Saturday, December 2, 2017

Edisi Terjah! Ini Temubual Izreen Azminda Dan Ude Di Melodi


Pasangan pengantin baru Izreen Azminda dan suaminya pemuzik Ude kini menajdi buruan pihak media.

Ini ekoran perkahwinan rahsia kedua dua ini yang mana Izreen Azminda menjadi isteri kedua kepada Ude.

Ude masih lagi mengekalkan perkahwinan pertama dengan wanita bernama Intan Liana dan mereka mempunyai dua orang anak kecil sepanjang perkahwinan.

Malah dari pengakuan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana, dia hanya mengetahui perkahwinan berkenaa dua minggu yang lalu walhal Izreen Azminda dan Ude telahpun berkahwin bulan Ogos yang lalu.

Hari ini (Ahad) melalui temubual eksklusif rancangan hiburan popular di TV3 aiitu Melodi, Izreen Azminda dan Ude telah tampil membuka mulut.

Ini video temubual eksklusif pasangan ini

Jom tonton:


Ini komen Ude:

"Ada wartawan serbu isteri pertama ketika makan, saya cakap jangan beri sebarang kenyataan. Saya nak beritahu kedua dua merupakan isteri saya, Intan isteri pertama dan Izreen isteri kedua yang sah.

"Sejujurnya saya tidak mahu menuduh sesiapa. Apa yang saya lihat, memang ada campur tangan dari pihak luarlah, terutama keluarga dan rakan-rakan. Saya mohon jangan ada beri kenyataan dan spekulasi buruk yang boleh mengganggu emosi kedua-dua isteri saya. Beri saya peluang unutk jalankan tanggungjawab sebagai suami.

"Intan ada mesej dengan Izreen untuk berbincang tentang hal ini, mulanya semua okey tapi saya pun terkejut Intan keluarkan kenyataan tentang hal ini tetapi tidak mengapa perkara dah berlaku.

"Buat masa ini belum ada perjumpaan, keadaan masih lagi tegang, akan datang saya akan uruskanlah apabila keadaan semakin tenang.

"Saya berfikiran terbuka, apa yang mereka cakap sebenarnya semua tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Hanya saya dan isteri-isteri saya sahaja yang tahu"

Sementara itu, pihak Melodi juga berjaya mendapatkan komen dari Izreen Azminda tentang isu ini.

Kata Izreen dia akui telah bernikah dengan Ude pada 4 bulan yang lalu.

Ini pula komen dari Izreen Azminda kepada Melodi:

"Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas.

"Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini. Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu.

"Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

"Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini"

"Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya"

"Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya. Hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita ye Intan"

Sementara itu, berkata tentang poligami, Izreen hanya redha sekiranya suaminya ada pasang isteri ketiga dan ianya adalah takdir.

Selain itu, Izreen juga mengatakan dia ada membantu keluarga besarnya apatah lagi Intan tidak bekerja. Izreen hanya membantu apa yang perlu.

Melalui temubual itu, Izreen Azminda juga memohon maaf kepada Intan Liana sekiranya ada silap dan salah.

Izreen Azminda berharap mereka berdua dapat buat yang terbaik untuk suami, keluarga dan masa depan mereka.

Itulah komen dari Izreen Azminda dan suaminya Ude. Untuk temubual penuh, sila tonton video di atas.

Sumber: Melodi TV3

0 comments:

Post a Comment