(VIDEO) Persembahan Tarian Mawar Rashid Di Majlis Persandingan



Pasangan pengantin popular, Mawar Rashid dan Raf Yaacob telah bernikah pada 9 November yang lalu.

Dengan sekali lafaz, pelakon sedang meningkat naik, Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra di sapa Raf Yaacob.

Pasangan ini dinikahkan oleh imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang.

Mawar Rashid yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja dan adik Fazley Yaacob iaitu Raf Yaacob selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pada majlis pernikahan tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh pihak pengantin lelaki.

Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan adik kepada penyanyi dan selebriti chef popular iaitu Dato Fazley Yaacob.

Selepas bernikah, Raf Yaacob telah membawa isterinya itu ke England dan makan malam bersama pemain bola sepak Manchester United.

Semalam, pada tarikh 1 Disember, telah berlangsung pula majlis resepsi pasangan ini. Majlis berlangsung dengan amat meriah di Sime Derby Convention.

Ramai rakan artis dan teman rapat pasangan ini yang hadir ke majlis resepsi ini.

Menerusi satu video yang di kongsi oleh pelakon Uqasha Senrose, di majlis resepsi itu, Mawar rashid telah membuat persembahan menari.

Memang comel habis Mawar Rashid menari. Tarian ini dibuat didepan suaminya Raf Yaacob.

Jom layan videonya:


Menerusi video itu, ada yang bertanya kepada Raf Yaccob, "Seronok ke, seronok?"

Raf Yaacob kemudian membalas dengan membuat isyarat 'ok' sambil tersenyum dan mengenyitkan mata.

Tarian Mawar Rashid ini mendapat teriakan penuh keseronokkan dari para penonton.

Selamat pengantin baru Mawar dan Raf!

Sumber: IG Uqasha Senrose

0 comments:

Post a Comment