"Saya Naik Cari Fattah Sudah Tiada. Saya Terpingga-pingga" - Fahrin Ahmad Turut Terkejut

 
Semalam agak kecoh tentang isu Fattah Amin tidak muncul di program MeleTOP.

Fahrin Ahamd yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa terkejut apabila Fattah Amin tidak muncul secara tiba-tiba di saat-saat akhir.

Kata Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi kejadian memberitahu dia sendiri hanya sedar ketiadaan Fattah sebaik sahaja dia naik ke pentas set rancangan MeleTOP.

Fahrin Ahmad mendedahkan, pada awalnya dia dan Fattah Amin sudah dimaklumkan pada sesi taklimat yang mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa adanya pengacara utama iaiatu Neelofa dan juga Nabil Ahmad.

Namun ia ditukar pada saat-saat akhir yang mana Neelofa dan Nabil akan turut serta di acara pembukaan.


Ini pendedahan dari Fahrin Ahmad:

"Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP  berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

"Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba,".

Fahrin Ahmad memberitahu, dia bersama-sama Fattah Amin sebelum itu baru sahaja mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Cofee Prince dalam racangan Hlive! di lokasi yang sama sebelum pergi ke program popular tersebut.

Nasib baik Fahrin Ahmad seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan situasi berkenaan secara bersendirian walaupun ketiadaan Fattah Amin secara tiba-tiba.


Ini komen Fahrin lagi:

"Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu," 


"Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya,"

Fahrin berkata, sehingga kini Fattah Amin belum menghubunginya menjelaskan perkara berkenaan.

Kata Fahrin hanya pihak produksi mengetahui perkara yang sebenar.

Oleh itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal tempail memebri komen.

Pengurus ini telah menafikan Fattah Amin bersikap tidak profesional dan tidak mahu Neelofa kendali segmen pertama program MeleTOP bersamanya.

Emarina berkata, Fattah Amin sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung.

Ini penjelasan Emarina, Pengurus Astro Ria:

"Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive.

"Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang.

"Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan,"

Apa Fattah tiada, ramai yang membuat spekulasi kononnya Fattah tidak profesional apabila tidak mahu Neelofa mengendali program tersebut.

Emarina diminta mengulas spekulasi mengenai Fattah yang dikatakan enggan muncul dalam program tersebut disebabkan tidak mahu bertentang mata dengan Neelofa.

Mengikut perancangan awal, Fattah Amin akan muncul bersama Fahrin Ahmad bagi tujuan mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka yang kini disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Emarina turut berterima kasih kepada Fattah Amin yang sanggup memandu kereta dari Kedah untuk memenuhi undangan bagi mempromosikan drama Cofee Prince di MeleTOP.


Ini kenyataan dari Emarina lagi:

"Kami ingin berterima kasih pada Fattah dan pihaknya yang sanggup memandu pagi-pagi dari Kedah untuk promosi drama terbarunya.

"Kalau diikutkan jadual Fattah sangat padat dan dia juga terpaksa membatalkan mesyuarat penting untuk hadir ke program yang sudah dijadualkan,".

Selain itu, pihak Astro juga telah memohon maaf mengenai status yang dimuat naik di laman Instagram rasmi program MeleTOP sehingga menimbulkan perbalahan.


Status itu mengatakan pelakon Fattah Amin tidak dapat datang.

Menurut Emarina, segala kekeliruan antara pihak Neelofa dan Fattah sudah diselesaikan selepas tamat program tersebut.


Ini penjelasannya lagi:

"Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung.

"Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran,"


Itulah kenyataan dari pihak pengurus Astro Ria tentang isu ini.

Sumber: mStar / foto IG Aqoimran

0 comments:

Post a Comment