Saturday, December 2, 2017

(8 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Izreen Azminda Dan Suaminya, Ude



Pelakon popular Izreen Azminda kini sah bergelar isteri kedua kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya Ude.

Ude merupakan seorang pemuzik berumur 29 tahun dan bekerja dengan rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza sebagai keyboardist.

Izreen Azmin merupakan isteri kedua Ude manakala isteri pertama Ude bernama Intan Liana Saleh yang berumur 32 tahun.

Ude dan Intan Liana mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka, yang sulung berumur 3 tahun manakala yang bongsu berumur 11 bulan.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Hanya dengan sekali lafaz, Izreen Azminda sah menjadi isteri Ude pada jam 10 pagi.


Izreen Azminda telah berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya dengan Ude yangberlangsung dua bulan yang lalu.


Pasangan pengantin baru ini memakai baju sedondon berwarna kelabu manakala keluarga Izreen termasuk ayah dan anaknya memakai baju melayu berwarna merah.


Ini koleksi gambar sekitar majlis pernikahan Izreen Azminda dan Ude:





Izreen Azminda mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. Anaknya bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berumur 4 tahun.

Kisah pernikahan Izreen Azminda dan suaminya itu mula menjadi buah mulut apabila portal Utusan menemu ramah isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

Intan Liana dikatakan baru sahaja mengetahui perkahwinan tersebut dua minggu yang lalu. dan akhirnya redha bahawa suaminya berkahwin seorang lagi.

Kisah ini menjadi hangat dan bualan orang ramai.

Sumber Foto: BH

.................................

"Copyright Berita Memey: Dilarang Copy Paste Artikel Ini Secara Bulat-Bulat. Sila Tulis Semula Dan Edit Feature Picture Sendiri. Sekiranya Berlaku Sebarang Masalah Copyright Dari Pihak Facebook, Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terutama Jika Instant Artikel Atau Akaun Fanpage Anda Disekat Pihak Facebook"

0 comments:

Post a Comment