Kahwin Senyap-Senyap: Indah Ruhila Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan Pagi Tadi.. Tahniah!

 
Indah Ruhila merupakkan penyanyi yang sedang meningkat naik.

Bermula dari Akademi Fantasia, nama Indah Ruhila kini mul akukuh di industri seni tanah air.

Lagu nyanyian Indah Ruhila berjudul Percayalah berjaya memikat hati para pendengar. Memang sedap lagu ini.

Penyanyi berumur 30 tahun berasal dari Johor ini akhirnya kini telah menamatkan zaman bujangnya.

Penyanyi Indah Ruhaila sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya Ahmad Shariff Ahmad Taufik dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Ahmad Shariff dan Indah Ruhila disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah kira-kira pukul 10 pagi dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya.

Dari laporan portal hiburan mStar, hanya keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan mempelai dijemput menghadiri ke majlis tersebut.

Menerusi InstaStory di Instagram milik pereka fesyen, Seth & Luna yang memuat naik video pernikahan pasangan itu turut memperlihatkan Ahmad Shariff menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Indah.

Indah Ruhila telah  mengenakan busana rekaan pereka fesyen popular iaitu Seth Dan Luna.

Dalam pada itu, pasangan pengantin akan mengadakan majlis kenduri pada sebelah malam di lokasi sama.

Sebelum ini, Indah atau Siti Ruhailah Hussien dalam satu kenyataan mengesahkan bakal berkahwin namun majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Jelasnya, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai perkara tersebut sebaliknya terpaksa menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Indah Ruhila sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki dikenali sebagai R selama empat tahun namun ikatan itu putus pada April yang lalu.

Sedikit cerita tentang Indah, untuk pengetahuan penyanyi ni pernah menghasilkan sebuah album pada tahun 2008 di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records namun kurang menyerlah ketika itu.

Selepas gagal dengan album pertamanya, Indah terpaksa kembali ke kampung halamannya di Johor Bahru dan bekerja sebagai penyanyi di sebuah lounge.

Kegagalan pada percubaan pertamanya tidak memadamkan minat Indah yang mendalam terhadap bidang nyanyian.

Pada tahun 2013 Indah telah menyertai program realiti TV popular Akademi Fantasia (AF2013) dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Single berjudul "Percayalah" telah mendapat sambutan hangat dan berjaya menempatkan diri di pentas pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 2014.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment