(5 FOTO) Setelah Apa Yang Berlaku, Akhirnya Sajat Kembali Tampil Bertudung


Sejak kebelakangan ini nama ushawan Nur Sajat sering terpalit dengan cerita yang panas dan penuh kontroversi.

Yang terbaru ialah apabila Nur Sajat dikatakan 'merajuk' dan kecewa setelah segala usaha dan penat lelahnya ketika berkerja di luar negara untuk satu video tidak di hargai.

Ada juga menjadi viral satu video Aliff Syukri mengamuk dengan Sajat ketika proses pembikinan video lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol.

Malah video lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Aliff Syukri featuring Nur Sajat habis terus dikecam dan mendapat dislikes yang amat banyak.

Sehingga kini, sudah lebih 300 ribu dislike yang diterima oleh lagu keluaran KRU Muzik ini. Memang satu rekod!

Kerana terlalu banyak dislikes, pihak KRU Muzik telah mengeluarkan satu lagi muzik video menampilkan Datuk Aliff Syukri dengan isterinya Datin Shahida.

Berbanding video klip sebelum ini, nampaknya lagu Dato Aliff Syukri featuring isterinya itu mendapat sambutan yang baik.

Berbalik kepada Nur Sajat, selepas pulang ke Malaysia, usahawan berjaya ini telah mengadakan satu majlis tahlil dan doa selamat di kediamannya.

Nur Sajat telah berkongsi beberapa keping foto dan video sekitar majlis berkenaan.

Ini video dan gambarnya:



Apa yang menariknya, Nur Sajat telah tampil dengan imej bertudung, memang manis sekali.

Selain itu, Sajat juga ada bergambar dengan pejabat atau Wisma Nur Sajat yang baru. Memang kelas sekali pejabat Sajat ni, amat cantik!

Sajat merupakan seorang usahawan berstatus jutawan yang popular menerusi produknya dalam bidang kecantikan seperti bengkung dan mempunyai spa kecantikkan.

Kini dengarnya Sajat juga berjinak-jinak dalam menjual emas, memang masyuk! Semoga Sajat sukses selalu. - BeritaMemey

Sumber: IG Nur Sajat

0 comments:

Post a Comment