Orang Ramai Tak Puas Hati Lan Menang Tempat Ketiga, Akhirnya Ini Komen Balas Hazami

 
Pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) telahpun tamat Ahad lalu.

Penyanyi legenda Aishah telah berjaya menjadi juara pada malam itu menewaskan peserta yang lain.

Ini keputusan penuh:
1) Aishah
2) Liza Hanim
3) Lan Solo
4) Hazami
5) Firman
6) Tia Jinbara

Setelah keputusan diumumkan, Berita Memey difahamkan ada pihak yang terkejut dan tak puas hati apabila Lan Solo mendapat tempat ketiga manakal penyanyi bersuara lunak iaitu Hazami tewas dan sekadar mendapat tempat keempat.

Setelah perkara ini dipertikaikan orang ramai, akhirnya Hazami sendiri bersuara dan memberi pendapatnya.

Hazami memohon peminat yang mempertikaikan kedudukan Lan Solo di tangga ketiga supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Penyanyi Sonata Musim Salju ini berkata, dia sedar ramai yang mempertikaikan keputusan itu namun dia memilih untuk reda dan bersyukur dengan apa yang diperolehinya.

Ini komen Hazami:

"Tak perlu marah, bertenang dan bersabar semua. Tuhan dah tulis malam ini bukan rezeki saya untuk berada dalam tiga teratas.

"Saya hormati pandangan peminat. Itu hak mereka untuk bercakap. Tapi kita perlu terima keputusan juri dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka,"

Hazami ditemui selepas Konsert Akhir GV4 yang berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bahru pada malam Ahad lalu.

Saingan akhir itu memang amat sengit antara Hazami dan Lan Solo apabila markah Hazami ialah 70 peratus, manakala, Lan mendapat 70.4 peratus, beza hanya 0.4 peratus sahaja.

Ketika di final, Hazami mendendangkan lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian asal Hafiz Suip, kemudian untuk battle pula, dia berduet dengan Lan menyanyikan lagu Amboi dendangan asal Altimet.

Kata Hazami, ketiga-tiga pemenang yang menewaskannya pda malam itu memang layak kerana sudah menempuhi pelbagai dugaan sepanjang menyertai Gegar Vaganza musim ini.

Ini cerita Hazami lagi:

"Saya tahu perjalanan cerita tiga pemenang ini dan mereka telah melalui banyak dugaan dan ujian. Jadi mereka memang layak untuk menang, mereka sangat hebat dan berbakat,"

Itulah pandangan dari Hazami tentang isu ini. Hazami rileks sahaja orangnya dan dapat menerima keputusan dengan hati terbuka.

Selepas tamat Gegar Vaganza, Hazami memberitahu dia akan mengadakan showcase istimewa untuk peminat setianya pada tahun depan.

Ini pendedahan dari Hazami:

"Showcase ini sempena meraikan 15 tahun saya dalam industri. Ia juga akan memperlihatkan diri saya sebagai penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik.

"Untuk mereka yang tak putus-putus menyokong, yang selalu menjerit bila saya buat persembahan, showcase ini khas untuk mereka,"

Berita Memey memang minat dengan suara merdu Hazami ini, semoga Hazami terus sukses di masa akan datang. Kepada peminat setia tu, jangan lupa datang showcase Hazami nanti ye.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment