Pendedahan Mengejutkan Liza Hanim, Diganggu Ketika Menyanyi.. Apa Kes?


Salah seorang peserta pilihan Gegar Vaganza iaitu Liza Hanim telah membuat satu pendedahan yang agak mengejutkan.

Isteri kepada Shah Indigo ini mendedahkan dia telah diganggu ketika persembahan pada beberapa minggu yang lalu.

Gangguan yang dialaminya itu membuatkan dia hilang fokus dan tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik.

Namun pada Ahad yang lalu, Liza Hanim menarik nafas lega apabila mampu beraksi dengan baik tanpa gangguan.

Liza Hanim akhirnya kembali berada pada kedudukan pertama selepas ketika konsert peringkat suku akhir Gegar Vaganza musim keempat, minggu lepas selepas tidak alami gangguan.

Penyanyi hebat ini mendedahkan, pada konsert kelima ketika menyampaikan lagu Lelaki Teragung, dia hilang fokus dan tidak pasti apa yang mengganggunya.

Ini pendedahan Liza Hanim:

"Saya amat bersyukur dan lega apabila dapat memberikan fokus ketika mengadakan persembahan, serta tidak lagi berdepan situasi merisaukan seperti minggu sebelumnya.

"Saya sendiri sukar untuk mengerti, apa yang terjadi pada saya sehingga hilang fokus,"

Liza berkata, pada persembahan dua minggu lalu, dia merasakan seperti tidak tenang dan timbul pelbagai perasaan yang mengganggu tumpuannya.

Ini komen Liza lagi:

"Saya rasa seperti ada gangguan ketika mahu menyanyi. Memang puas saya pujuk diri dan bertenang.

"Apa yang saya ingat, saya hanya buka mulut dan menyanyi, serta saya sedar membuat kesilapan di beberapa bahagian,"

Liza tidak mahu  berfikir perkara bukan-bukan, sebaliknya berdoa kepada Tuhan dan melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Sejak pertandingan Gegar Vaganza berlangsung, Liza Hanim menunjukkan prestasi yang mengagumkan dan sudah tiga kali berada pada kedudukan nombor satu.


Ini komen Liza:

"Saya bersyukur, tetapi sebenarnya berdebar kerana apabila kita berada pada kedudukan teratas, harapan dan jangkaan orang sangat tinggi sehingga ada kalanya berasa tertekan.

"Bagi saya, setiap minggu tiada alasan untuk saya tidak berusaha memberikan yang terbaik. Saya tahu, ini adalah pertandingan,"

Diharapnya Liza Hanim baik-baik sahaja dan tidak lagi terkena gangguan pada persembahan akan datang.

Liza Hanim merupakan antara peserta kegemaran ramai selain penyanyi veteran Aishah dan juga Hazami. Ketiga-tiga mereka mempunyai teknik nyanyian yang amat hebat.

Ramai yang tidak sabar menunggu pentas separuh akhir Gegar Vaganza Ahad ini untuk melihat para peserta beraksi dan bersaing untuk ke peringkat final.

Sumber: BHarian

0 comments:

Post a Comment