(VIDEO PENUH) "Duduk Diam-Diam, Betulkan Diri Dulu.." - Dira Abu Zahar Hentam Fathia Latiff

 
Dalam Perhimpunan Agung Umno, pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar dilihat menghentam tindakan Fathia Latiff yang sering memuatnaik status mengkritik kerajaan.

Sebagai perwakilan Exco Puteri Umno bahagian Tangga, Dira Abu Zahar menyelar rakan artis Fathia Latiff yang sering meluahkan pandangannya tentang isu semasa melalui laman media sosial.

Ucapan Dira Abu Zahar medapat reaksi gemuruh dari para penonton dan disambut dengan sorakkan dan tepukan dari ahli Umno yang hadir di dewan tersebut.

Ini komen penuh Dira Abu zahar:

"Kenapa nak percaya dengan dakyah seperti fathia Latiff? Tak perlu, dia bukan tahu apa pun. kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri Umno, betul?

"Setakat pegang telefon, picit-picit, tulis ,taip, tak payah"

"Dia boleh duduk diam-diam, betulkan lakonan dia dulu, betulkan hidup dia dulum tak payah sibuk dengan hal kerajaan"

Ini videonya:



Fathia Latiff antara artis yang sering mengutarakan padangan tentang hal dan isu semasa.

Namun banyak kali juga Fathia Latiff dikecam kerana pandangannya di laman sosial yang dikatakan salah.

Namun yang terbaru, fathia ada memberi penghormatan kepada Tun Dr Mahathir, di Instagramnya baru-baru ini.

Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri Malaysia itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

Fathia Latiff pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi satu program pada 16 Jun lalu namun dikecam kerana seperti tidak berilmu dan bertanya soalan yang tidak sepatutnya.

Sumber: Awani / mStar

0 comments:

Post a Comment