Kekuatanku (gambar anak)

"Aku cuma punya hati..

"Speak good or keep silet

"Its hurt

"Hidup dan matiku

"Kadang gua bingung, mesti menangis, ketawa

"Menjadi diri sendiri memang baik, tetapi berubah jadi lebih baik adalah lebih baik

Itulah antara luahan Intan Liana di laman media sosialnya. Ianya hanyalah uahan hati dari Intan Liana dan tidak ditujukan secara spesifik.

Semoga hubungan mereka sekeluarga baik-baik sahaja.

Sumber: Beautiful Nara / IG Intan Liana
Saturday, December 9, 2017

(VIDEO) Persembahan Tarian Neelofa Di Malam Gala Naelofar Hijab


Siapa yang tak kenal dengan nama Nor Neelofa yang merupakan nama besar di industri seni tanah air. Selain hebat berlakon dan pengacara, Nor Neelofa juga hebat berniaga.

Nor Neelofa merupakan pengasas tudung popular di Malaysia iaitu Naelofar Hijab. Jenama tudung ini sememangnya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.

Ada laporan mengatakan laporan ini amat popular dan mendapat sambutan hangat di seluruh pelosok dunia termasuk Amerika Syarikat dan juga Singapura.

Kejayaan jenama tudung milik Neelofa ini sehinggakan penjualannya mencecah RM200 juta, wow satu angka yang amat besar!

Malah kerana kehebatan Neelofa berniaga tudung Naelofar Hijab ini, pihak Air Asia telah melantiknya menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, satu kejayaan yang amat hebat buat Neelofa.

Oleh kerana kejayaan hebat tudung Naelofar Hijab, satu majlis sambutan meraikan para peniaga tudung ini telah dibuat

Malam tadi (semalam) telah berlangsung nya Malam Gala Naelofar Hijab yang buat kali pertama diadakan oleh pihak Naelofar Hijab.

Majlis penuh meriah ini di adakan di sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu JW Marriot Hotel Kuala Lumpur.

Majlis itu dikatakan mengambil tema "Arabian Night" dan khabarnya hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga pelakon jelita Neelofa termasuk para peniaga.

Paling menarik perhatian ramai pada malam itu adalah persembahan tarian oleh Neelofa.

Ini video nya, jom layan:


Neelofa menari tarian Arab dan mendapat sorakan gemuruh dari para hadirin.

Wow! Memang amat meriah sekali! Memang comel betul Neelofa menari. Tak sangka Neelofa ada bakat terpendam, pandai menari.

Dari pihak Berita Memey, kami ucapkan jutaan tahniah buat Neelofa kerana berjaya dalam kerjayanya, sebagai selebriti dan juga sebagai ahli perniagaan.

Sumber: Oh Bulan

Kisah Penuh: Fathia Latiff Diserang, Diugut Tembak Seorang Lelaki



Ini satu lagi kisah mengejutkan tentang Fathia Latiff. Sejak akhir-akhir ini Fathia Latiff sering terpalit dengan beberapa isu.

Kali ini pelakon Fathia Latiff mendedahkan dia telah diserang oleh seseorang ketika berada di dalam kereta.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30 tahun berkata, individu itu turut mengugut untuk mencederakan dirinya.

Pelakon drama Ariana Rose ini turut mendedahkan mengenali lelaki berkenaan namun tidak mahu mendedahaknnya dan membuat report polis kerana sebab tertentu.

Jom baca rentetan kisah ini dari Twitter Fathia Latiff.

Ini tweet Fathia Latiff:

"I was just being attack by someone. Bald head, selamat ada parang belakang kereta. Guys, please be careful.

"Siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia

"I was being numbed sampai rasa traumatized

"He even provoked me by saying "jangan sampai peluru aku sampai kat kau"

"I know his name, but i dont want to mention it, one thing for sure. If u are a guy, act like ONE!

"I need a bodyguards!!!

"Kesimpulan dia, kalau report polis pon tak jadi apa sbb lembab nak amik tindakan

"Guard pun tengok je macam tak guna jadi guard ha geram la ni

Ini translation nya:

"Saya baru sahaja diserang oleh seseorang. Kepalanya botak, selamat ada parang di belakang kereta. Semua diharap perlu berhati-hati.

"Lelaki itu baling rantai sampai terkena bahu saya. Dalam kereta lelaki berkenaan juga ada anaknya"

"Saya masih tergamam sehingga rasa trauma,"

"Dia juga telah mengugut saya dengan berkata "jangan sampai peluru aku sampai kat kau".

"Saya perlu pengawal peribadi!. Ada pengawal keselamatan tapi hanya tengok sahaja,"

Itulah pendedahan Fathia Latiff. Banyak pula kisah menarik sejak kebelakangan ini tentang Fathia Latiff.

Kalau diserang begini harapnya Fathia Latiff buat laporan polis la ye. Ini untuk keselamatan diri juga, takut nanti kes berulang.

Sumber: Oh Bulan
Friday, December 8, 2017

Tak Bagi Jumpa Anak, Nedim Dedah Surat Bekas Isteri Disabitkan Menghina Mahkamah

 
Untuk pengetahuan, hari ini merupakan hari lahir suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri.

Namun pada hari lahirnya, Nedim Nazri telah mendedahkan sesuatu yang berkaitan dengan bekas isterinya bernama Nabilah Khan.

Agak kecoh di laman media sosial Instagram milik Nedim apabila anak kepada Menteri Pelancongan ini mendedahkan satu isi kandungan surat perintah dari mahkamah.

Dalam surat itu jelas mengatakan, bekas isterinya telah disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah kerana engkar dengan perintah mahkamah.

Perkara ini berkaitan dengan anak lelaki mereka iaitu Dre. Nedim dikatakan tidak dibenarkan berjumpa dengan anak lelakinya itu.

Ini pendedahan Nedim:

"Today Allah was on my side again , she was charged with contempt of court, she paid, and we waited for the letter to pick Dre up, once we received this letter, my mom and sister went there, my mother and sister is there right now at her house to get my son , again the psycho woman and Her Dayus husband refuse to comply to the court order for the 2nd time ! Giving reasons after reasons ! No problem . It’s all good , you are buying time , buy as much as you want ! I do not care who YOU are when it comes to my son . Allah will be beside me . Have fun.


Ini foto surat itu yang dimuatnaik oleh Nedim:


Kemudian, tidak lama selepas itu, Nedim memuatnaik gambar ibunya sedang menunggu cucunya iaitu anak Nedim setelah mendapat perintah mahkamah.

Namun Nedim mengatakan pihak bekas isterinya tetap tidak membenarkan anaknya itu diberikan kepada pihak Nedim.


Nedim menyelar bekas isterinya itu sebagai kurang ajar.


Ini caption Nedim Nazri:

"My mother waiting outside for my son because court gave orders again ! Look how rude this bloody idiots are. A 64 years old Grandmother waiting for her Grandson on the eve of my birthday!


Itulah pendedahan dari Nedim apa yang berlaku kepadanya hari ini.

Sebelum ini di hari lahir anaknya, Nedim ada memuatnaik video mendedahkan dia dilarang berjumpa anak lelakinya oleh bekas isteri.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: IG Nedim Nazri

(Kenyataan Penuh) Neelofa Dilantik Pengarah Syarikat Air Asia.. TAHNIAH!



Ini satu berita yang amat menggembirakan apabila selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dilantik oleh AirAsia Bhd (AirAsia) sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Pelantikan Neelofa yang merupakan Bintang Paling Popular 2015 itu telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah Air Asia.


Selain hebat sebagai selebriti, Neelofa juga hebat dalam bidang perniagaan yang mana tudungnya, Naelofar Hijab merupakan satu jenama yang cukup gah di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihak AirAsia amat gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.


Ini kenyataan dari Tony Fernandes:

"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.

"Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia.

"Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami.

"Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Neelofa," 

Sedikit infomasi tentang kejayaan jenama tudung Neelofa iaitu Naelofar Hijab, jenama tudung itu dilaporkan berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan RM200 juta tahun ini.

Malah tudung Naelofar boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura. Memang satu pencapaian yang amat mengagumkan!

Apabila dilantik, Neelofa juga telah memberi respon balas. Neelofa, berkata beliau teruja untuk menyertai keluarga AirAsia.

Ini respon Neelofa:

"Ini bukan hanya kejayaan saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun, saya meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang dan berubah.

"Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh," 

Tahniah buat Neelofa! Sudah pasti gabungan Neelofa dan Air Asia akan menjadi satu fenomena yang tersendiri. Semoga berjaya!

Sumber: BeritaHarian

10 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Abam Bocey Dan Hidayah


Tahniah diucapkan kepada pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam kerana telahpun selamat bernikah dengan gadis pilihannya.

Dengan sekali lafaz, tepat 5.35 petang, pada hari Jumaat bersamaan 8 Disember 2017, Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Nurhidayah bt Mohd Ali yang berumur 25 tahun.

Memang cantik isteri kepada Abam ini.

Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, nama sebenar Abam telah menyerahkan mas kahwin nya adalah sebanyak RM3000.

Abam yang kini berumur 29 tahun dan Hidayah diijabkabulkan oleh Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pihak pengantin lelaki memberi 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Sementara itu, jumlah wang hantaran RM13,888.

Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.

Ini kompilasi foto dan video pernikahan pasangan ini:

Jom tonton videonya:


Awal pagi tadi,  Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan sekitar jam pukul 10.

Malam ini, bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ juga di kediaman pengantin perempuan.

Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu. Kemudian mereka berdua berpisah kerana kesibukkan Abam sebagai seorang bintang dan pelaak popular.

Jodoh tidak kemana, akhirnya pasangan ini bersatu semula dan akhirnya menjalinkan hubungan serius sehingga membuat keputusan untuk berkahwin.

Selamat pengantin baru buat Abam dan juga isterinya Hidayah. Semoga berbahagia selalu!

Sumber: IG Abam / IG Fad Bocey
Thursday, December 7, 2017

"Fattah Jantan Dayus, Tak Reti Ajar Isteri" - Haters Kecam Pakaian Singkat Fazura


Sekarang ini rata-rata bercerita tentang pasangan bari berkahwin iaitu Fattah Amin dan Fazura.

Pasangan sensasi ini sering menjadi tumpuan lensa media dan orang ramai. Setiap perbuatan, gambar dan juga videonya sering menjadi topik hangat.

Semalam, satu lagi isu panas telah timbul. kali ini berkaitan dengan pemakaian isteri Fattah Amin itu yang dikatakan agak terdedah dan singkat.

Baru-baru ini Fazura telah terbang ke Indonesia untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Ayat-Ayat Cinta 2.

Filem romantis ini bakal ditayangkan di Indonesia pada 21 December manakala di Malaysia, Brunei dan Singapura pada Januari tahun depan.

Memang ramai tertunggu-tunggu filem ini yang menggandingan pelakon hebat dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia.

Fattah Amin nampaknya turut hadir memeriahkan majlis promosi filem lakonan isterinya itu.

Ketika majlis berkenaan pakaian Fazura dikatakan kurang sesuai dan terdedah berbanding dengan pakaiannya ketika baru balik Umrah, bertunang dan bernikah tempoh hari.

Pada malam tayangan perdana filem Ayat-Ayat Cinta 2, Fazura memakai pakaian berwarna hitam paras lutut.

Mungkin kerana bahagian kaki yang terdedah sehingga menampakkan lutut, orang  ramai memberi respon negatif dan mengecam Fazura.

Fattah Amin turut menjadi mangsa apabila netizen terutama para haters pasangani ni yang mendakwa Fattah Amin seorang suami yang dayus kerana tidak menegur cara pemakaian isterinya itu.

Di ruangan komen pasangan ini dihujani dengan teguran-teguran, pelbagai kritikan dan komen negatif.

Ini antara komennya:

@noorfatie Terdedah sangat, baju atas lutut bayangkan. Pakaian menjolok mata sangat at least pakai la jeans ke, kalau duduk nmpk kepala lutut

@cheino21 Nampak kepala lutut fazzz... sian fatah n fmly... baru ke balik umrah

@ana_surihan Lihat tu so sweet tapi ....x menutup Aurat lar

@hunny_rose Fattah tak jelous ke kongsi aurat isteri dengan khalayak

@pussin.m Fattah tak tegur isteri ke

@makeup.murah93 Fattah memang suami dayus. Beza sungguh cara pemakaian adik beradik dan ibu dia. Apa punya bini pakai macam tu lepas balik Umrah.

Ini komen paling mencuri perhatian:

"Tudung mana tudung, jantan dayus tak reti ajar isteri. Pergi umrah bagai tapi perangai macam ni, kesian."

Itulah komen orang ramai dan haters yang menyerang Instagram Fattah Amin dan Fazura.

Janganlah begitu, pasangan ini baru berkahwin, doakan sahaja yang baik-baik buat mereka. Moga nanti pasangan ini akan berhijrah dan menajdi lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: OhBulan / IG Fattah Amin

(15 FOTO) Sekitar Majlis Solat Hajat, Doa Selamat Elyana.. Buat Ramai Sayu


Semalam telah diadakan satu majlis solat hajat dan doa selamat penyanyi Elyana yang sedang bertarung dengan penyakit kanser linfoma tahap empat.

Majlis solat hajat dan doa selamat itu dianjurkan oleh kelab peminatnya, iaitu Elyana Official Fan Club atau Elo FC di masjid Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Para peminatnya dan rakan artis turut hadir ke majlis itu untuk memberi sokongan kepada Elyana.

Elyana yang turut membawa puteri kesayangan, Cinta Sumayah bersama suaminya pada majlis itu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkata dia amat bersyukur dengan peminat dan rakan artis yang secara berterusan memberi sokongan kepadanya.

Majlis ini telah di imarahkan lagi dengan kehadiran tahfiz Jemputan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Al Isla.

Di sini pihak Berita Memey ada membuat rangkuman video beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut.

Dapat dilihat ada yang menangis kerana bersedih melihat dugaan yang dilalui oleh Elyana.

Kata Elyana, orang yang menyokongnya selalunya menangis dibelakang, tetapi kalau Elyana menangis secara tidak sengaja, mereka lain akan turut mengalirkan air mata

Ini videonya:



Rangkuman foto ini dibawa oleh Photo Symptom

Sementara itu, selepas selasai majlis, Elyana menafikan dirinya terlantar sakit sebaliknya boleh bekerja seperti biasa walaupun sedang berperang dengan penyakitnya itu.

Penyanyi ini berkata, dia tidak tenat namun hanya sesekali dia hanya lesu dan mudah letih.

Ini penjelasan dari Elyana:

"Saya masih boleh bekerja dan tidak terlantar seperti didakwa sesetengah pihak. Kadang-kala saya rasa lesu dan mudah penat, namun masih ada kudrat untuk menyanyi.

"Saya juga ada rasa seperti sukar bernafas dan sesak dada pada sebelah malam, namun tidaklah sehingga terlantar.

"Sebelum ini, saya memilih merahsiakan sakit ini kerana tidak mahu mendapat simpati semata-mata,"

Imbas kembali, Elyana mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada musim keempat program realiti, Gegar Vaganza (GV4) pada minggu ke lima.

Kemudiannya, Elyana mula menjadi topik hangat dan menjadi tumpuan ramai kerana penyakitnya.

Ramai peminat dan rakan yang tidak henti-henti memberi kata-kata semangat kepada nya agar penyanyi ini kuatkan semangat serta kembali pulih seperyi sebelum ini dan mendoakannya cepat sembuh.

Sumber: BH / IG Elyana

"Saya hargai usaha dia, tetapi saya rimas" - Komen Fasha Sandha Tentang VIP Cuba Menguratnya


Kini sudah hampir dua tahun pelakon popular Fasha Sandha bergelar ibu tunggal.

Setelah bercerai dengan bekas suami, Jejai, Fasha Sandha yang kini sudah berumur 33 tahun lebih fokus dengan kerjayanya dan juga meluangkan masa dengan anak tersayang.

Namun, sebagai seorang wanita yang cantik, popular dan sedang single, Fasha Sandha akui ada yang cuba menguratnya dan ingin mendekati dirinya.

Kata Fasha Sandha lagi, sebenarnya memang ramai yang nak mendekatinya bukan seorang atau dua tetapi ramai.

Ini pendedahan Fasha Sandha:

"Memang ada, malah saya sedang berkawan dengan semua mereka. Jangan salah faham, mereka juga sudah saya jelaskan yang fasa kini hanya berkawan sahaja tidak lebih daripada itu.

"Sekarang saya tidak terfikir soal jodoh lagi, rancangan saya bila sudah berumur 35 baru saya serius untuk berkahwin"

Ada pelbagai ragam orang yang cuba menguratnya. Antara yang cuba menguratnya samapai sanggup tunggu di set penggambaran.

Fasha juga memberitahu memang ada juga golongan VIP yang mahu dekatinya.

Ini komen Fasha Sandha:

"Ada yang VIP ada yang tidak, ada yang biasa, macam- macam.

"Malah ada yang sanggup tunggu saya di set penggambaran sebab mahu jumpa saya. Jujurnya saya hargai usaha dia, tetapi saya rimas sebenarnya"

Itulah penjelasan dari pelakon jelita ini tentang dirinya yang menjadi buruan jejaka yang cuba menawan hatinya.

Orang single yang tengah hangat, sudah tentulah menjadi buruan ramai lelaki di luar sana.

Fasha Sandha membuat pendedahan itu ketika ditemui pada sidang ahkbar drama lakonannya Syurga Yang Kedua.

Drama bersiri 70 episod ini juga adalah adaptasi daripada sebuah sinetron popular dari negara Indonesia.

Drama bersiri ini akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya pada 12 Disember depan pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat pukul 6 petang.

Selain Fasha Sandha, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Zarul Umbrella, Siti Elizad dan Beego.

Sumber: Utusan

"Apa Guna Bertudung Tapi Hati Hitam" - Kenyataan Kontroversi Raf Yaacob


Pelakon baru, Mawar Rashid dan adik kepada Datuk Fazley, Raf Yaacob selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Majlis pernikahan telah diadakan pada bulan November manakala majlis resepsi berlangsung pada 1 Disember yang lalu.

Ketika majlis resepsi Mawar Rashid dan Raf Yaacob, satu isu telah menjadi viral, dan menjadi bahan bualan ramai apabila Mawar Rashid telah menari di khalayak ramai.

Video persembahan tarian itu dimuatnaik oleh rakan artis, Uqasha Senrose di laman media sosial Instagram dan mendapat tontonan sehingga 2 juta views.

Rata-rata mengkritik perbuatan Mawar Rashid itu kerana menari depan orang ramai di hari perkahwinan.

Hari ini, Raf Yaacob telah memuatnaik foto isterinya sedang menari dengan satu caption yang  agak panas dan kontroversi

Raf Yaacob menyarankan agar menilai seseorang itu berdasarkan dalaman mereka dan bukannya dari apa yang dilihat secara luaran.

Yang kontroversinya apabila Raf Yaacob menulis buat apa bertudung sedangkan hati seseorang itu hitam.

Ini tulisan Raf Yaacob:

Nilai lah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukan nya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang. Playing god much? Who are we to judge seriously? Think about it. I rather be friends with someone yang hatinya bersih. If you have nothing nice to say, might as well you keep quiet. Doakan yang baik2 saja kan lebih afdal. Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. #MawaRaf is not here to please everyone. Salam Jumaat. #JanganTerasa #SayaIkhlasDalamBerkatakata

Sebenarnya maksud Raf di sini adalah untuk menyatakan tidak baik jika seseorang yang bertudung itu sering membuat perkara yang mungkar.

Namun ada follower yang tidak berpuas hati dengan ayat Raf itu kerana dilihat seperti memperlekehkan seseorang bertudung walhal ianya merupakn satu kewajiban.

Ini antara respon balas para followernya:

@anysnab Salah tetap salah . menutup aurat tu adalah kewajipan . didiklah isteri mu sebaik mungkin. Jalankan tanggungjawabmu sebagai seorang suami. Apa-apa pun tahniah untuk perkahwinan abang dengan Mawar. Moga diberi hidayah.

@schaalqadry Jangan isukan kenapa pakai tudung hati hitam tu, tudung tu wajib, hati hitam tu takde kena mengena dengan aurat dia, at least ada juga kebaikan dia dengan jaga aurat, jangan sesekali buat ayat isukan bertudung tapi hati hitam buat apa? Please betulkan ayat.

@maisarah_asmara Pasal hati ni takde sape boleh nilai, tapi tak ikut taat perintah Tuhan tu bukan ke sebab hati degil? Nauzubillah

@n.anysa Abes tu nak salahkan tudung? nampk macam pndai

@wanii_rahmann Mind your wordsss

@kimizura7501 Raf Bertudung tu wajib ..fikirkanlah

@aadamaaziz Lelaki dayus ni bila pandai berkata. Dah sah menutup aurat tu wajib..tak payah lah nak main-main kan agama...apa punya ayat lah.

Itulah antara komen balas yang ditulis di ruang komen Instagram Raf Yaacob.

Sumber: IG Raf

"Saya dapat rasakan kemarahan mereka" - Izreen Azminda



Izreen Azminda kini sah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bernama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih mesra disapa Ude.

Sejak berita itu diketahui ramai, pelbagai cemuhan diterima oleh pelakon ini dan ada yang menuduh Izreen Azminda sebagai perampas.

Cemuhan dibuat di laman Instagram milik Izreen dan banyak komen negatif ditulis. Gambar Izreen ketika itu menerima lebih dari seribu komen, satu angka yang amat besar.

Setelah teruk dikecam terutama di laman media sosial Instagram miliknya, pelakon ini akhirnya mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen.

Izreen Azminda tampil menjelaskan bahawa dia tutup ruang komen dia bukan untuk mengelak cemuahn dan kecaman dari orang ramai, tetapi itu cara terbaik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Pelakon berasal dari Kangar, Perlis ini juga dapat merasakan kemarahan orang ramai menerusi komen-komen negatif di laman IG miliknya.

Ini penjelasan dari Izreen Azminda:

"Sebelum saya menutup ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima. Kebanyakannya menghentam saya dan berkata macam-macam seolah-olah apa yang dilakukan adalah satu jenayah berat. Walaupun tidak membaca satu-persatu komen yang ditinggalkan, tetapi saya dapat rasakan kemarahan mereka.

"Untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya mengambil keputusan menutup ruangan komen. Bukan takut atau lari daripada masalah, tetapi saya berasakan serangan yang dibuat tidak membantu pun. Malah, komen mereka itu boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Tidak hanya komen keterlaluan, peminat juga saling bertelagah dan bergaduh dengan hujah masing-masing. Saya tahu ada antara mereka cuba membela dan memberikan kata-kata semangat. Saya sangat berterima kasih. Cuma, saya minta maaf kerana buat masa sekarang biar saya menutup seketika ruangan komen"

Setelah menutup ruang komen di Instagram, para haters tetap memburunya ekoran isu yang melanda.

Haters dilihat beralih kepada rakan baik Izreen Azminda pula iaitu Rita Rudaini.

Izreen Aminda menyatakan rasa kesal terhadap sikap pengguna laman sosial yang menyerang Instagram rakan baiknya, Rita Rudaini.

Ini komen Izreen lagi:

"Saya tahu mereka kalau tidak puas hati akan cari sehingga lubang cacing. Jadi, apabila tidak dapat berbuat sedemikian di Instagram saya, orang lain pula jadi mangsa. Kenapa perlu bertindak sebegitu? Rita tidak bersalah dalam perkara ini. Berhenti ganggu dia dan jadi manusia yang boleh berfikir secara waras.

"Saya juga ingin ingatkan kepada orang luar, kalau boleh jangan jadi batu api. Ini membabitkan perkahwinan, jadi ia adalah hak privasi saya bersama suami dan isteri pertama. Cara mereka bercakap seolah-olah mereka hidup dan berada 24 jam bersama kami.

"Seperti suami saya katakan sebelum ini, beri dia ruang untuk menguruskan sendiri kedua-dua isteri dan keluarga. Campur tangan pihak luar boleh menambahkan lagi kekusutan"

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda yang sehingga kini masih lagi menutup ruangan komen di instagrammnya.

Sumber: Harian Metro

"Jangan Extend Masjid" - Teguran Sinis Che Ta Kepada Zain Saidin

 
Siapa yang tak kenal dengan pasangan bahagia Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Pasangan popular ini amat terkenal dengan perniagaan mereka, dan sememangnya masing masing begitu sibuk dengan urusan masing-masing.

Zain Saidin dengan produk kasut jenama Zapatos yang semakin mendapat tempat di hati para penggunanya manakala Rozita Che Wan dengan perniagaan melibatkan minyak wangi, minuman kesihatan dan barangan wanita.

Baru-baru ini, satu caption tulisan Rozita Che Wan telah mejadi tumpuan para followernya.

Ketika Rozita Che Wan sedang sibuk menguruskan perniagaannya dan berada di Kelantan untuk satu penggambaran, pelakon awet muda ini sempat memberi teguran sinis kepada suami tercinta, zain Saidin.

Dalam pesanan ringkas itu Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta menyatakan agar suaminya itu tidak 'nakal' sepanjang ketiadaannya.

Ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini sempat berpesan suaminya agar jangan pergi ke pusat hiburan karaoke dan juga jangan extend masjid.

Ini tulis Che Ta di laman IG:

"Hello sayang.. I kat Kelantan lagi ni.. Jangan noti-noti ok.., Jangan pergi karaoke, jangan extend masjid.. Ok bye @therealzainsaidin "

Ternyata ramai followernya terhibur dengan caption Rozita Che Wan itu.

Ini antara respon para followernya:

@cik_merah90 Terbaik Che Ta... I like
@lzsza_27 Hahaa lawak
@norafifahyusof Haha. Lawak la Che Ta ni
@ch4_qiesy4 Jangan extend masjid kelakar juga Che Ta ni
@beenabella Hahahahaha
@ansshhira caption win
@zeehassan Wow...statement you...deep....ngehhh
@aslyie Hahaha...love your caption...kikikiki....
@kolinzainal Caption win che ta!!
@dinieyrusli hahahah
@logangs Telephon masuk ayak lagi ke??
@therealyunamin Hahahaha padu baq hang
@emilniezachry84 I cannot brain lar tang extend masjid

Memang ramai yang tergelak dan rasa kelakar serta tercuit hati dengan caption Rozita Che Wan itu.

Apapun, caption Rozita Che Wan itu hanyalah gurauan semata-mata buat suami tercinta.

Sumber: IG Rozita Che Wan