"Jaga Kandungan Kau, Jaga Mulut Juga" - Jihan Muse Dikecam Netizen.. Nabil Turut Beri Respon



Semalam agak kecoh apabila pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah menulis satu twet yang berunsurkan sindiran di laman media sosial.

Banyak yang membuat spekulasi bahawa penulisan itu ditujukan kepada Bintang Paling Popular iaitu Fattah Amin yang secara tiba-tiba tidak jadi masuk ke rancangan MeleTOP.

Ini ekoran Jihan menggunakan perkataan 'hero' dalam tweet nya itu.

Ini tweet kontroversi dari Jihan Muse:

"Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikir tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha.

Ternyata tweet dari Jihan ini mendapat respon yang bercampur baur dari orang ramai dan para followernya.

Ada yang meyokong kenyataan Jihan Muse ini dan ada juga yang mengkritiknya.

Namun ada para netizen yang menyelar Jihan Muse sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang.

Ada yang menyuruh Jihan Muse yang sedang sarat mengadung agar menjaga kandungannya sahaja dan juga jaga mulutnya.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Sudah lah Jihan, pergi jaga kandungan kau tu, jaga mulut juga. Ingat kau tu mengandung, perhati je perangai kau" - @Fattah Malizi

"Saya nak tanya apa niat tweet sebegini ye?" @prepone_babe

"Saya kecewa dengan sis. Nampaknya anda merupakan "makcik bawang" yang sebenar. Ini nasihat saya, jangan masuk campur urusan, masalah orang lain kalau nak terus berada di industri ini. Sila jaga urusan sendiri" @el_syaaastevie

Memang panas betul tweet Jihan itu. Rakannya Nabil Ahmad turut memberi respon tentang tweet dari Jihan itu, dengan bertanya kepada siapakah penulisan itu ditujukan.

Ini respon Nabil:

"Tapi serius laaa nak tahu kau mengata sape ni nyeeeh

"Ko ngate sape ni nyeeeeeeh

Itulah antara respon kepada tweet Jihan Muse ini. Oleh kerana tweet ini menjadi viral dalam sekelip mata, Jihan telah mengambil pendekatan menutup akses secara public dan membuat akaunnya protected.

Dalam penulisan Jihan Muse itu tidak ditulis ditujukan kepada sesiapa, hanya Jihan yang tahu.

Komen dari orang ramai itu hanyalah spekulasi sahaja.

Sumber: Tweet Jihan Muse

0 comments:

Post a Comment