Monday, February 26, 2018

Lagi Perangai Artis Bermasalah Di Set Penggambaran Di Bongkar

 
Sikap artis di set kini sering menjadi bualan ramai. Pelbagai sikap selebriti yang negatif mula diketahui orang awam.

Penerbit drama dan filem, Datuk Rafiena Ezanee Ramli, 35 tahun telah tampil mendedahkan beberapa sikap dan perangai para artis ketika di set penggambaran.

Datuk Rafiena telah menubuhkan produksi miliknya sendiri yang diberi nama Dark Wave Pictures.

Antara filem popular terbitan Datuk Rafiena ialah Kimchi Untuk Awak lakonana Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza arahan Michael Ang.

Datuk Rafiena mendedahkan, antara masalah yang selalu ditimbulkan para artis ialah selalu datang lambat, leka bercinta, tiada persediaan watak dan bersikap diva.

Itulah antara merupakan antara masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan pelakon ketika di lokasi penggambaran.

Baginya, perangai dan sikap negatif itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan sesebuah projek filem atau drama yang diterbitkan.

Ini komen Datuk Rafiena:

"Masalah artis datang lambat itu sudah menjadi kebiasaan dan sudah menjadi hal normal. Ada juga artis yang sibuk bercinta, apabila ada isu dengan kekasih mulalah bawa masalah itu sampai ke set.

"Ada juga yang tak buat homework dan hasil lakonan yang diberi tidak seperti apa yang kita harapkan. Sedangkan kita dah bagi peluang kepada mereka untuk membuktikan bakat.

"Kalau ada artis berlagak diva, saya tak kisah jika dia betul-betul layak dilayan sedemikian rupa. Yang menjadi masalah hasil kerja tak seberapa, tapi berperangai seperti bintang popular,"

Sementara itu, Datuk Rafiena berkata dia sentiasa menasihati pelakon bawah produksinya untuk menjaga amanah diberi kerana pelakon juga bekerja untuk mencari rezeki.

Ujarnya, industri hiburan di negara ini kecil dan jika mereka tidak menjaga disiplin akan memberi impak negatif kepada kerjaya seni masing-masing.

Tambahan pula, kini banyak bakat baru yang akan muncul ketika ini.

Ini peringatannya:

"Mereka kena ingat, jadi pelakon bukan sekadar untuk popular semata-mata. Sebaliknya mereka bekerja untuk mencari duit demi meneruskan kehidupan.

"Jika mereka tak jaga kelakuan dan disiplin, karier akan musnah dan sudahnya peluang untuk berlakon tiada lagi.

"Setiap hari akan muncul wajah baharu dan mereka mempunyai bakat serta kebolehan yang lebih hebat. Jika terus hanyut dengan keseronokan, tak kemana karier itu,"

Dalam pada itu, dia turut menasihati golongan selebriti supaya bersikap profesional dan tidak membawa masalah peribadi ketika berada di set penggambaran.

Ujarnya, setiap manusia berdepan dengan dugaan hidup dan mereka haruslah bijak mengawal emosi jika berdepan dengan ujian.

"Apabila jejak sahaja kaki di set penggambaran, kita kena tinggalkan masalah tersebut dan fokus dengan kerja. Habis kerja, fikirlah semula masalah tersebut.

"Sejujurnya, saya sebagai penerbit ni lagi macam-macam fikirkan dalam otak tapi saya perlu kuat dan profesional kerana saya adalah ketua. Kalau saya lemah, lingkuplah produksi ini,"

Datuk Rafiena menubuhkan syarikat produksi Dark Wave Pictures pada tahun 2008.

Antara judul drama terbitan syarikat itu pada peringkat awal adalah Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir dan Lepaskan Aku Pergi, M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah dan Tanggang Ayu.

Sumber: mStar
Sunday, February 25, 2018

"Saya Buat Pembedahan Kerana Ada Ketumbuhan Yang Bahaya" - Pengumuman Nora Danish


Pelakon popular, Nora Danish telahpun selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Neyqal Nazri Aziz pada 22 Februari lalu.

Nora Danish memberitahu anaknya itu dilahirkan awal namun, Neyqal atau nick name nya "Ney Ney" kini dalam keadaan yang amat sihat.

Pelakon drama Puteri ini melahirkan anaknya menerusi pembedahan Caesarean Section di hospital Prince Court.

Menerusi akaun Instagram (IG), Nora Danish telah berkongsi kisah kelahiran anaknya itu.

Nora Danish memberitahu lagi dia sebenarnya mahu melahirkan Ney Ney secara normal, tetapi atas nasihat doktor dia terpaksa melalui proses pembedahan.

Risiko melahirkan  bayi secara normal tinggi kerana Nora mempunyai ketumbuhan dinamakan fibroid dan boleh dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana komplikasi tersebut.

Nora Danish telah memanjat kesyukuran kerana semua proses kelahiran anaknya berjalan dengan lancar dan selamat.

Ini komen Nora Danish:

"Saya bersyukur kepada Allah untuk kehadiran NeyNey. Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat atas doa yang diberikan.

"Saya melahirkan bayi lelaki pada 22 Februari 2018 seberat 2.97kg. NeyNey dijangka keluar pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal.

"Alhamdulillah untuk bayi pra-matang anak saya sihat.

"Saya memang nak lahirkan NeyNey secara normal tetapi saya dinasihatkan Dr Aziz supaya melakukan pembedahan kerana selepas diperiksa saya ada 2 fibroids yang sangat bahaya.

"Saya bersyukur kandungan selamat kerana sebenarnya fibroid ini mungkin boleh menyebabkan keguguran atau dimasukkan ke ICU.

"Jadi saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, jika ada fibroids buang dahulu.

 "Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Saya juga nak berterima kasih  kepada Dr Aziz atas khidmat yang diberikan"

Itulah pendedahan dari tuan punya badan, Nora Danish sendiri tentang keadaannya yang menyebabkannya terpaksa membuat pembedahan ketika melahirkan Neyqal.

Mujur semua selamat. Nora Danish dan anaknya itu dalam keadaan sihat dan baik ketika ini. (BeritaMemey)

Sumber: Astro Gempak

"Apa Yang Ibu Buat Betul.." - Elfira Loy Menangis Di Melodi


Kisah terputusnya hubungan pertunangan antara dua selebriti iaitu Elfira Loy dan Sufian Suhaimi masih lagi jadi bualan ramai.

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam hubungan mereka berdua ini.

Elfira Loy kini telahpun pulang ke Malaysia. Baru-baru ni, Elfira ada membuat penjelasan tersebut menerusi temubual dalam program hiburan Melodi yang disiarkan Ahad lalu (25 Februari).

Menerusi tembual itu Elfira dilihat telah mengalirkan air mata kerana berasa sedih di atas apa yang berlaku.

Ini videonya:



Dalam pada itu, pelakon ini telah menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan ibunya, Filzah Yusoff menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan antara dirinya dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Elfira Loy percaya naluri seorang ibu sentiasa tepat dan mahu yang terbaik untuk anak-anak.

Ini komennya:

"Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik.

"Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

"Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini,"

Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa ibu Elfira menjadi punca dia putus tunang dengan Sufian Suhaimi.

Berbicara tentang punca perpisahan ini, Elfira memberitahu, ianya hanya diketahui dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Malah, dakwaan netizen bahawa Sufian tidak mampu menyediakan wang hantaran hanyalah spekulasi untuk memanaskan keadaan.

Ini komen Elfira Loy sekali lagi:

"Apa yang berlaku hanya keluarga tahu, orang lain tak tahu walaupun saudara-mara atau kawan. Saya tengok banyak spekulasi yang timbul sebab mereka nak jadi orang pertama bercerita.

"Iyalah, benda tengah panas memang ramai yang nak bercerita tentang perpisahan ini dan sebab itulah saya tak baca komen-komen di laman sosial. Kalau ternampak saya akan padam,"

Pada 17 Februari lalu, pihak Elfira mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 yang lalu. -BeritaMemey

Sumber: Melodi / mStar
Saturday, February 24, 2018

"Ketiak Dia Pun Sama Bau Dengan Mulut Dia" - Feeya Iskandar

 
Ketika ini memang ramai para artis yang menimang cahaya mata. Antara yang paling mencuri perhatian sudah tentulah pelakon popular Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri.

Ketika di hari pertama lagi, Nedim dan Nora terus sahaja berkongsi wajah anak mereka yang comel itu di laman media sosial.

Rata-rata memuji tindakan pasangan suami isteri ini yang berkongsi gambar anaknya secara terbuka.

Sebenarnya, ramai artis yang tidak menunjukkan wajah anak mereka di awal kelahiran.

Antaranya ialah pengcara dan penyampai radio iaitu Feeya iskandar yang tidak menunjukkan wajah anak keduanya.

Namun ada yang memberi komen negatif kepada Feeya Iskandar tentang hal ini.

Feeya Iskandar dilihat berang selepas netizen mempertikaikan pendiriannya kerana tidak mendedahkan wajah anak keduanya sehingga kini.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Feeya Iskandar telah meluahkan rasa kecewa dengan netizen yang tidak menjaga adab ketika memberikan komen.

Penyampai radio ini telah menggelarkan para netizen tersebut sebagai ‘makcik bawang’.

Feeya meluahkan kata-katanya seperti berikut:

"Ada yang kata kenapa tak tunjuk sangat anak nombor dua ni.

"Eh mulut makcik bawang memang tak ada insuran. Kau sabar kejap.

"Nah, Nuh Aryyan tapi bagi sipi-sipi dulu biarkan lagi sakit hati makcik bawang tu yang ketiak dia pun sama bau dengan mulut dia"

Feeya memuat naik bayinya dengan hanya mendedahkan separuh sahaja wajah anaknya itu.

Untuk pengetahuan, Feeya Iskandar, yang merupakan bekas penyampai radio Sinar FM itu selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 1.12 pagi, Januari yang lalu.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melahirkan bayinya seberat 3.2 kilogram secara normal di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan, Serdang.

Feeya dan suami bernama Rashid berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan seorang putera bernama Adam Malique yang kini berusia setahun.

Feeya Iskandar sebelum ini membuat pengumuman meninggalkan Sinar FM pada 19 Januari lalu.

Sumber: Astro Gempak
Friday, February 23, 2018

Rating Tinggi Bukti Saya Berbakat.. Artis Jual Kosmetik, Saya Tak Komen Pun - Aliff Syukri


Nampaknya kisah melanda Datuk Aliff Syukri yang dikritik beberapa artis senior masih lagi panas dan menjadi topik bualan ramai.

Antara yang memberi pendapat tentang Aliff Syukri ialah pelakon lama seperti Amyza Aznan dan juga Arash Mohd.

Amyza Aznan ada mengatakan supaya Aliff Syukri jangan mengganggu periuk nasi mereka sebagai dalam industri hiburan.

Melihat luahan Amyza Aznan ini, PA kepada Aliff Syukri bernama Melati ada memberi respon dengan mengatakan Amyza sebagai artis sendu.

Kali ini giliran jutawan kosmetik itu membidas kenyataan pelakon Amyza Aznan yang mendakwa dia mengganggu periuk nasi pelakon profesional hanya kerana dia menjadi hero filem Badang.

Pemilik syarikat D'herbs ini berkata, dia langsung tidak kisah apabila artis menjadi usahawan kosmetik.

Aliff membalas apabila ada golongan artis menjadi usahawan kosmetik, dia tidak pula rasa tercabar dan memberi sebarang komen negatif, malah Aliff Syukri bekerjasama dengan mereka.


Ini komen Aliff Syukri:

"Saya tidak pernah pula mengeluarkan kenyataan apabila ada artis menceburi bidang kosmetik. Saya seorang yang profesional dan boleh bekerjasama dengan ramai selebriti antaranya Rozita Che Wan, Wak Doyok dan Fasha Sandha dalam bidang yang sama.

"Tidak pernah pula saya merasakan mereka mengganggu periuk nasi saya! Saya percaya rezeki Allah itu luas,"

Usahawan itu diminta mengulas kenyataan Amyza dalam satu ruangan komen di Facebook pengarah Shahrulezad Mohameddin agar Aliff Syukri  tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.

Amyza berkata, usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.

Dalam pada itu Aliff mengambil contoh, seseorang artis boleh membuat tuduhan dia mengganggu periuk nasi mereka seandainya dia membayar pihak produksi agar menggugurkan nama mereka untuk memberi laluan kepadanya berlakon.

Malah tambah Aliff lagi, ada lakonannya yang mendapat rating yang tinggi membuktikan sememangnya dia boleh berlakon.

Ini penjelasan Aliff Syukri:

"Hakikatnya tidak begitu, mereka (pihak produksi) datang menawarkan saya watak utama biarpun saya sudah menjelaskan saya tidak mahir berlakon tambahan lagi untuk membawa watak seorang hero.

"Namun begitu lakonan saya dalam satu episod drama Misteri Jenazah ia mendapat 'rating' tertinggi dalam keseluruhan drama tersebut. Ini membuktikan saya mempunyai bakat

Datuk Aliff Syukri telah menjadi hero dalam filem Badang yang sedang ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia.

Filem Badang merupakan arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi.

Namun, filem ini mendapat review yang agak negatif dari orang ramai. (BeritaMemey)


Sumber: mStar

Sikap Kau Rosakkan Bidang Kerja Kami - Arash Mohd Hentam Aliff Syukri

 
Nampaknya seorang lagi artis senior bertindak menegur sikap jutawan kosmetik iaitu Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris yang kini menceburi bidang lakonan.

Jika sebelum ini Amyza Aznan bersuara menegur Aliff Syukri, kali ini giliran Arash Mohd, seorang pelakon yang sudah lama menceburi bidang lakonan mengeluarkan pendapatnya tentang isu yang sedang panas ini.

Arash Mohd, 49 tahun dilihat kecewa dengan sikap usahawan yang menggunakan bidang seni untuk meraih populariti.

Bagi Arash Mohd industri hiburan ada nilainya dan tidak mahuianya tercalar dengan kehadiran usahawan yang kini mula menceburi bidang seni untuk meraih tumpuan orang ramai.

Menurut Arash, pembabitkan usahawan selebriti bukan saja menghasilkan lakonan dan nyanyian tidak berkualiti, malah menampilkan sikap 'syok sendiri' dan akan melenting sekiranya dikritik.

Ini komennya:

"Abang cuma nak tegur, jangan gunakan industri ini sebagai medium meraih populariti. Akibatnya kami merana kerana ia dirosakkan dengan tingkah laku anda"

"Apa yang diperhatikan adalah industri ini semakin tercalar bukan saja dengan nyanyian dan lakonan (mereka), malah dengan tingkah laku.

"Kita tidak tahu daripada datangnya usahawan selebriti.. tiba-tiba nak menyanyi, buat filem dan mahu disanjung"

"Lihatlah sikap mereka di media sosial. Mengadu penat berlakon. Malah sedikitpun tidak boleh dikritik apabila netizen tidak menyukai filem berkenaan"

Arash mengingatkan, usahawan selebriti perlu sedar tindakan mereka boleh mempengaruhi generasi muda yang tidak mengetahui apa-apa.

Arash berpendapat, kehadiran usahawan selebriti sekadar mahu mencari populariti demi melariskan produk.

Ini tegur Arash Mohd lagi:

"Teguran ini juga buat pihak berkaitan yang bekerjasama demi kepentingan wang. Sedarlah industri hiburan mempunyai eksklusif dan jangan biarkan ia tercalar"

"Disebabkan itu mereka menyelit dalam industri sedangkan pelakon lama bertatih dari bawah untuk menghasilkan produk berkualiti. Mereka memang ada wang tetapi tidak boleh membeli jiwa penonton,"

"Saya kesal dengan situasi ini sedangkan dulu tidak berlaku. Jangan menunjuk-nunjuk sangat, jangan syok sendiri dan jangan memuji diri sendiri. Usahawan kosmetik dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan"


Pelakon ini memuatnaik satu teguran kepada Aliff Syukri di laman FB miliknya.

Ini tulis Arash:
Itulah kata-kata dari Arash Mohd yang melihat beberapa usahawan telahpun cuba menceburi bidang seni hiburan tanah air.

Mungkin ada betulnya juga kata Arash Mohd ni memandangkan dia antara artis yang sudah lama bertapak dalam bidang lakonan.

Apapun semoga semuanya baik-bak sahaja.  -BeritaMemey

Sumber: BH / FB Arash

"Kau yang sendu, kata orang tutup periuk nasi dia" - PA Aliff Syukri Geram Dengan Amyza Aznan

 
Sejak kebelakangan ini, isu Aliff Syukri menjadi pelakon hangat diperkatakan orang ramai.

Semuanya gara-gara filem adiwira berjudul Badang lakonan Aliff Syukri telah masuk ke pawagam.

Dari review yang diterima, rata-rata ramai yang mula menghentam dan mengkritik lakonan ahli perniagaan kosmetik ini.

Kemudian, ada juga artis yang memberi pendapatnya tentang Aliff Syukri menjadi pelakon.

Antara artis yang lantang memberi pendapat ialah Amyza Aznan. Pelakon ini dilihat mengkritik sikap Aliff Syukri yang mahu dihargai dalam dunia lakonan.

Melihat Aliff Syukri dikritik, PA kepada ushawanan itu tampil memuatnaik satu video untuk back up bosnya itu.

PA Aliff Syukri yang bernama Melati itu dilihat begitu geram dengan kenyataan yang dibuat oleh Amyza Aznan.

Ini komen dari Melati, yang merupakan PA kepada Aliff Syukri:

"Geram betulah dengan pelakon yang kata bos aku tutup periuk nasi artis. Apa nama pelakon yang kecoh tu..

"Dia yang sendu, dia yang tak laku, pengarah tak nak ambil dia berlakon habis dia kata bos kita tutup periuk nasi dia.

"Hah habis tu dia kata bos kita bayar duit, bodoh ke nak bekerja habis tu kau keluar duit. Ingat bos kita ni kaki cap duit.

"Kau yang dah sendu, kata orang tutup periuk nasi dia pahal.Eh rezeki tu dari Tuhan, bukan dari orang

 Ini pula antara komen seorang lagi wanita di dalam video itu:

"Hello semua yang Dato berlakon orang bagi dia duit tau..Alah dia buat macam tu sebab tak ada populariti, itu yang dia saja. Dia dah tak glamour.

Ini videonya:


Video ini dimuatnaik di laman media Instagram milik Melati dan terus menjadi viral.

Di ruang komen, banyak pendapat yang bercampur baur tentang luahan Melati itu.

Ada yang menyokong Melati dan ada juga yang menyatakan Melati tidak patut masuk campur urusan bosnya dengan Amyza Aznan. (BeritaMemey)

Sumber: IG Melati

Nastaha Elyzza Luah Perasaan, Berharap Dapat Tawaran Berlakon


Pada tahun 2017, antara isu yang menjadi buah mulut orang ramai ialah kisah kontroversi video Bigo  Nastaha Elyzza yang mana turut melibatkan pelakon Fathia Latiff.

Video Bigo itu menjadi viral sekelip mata dan  membuatkan nama Nastaha Elyzza dan Fathia Latiff dikecam.

Kedua-dua pelakon ini kemudian dikatakan sudah tidak mendapat tawaran berlakn lagi selepas kontroversi panas itu.

Baru-baru ini, Fathia Latiff akhirnya diterima kembali dalam industri lakonan apabila menerima tawaran berlakon drama bersiri sebanyak 13 episod.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak produksi dari Zeel Production yang membuat tawaran kepada Fathia Latiff.

Walaupun Fathia Latiff sudah kembali mendapat tawaran, nampaknya  Nastaha Elyzza masih belum menerima rezeki yang sama.

Dikatakan pelakon ini masih belum ada tawaran berlakon.

Nastaha Elyzza ada memuatnaik luahan hatinya menyatakan dia amat berharap dapat kembali berlakon.

Ini antara caption dari Nastaha Elyzza di laman Instagram miliknya:

"Hopefully dapat berlakon balik satu hari nanti. Moga moga rezeki untuk berlakon masih ada, sumpah rindu kerja.

"I love my work, and i miss my work so much. Yes, what i did at the past was my biggest mistake, all i wish is for a last chance. #rindunakberlakon #rindukerja #rindumasukset #hopefullymasihadapeluang

"Jujur rindu, rindu busy dengan kerja, rindu berlakon, rindu suasana dekat set, rindu perasaan excited start scene, rindu nervous pasal heavy scene. Sumpah rindu. Tak tahu lah apa akan jadi in future, For now yang dpt buat is berdoa dan have faith dapat lagi peluang untuk berlakon in future, hopefully.

Untuk pengetahuan, Nastaha Elyzza banyak berlakon sebagai watak pembantu seperti dalam drama Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa, Bila Hati Perempuan Menjerit dab Isteri vs Tunang.

Mudah-mudahan rezeki Nastaha masih ada.-Berita Memey

Sumber: IG Natasha

Dugaan Iqram Dinzly, Rumah Dirompak, Kemudian Terlibat Kemalangan Jalan Raya Pula


Ini berita terkini melibatkan pelakon Iqram Dinzly. Pelakon yang penuh kontroversi ini telah terlibat dengan dua dugaan besar semalam.

Kedua dua dugaan itu di alami oleh Iqram Dinzly dalam tempoh masa yang amat singkat dan pelakon ini berkongsi dugaan tersebut di laman media sosial Instagram.

Jom baca kisah yang melanda pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini.

Pertamanya, Iqram Dinzly berkonsi rumahnya telah dipecah masuk dan beberapa barang berharga telah hilang.

Kemudian, dugaan kedua pula, kereta yang dipandu oleh Iqram Dinzly pula telah mengalami kemalagan.

Ini perkongsian Iqram Dinzly:

KOPAK!

"Alkesahnya cerita kelmarin di #talaqqiiq #guaana #damansara dikopak dan jam #claudiapatricks bernilai RM10k, jam #gshock #guess serta #iphone6 dan laptop arwah papa hamba telah selamat dirompak

"Walau apa pun, tak perlu berontak. Hanya syukori ujian dan dugaan Allah dengan serentak kita #sabar lagi gempak .


HENTAK!

"Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentaklah di tembok dan isteri aku cedera terluka sebegini.

"Satu persatu #latihantubi yang diberi dan semakin hari semakin ku sadari... sekiranya jadi maka jadilah ia, dan usah pertikaikan lagi kerna semua ini adalah suratan takdir #Illahi.

"Yang perlu kita amati , apa yang kita telah berbakti ? Bagaimana hidup hendak diberkati ?
Jawapannya #sabar, #tenang dan #tawakallahualaik, baru camgini. #honda #crv

Itulah yang berlaku kepada Iqram Dinzly. Memang dugaan yang amat besar.

Pertamanya rumahnya di Damansara telah dipeach masuk dan barang kesayangan seperti jam mewah berharga RM10 ribu telah dicuri. Begitu juga dengan barangan peribadi miliknya arwah ayahnya telah dicuri.

Kemudian kerata kesayangannya iaitu Honda CRV putih telah terlibat dalam kemalangan pula. Iqram Dinzly akui ketika itu dia sdang dalam keadaan kepenatan.

 Semoga Iqram Diznly tabah hadapi dugaan ini.

Sumber: IG Iqram Dinzly
Thursday, February 22, 2018

"Penghinaan Itu Melampau-Lampau.." - Respon Aliff Syukri Setelah Dikecam Pelakon Lain


Ahli perniagaan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri telah dikritik hebat oleh Amyza Aznan baru-baru ini.

Selain Amyza Aznan, ada juga pengarah dan pelakon lain yang bersetuju dengan komen kritikan kepada Aliff Syukri yang dilihat kini mula bergelar pelakon.

Melihat kritikan yang dilemparkan kepada oleh pelakon senior, Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.

Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.

Ini komen Alif Syukri:

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.

"Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini.  Saya hanya pelakon sahaja.  Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena,"

Pelakon  watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?


Malah Aliff Syukri juga mengatakan drama lakonannya mendapat rating yang tinggi di Astro.

"Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

"Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP.Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat?

"Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya.  Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang,"

Aliff turut memberitahu dia boleh menerima kecaman tetapi janganlah melampau seolah-olah filem Badang kerana semuanya salah dia seorang.

Ini komennya lagi:

"Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat. Penghinaan itu melampau-lampau,"

Walau apa pun yang berlaku, apabila ditanya sama ada adakah dia akan terus berlakon lagi, Aliff Syukri terus menyatakan minatnya sekiranya ditawarkan berlakon.

"Jika ada orang yang menawarkan kepada saya berlakon, apa salahnya jika saya terima cuma kali ini saya akan lebih hati-hati," 

Datuk Aliff Syukri yang popular dengan tagline terlajak laris dikritik hebat oleh prang ramai ekoran filem Badang lakonannya yang dikatakan kurang bermutu.

Ramai yang memberi review kurang memberangsangkan tentang filem ini.

Sumber: Sinar Harian
Wednesday, February 21, 2018

5 FOTO: Wajah Anak Nora Danish Dan Nedim Nazri.. Comelnya!!


Hari ini pasangan popular Nora Danish dan Nedim Nazri telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka berdua sebagai suami isteri.

Nedim Nazri iaitu suami bintang jelita, Nora Danish, membuat pengumuman dan mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, 9.02 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan secara pembedahan Caesarean Section dengan berat 3 kilogram. 

Melalui perkongsian Insta Stories pada Instagram, Nedim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya selamat bersalin.

Nedim turut berkongsi keadaan isterinya dalam keadaan stabil selepas melahirkan putera sulung mereka itu yang diberi gelaran Ney Ney.

Ini ucapannya:

"Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki... Kami akan tunjukkan wajahnya, tidak lama lagi.

"Terima kasih untuk doa semua," 

Kemudian tidak lama selepas itu, Nedim Nazri mengotakan janjinya dengan memuatnaik beberapa foto wajah anaknya itu.

Tonton video ini:


Itulah wajah anak Nedim dan juga Nora Danish. Di ruangan komen ramai para peminat dan follower yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Nora dan Nedim di atas kehadiran ahli keluarga baru itu.

Memang comel habis anak Nora dan juga Nedim ini.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan antara Nora Danish dan Nedim Nazri.

Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 30 Mac 2017 dan merupakan perkahwinan keduabuat kedua-dua mereka.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram / Jejai.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 denagn bekas isterinya, Nabila Khan. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki bernama Nedzrin. BeritaMemey

Sumber: IG Nedim Nazri / Boss Ned

Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Sebentar Tadi.. Tahniah!


Pelakon popular Nora Danish telah pun selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan dengan Nedim Nazri di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Detik manis itu dikongsi teman baik Nora Danish iaitu Betty Rahmad yang turut menemani Nora Danish di hospital.

Betty Rahmad memuat naik video aktres jelita itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mendukung bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.

Video itu dikongsi awal pagi tadi.

Betty turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sambil menyatakan bayi dilahirkan adalah lelaki.

Suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri juga ada memuatnaik satu video mengesahkan bahawa isterinya itu selamat melahirkan anak lelaki.

Anaknya ini diberi gelaran nama Ney Ney.

Ini komen Nedim:

"Syukur isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Terima kasih kepada semua yang mendoakan"

Nedim yang lebih mesra di sapa Boss Ned memberitahu dia akan memuatnaik gambar wajah anaknya itu untuk tatapan peminat Nora Danish tidak lama lagi.

Nora Danish pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018 namun segalanya berjalan lancar dan disahkan sudah sampai masanya pada hari ini.

Untuk pengetahuan, pasangan popular ini berkahwin pada bulan Mac 2017 dalam satu majlis pernikahan diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Menerusi perkahwinan pertama bersama Jejai, Nora Danish dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin hasil perkahwinan terdahulu bersama Nabila Khan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nora Danish dan juga Nedim Nazri. Semoga terus bahagia dengan kehadiran cahaya mata baru ini.

Memang ramai yang tak sabar nak lihat wajah anak Nora Danish dan Nedim Nazri ini.

Sumber : IG Nedim Nazri

Ditawar Berlakon Jadi Ustazah, Penerbit Dedah Perkara Sebenar Kenapa Ambil Fathia Latiff

 
Di saat tiada pihak produksi berani menawarkan peluang lakonan kepada pelakon penuh kontroversi iaitu Fathia Latiff, penerbit drama syarikat Zeel Production, Fadzil Teh, pula bersikap terbuka apabila bersedia menggunakan khidmat pelakon jelita itu.

Fathia Latiff ditawarkan berlakon dalam terbaru keluarannya berjudul Anugerah Cinta Aisyah yag difahamkan sebanyak 13 episod.

Fadzil berkata, masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan Fathia bukanlah isu besar baginya.

Kata Fadzil, sebagai penerbit, dia juga pernah berdepan dengan perkara sama membabitkan pihak lain, termasuk artis dan crew.

Ini komen Fadzil:

"Benar, saya tawarkan dia (Fathia Latiff) peluang berlakon untuk drama baru syarikat saya, Anugerah Cinta Aisyah.

"Saya juga tidak ada masalah dengan kontroversi yang terpalit pada Fathia. Apa yang penting, dia mampu memberikan hasil lakonan yang terbaik. Tidak salah untuk kita memberi peluang kepada dirinya.

"Setakat isu disiplin masa, hampir semua orang dalam produksi ada masalah sama. Setakat ini, belum pernah lagi drama yang membabitkan Fathia mendapat 'rating' rendah,"

Fadzil juga ada membuat pendedahan perkara sebenar kenapa dia buat tawaran kepada Fathia Latiff.

Penerbit itu mendedahkan, sebenarnya beliau memang telah mencadangkan nama Fathia Latiff bagi menggalas watak utama, Ustazah Aisyah, kepada pihak RTM sebelum insiden kontroversi terbabit berlaku, sekitar September tahun lalu.

Sedar stesen televisyen terbabit cukup peka dan tegas, Fadzil mengambil pendekatan untuk mencari pengganti Fathia, namun tiada seorang pun yang sesuai membawakan watak itu.

Ini pendedahan Fadzil:

"Risau juga jika nama Fathia tidak diterima. Jadi, saya mengadakan uji bakat bagi mencari pengganti. Malangnya, tiada yang sesuai.

"Minggu lalu, saya ke stesen itu semula bagi mengesahkan barisan pelakon drama ini dan nama Fathia juga lulus. Malah, dia tidak digam seperti yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

"Jadi, saya terus menghubungi Fathia untuk menawarkan watak itu kepadanya. Saya tidak kisah dengan pandangan dan kecaman netizen. Saya sayangkan bakat Fathia. Saya yakin apabila kita selalu beri peluang kepadanya, dia akan berubah,"

Drama Anugerah Cinta Aisyah turut dibintangi oleh Idris Khan dan penggambaran bakal diadakan pada bulan depan.

Tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff kerana sudah kembali mewarnai dunia lakonan.

Sumber: Berita Harian
Wednesday, February 14, 2018

"Tergamam Dapat Berita Ini.. Jantung Saya Rasa Macam Nak Luruh " - Ogy Ahmad Daud


Hari ini pelakon yang popular menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Azmil telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak di Shah Alam.

Sebelum ini, Azmil sememangnya ada datang ke hospital kerana komplikasi sakit jantung.

Antara artis yang terkesan dengan berita pemergian Azmil Mustapah ini sudah tentulah rakan artisnya iaitu Fauziah Ahmad Daud.

Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy telah menulis berita tentang pemergian Azmil Mustapha di laman medianya.

Ini tulis Ogy Ahmad Daud:

"Dia Dah Tak ada.. Sahabat Ku Dah Dipanggil Pulang Olih Ya Khaliq..

"Tergamam Mendapat Berita Ini.

"Azmil.. Aku Akan Merindui Mu Sebagai Seorang Abang, Rakan Lakon Dan Sahabat Dunia Dan Akhirat..

"Aku Mendoakan Kau Ditempatkan Didalam Golongan Orang Yang Beriman Dan Disayangi Allah.. Aamiin

"Al Fatihah Buat Tuan Haji Azmil Mustapha 

Ogy Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai individu yang menyenangkan dan tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain.

Katanya lagi, Azmil sudah dianggap sebagai seorang abang dan dia antara individu yang menyokongnya ketika Ogy di awal penghijrahan dahulu.

Ini komen Ogy:

"Dia sudah macam abang saya. Sepanjang saya mengenalinya, dia tak pernah menyusahkan orang dan tak letak dirinya sebagai orang hebat.

"Semasa awal penghijrahan saya dahulu, dia orang pertama yang ketuk pintu rumah saya dan menyokong apa yang saya lakukan (bertudung). Walaupun saya masih aktif dengan industri seni, dia tak pernah memberi kecaman atau bercakap buruk di belakang.

"Sebaliknya, dia buat saya lebih faham mengenai agama dan banyak mengajar saya mengenai keindahan Islam. Dia sanggup hidup bersusah tanpa duit dan harta kerana mencari keredaan Allah,"

Sementara itu, Ogy berkata dia terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila dimaklumkan oleh adiknya mengenai kematian Azmil.

Ini komen Ogy lagi;

"Apabila dapat berita daripada adik saya, jantung saya rasa macam nak luruh, tak percaya Azmil sudah tiada.

"Selepas ini saya pasti akan merindui gelak tawa dia. Sekarang ini sudah tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar.

"Kali terakhir kami bertemu tahun lalu di kediaman saya dan ada berhubung melalui telefon pada bulan lalu,"

Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 12.40 tengah hari di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Jenazah dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam untuk urusan serta solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor selepas waktu Asar.

Untuk pengetahuan, Ogy dan Azmil pernah bergandingan sama dalam beberapa filem antaranya Ali Setan, Suara Kekasih, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta.

Bagaimanapun filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang menggandingkan mereka berdua telah menjadi hit dan mencatatkan kutipan box office.

Takziah buat keluarga Azmil Mustapha. Mari doakan arwah.

Sumber: mStar
Tuesday, February 13, 2018

Pelakon Filem 'Ali Setan' Azmil Mustapha Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi


Pelakon yang amat popular menerusi filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun.

Beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

Sebelum ini, Allahyarham Azmil Mustapha ada beberapa kali masuk ke hospital kerana masalah jantung dan komplikasi.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil Mustpaha telah dikongsikan oleh anak lelaki tunggalnya,iaitu Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.

Ini komen anak Azmil Mustapha:

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,"

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Untuk pengetahuan, selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Ini antara lakonannya:

Mekanik - (1983) - (Pelakon Utama)
Matinya Seorang Patriot - (1984) - (Pelakon Tambahan)
Ali Setan - (1985) - (Pelakon Utama)
Ali Setan 2 - (1986) - (Pelakon Utama)
Suara Kekasih (1986) - (Pelakon Utama)
Kepala Angin - (1987) - (Pelakon Utama)
Driving School - (1990) - (Pelakon Utama)
Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon Tambahan)
XX Ray II - (1995) - (Pelakon Pembantu)
Hanya Kawan - (1997) - (Pelakon)
Iman Alone - (1998) - (Pelakon Utama)
Cheritera - (2001) - (Pelakon Utama)
Puteri Gunung Ledang - (2004) - (Artis Jemputan)

Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil. Beliau telah menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

Takziah buat ahli keluarga. Sama sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman. -Berita Memey.

Sumber: Utusan / Mstar

Setelah Menempuhi Kontroversi, Farid Kamil Akhirnya Tampil Secara Live Di MeleTop

 
Pelakon Datuk Farid Kamil sememangnya sedang menajdi perhatian ramai ekoran kesnya mengamuk di balai polsi dan mengambil barang terlarang menjadi bualan ramai.

Datuk Farid Kamil mengakui kontroversi yang menghambat dirinya membabitkan tahanan reman dan tuduhan penyalahagunaan bahan terlarang sebagai satu pengalaman tidak boleh dilupakan.

Buat pertama kalinya, Farid Kamil telah tampil secara live di kaca televisyen apabila muncul di program MeleTop yang bersiaran secara langsung di Astro Ria.

Ini komen Farid Kamil apabila ditanya tentang keadaannya:

"Syukur pengalaman selama enam hari (direman) adalah memori tak boleh dibeli. Saya mengenali diri saya dari kecil sehingga besar.

"Sokongan keluarga, teman, rakan artis dan peminat menjadi kekuatan saya untuk mengharungi kontroversi yang menghambat,"

Ini videonya;


Farid Kamil menyatakan, kehidupannya kini kembali berjalan seperti biasa dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Farid yang juga pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu berkata, dia berterima kasih kerana dirinya masih diterima baik peminat.

Malah, dia bersyukur apabila semakin mendapat kekuatan dan sokongan untuk meneruskan perjalanan seninya semula.

Ini komennya lagi:

"Alhamdulillah, kes masih dalam siasatan polis. Semuanya baik-baik saja"

"Seperti anda lihat, saya masih dapat berjalan hari ini dengan program ini. Ia membuatkan saya rasa bersyukur"

 Di set MeleTop, Farid Kamil hadir bersama Nelydia Senrose dan juga Imam Shah untuk mempromosikan drama Lafazkan Kalimah Cintamu.
 
Drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid, Nelydia Senrose, Adriana Adnan, Azri Iskandar, Adibah Noor dan ramai lagi ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Di imbas kembali, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 16 Januari lalu atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Farid kemudian dibebaskan dengan jaminan RM12,000 oleh Mahkamah Majistret.

Sementara itu, Farid juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan penggunaan barang terlarang bulan lalu.

Mahkamah juga membenarkan Farid diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan pasport Farid diserahkan kepada mahkamah. -BeritaMemey

Sumber: Astro Gempak / Harian Metro/ MeleTop

"Memang Sakit Hati" - Wany Hasrita Luah Perasaan Dibuli Di AJL32

 
Penyanyi Wany Hasrita meruapakn salah seorang peserta Anuegrah Juara Lagu kali ke 32. Ini kali pertama Wany Hasrita melangkah ke Anugerah Juara Lagu.

Namun, ada kisah yang tidak sedap dilalui oleh Wany Hasrita di AJL32.

Dikatakan ekoran persembahannya di pentas AJL32, Wany Hasrita teruk dikecam dan menjadi mangsa buli siber (cyber bully).

Wany Hasrita sendiri mengaku terkesan dengan kritikan dan kecaman daripada netizen tentang persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) pada malam Ahad lalu.

Penyanyi berumur 26 tahun ini, berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap kariernya selepas ini.

Malah Wany telah memuatnaik luahan hati di laman Instgramnya tentang orang ramai membulinya di alam siber.

Wany ada memuat naik status menerusi laman Instastorynya dengan mengatakan kewujudan buli siber dan mendoakan tidak ada sesiapa yang perlu melalui situasi tersebut.

Ini luahannya:

"Buli siber benar terjadi. Saya berdoa agar semua orang tidak perlu melalui situasi seperti ini,"


Kemudian, menerusi portal mStar, Wany menerangkan dia meluah rasa sakit hati tentang isu siber buli ini kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai.

Ini komen Wany Hasrita:

"Tujuan saya muat naik status terdapat buli siber bukan kerana berasa tertekan. Tapi ingin memberi kesedaran pada orang luar bahawa buli siber itu sememangnya wujud.

"Baru saya tahu perasaan orang yang melalui situasi buli siber. Memang menyakitkan hati. Pada awalnya, tidak dinafikan saya terkesan juga dengan kritikan netizen.

"Tapi hanya sekejap sahaja. Saya dah lakukan yang terbaik pada malam itu. Jadi, lebih baik saya fokus pada karier selepas ini,"

Rata-ratanya netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nyanyian Wany yang dikatakan sumbang, malah gimik ‘drama’ pembuka persembahan juga tidak sesuai dan ketinggalan zaman ketika mempersembahkan lagu Menahan Rindu.

Bagaimanapun, Wany menjelaskan idea dan konsep tersebut bukan datang daripada pihaknya atau pihak pengurusan namun hanya mengikut kehendak pihak ketiga.

Ini katanya lagi:

"Pihak tersebut yang mahukan konsep seperti itu. Saya sebagai pendatang baru hanya ikut sahaja. Takkan saya nak demand atau jadi diva,"

"Kalau ikutkan saya sendiri mahukan konsep yang berlainan dan sesuatu yang boleh orang ingat sampai bila-bila.

"Lagu Menahan Rindu itu sendiri mempunyai maksud yang banyak. Bukan hanya untuk kekasih sahaja tetapi rindu pada ahli keluarga juga," 

Apapun Wany Hasrita telah buat yang terbaik pada malam AJL 32. Semoga selepas ini Wany akan lebih hebat di pentas AJL pada masa yang akan datang.


Sumber: mStar

Pengesahan Jantina Sajat Dihalang Pihak Ketiga - Jakim

 
Kini sudah hampir sebulan isu Sajat bertemu pihak Jakim berlaku. Ramai yang tak sabar untuk mengetahui pengesahan jantina Nur Sajat.

Namun pihak JAKIM telah membuat kenyataan terbaru tentang isu ini.

Dikatakan, keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik berkenaan mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ada halangan untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mendedahkan prosedur itu 'diganggu' oleh orang ketiga di pihak Nur Sajat.

Ini komen Dr Izawan selaku wakil JAKIM: "Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini"

Dr Izwan berkata demikian kepada portal mStar pada petang Selasa tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

Ditanya bila prosedur tersebut 'dihalang' oleh pihak ketiga, Dr Mohd Izwan hanya berkata: "Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang."

Namun begitu, Dr Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

Ini komennya lagi:

"Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,"

Dalam pada itu, Dr Mohd Izawan menafikan seorang pegawai wanita dari Jakim telah mengesahkan jantina sebenar Sajat, sebagaimana yang didakwa oleh seorang penulis blog menerusi penstriman video secara langsung di laman Facebook pada Selasa.
Ini komennya:

"Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,"

Sebelum ini, Dr Mohd Izwan selaku wakil dari JAKIM telah bertemu dan berjumpa dengan Sajat bersama ibu bapa nya ketika satu pertemuan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Kemudian pihak JAKIM memberitahu, ianya memerlukan selama sebulan atau lebih untuk mengesahkan jantina Sajat.

Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran kritikan dan tanda tanya dari orang ramai sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti jantina Sajat.


Sumber: mStar

TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama


Sari Yanti Sah Hamil

Ini satu berita gembira yang baru diterima tentang pasangan selebriti iaitu pelawak Jep Sepahtu dan juga pelakon popular Sari Yanti.

Akhirnya pasangan ini bakal bergelar ibu bapa apabila pelakon Sari Yanti telah disahkan hamil anak pertama mereka.

Berita yang amat menggembirakan ini telah secara rasmi diumumkan oleh pasangan ini di radio Sinar FM.

Laman media Instagram Sinar FM telah berkongsi kisah yang ditunggu ramai ini petang tadi.

Ini caption Sinar FM di laman Instagram:

"Alhamdullilah Sari Yanti dan Jep Sepahtu berkongsi yang mereka akan menerima ahli baru dalam keluarga. Tahniah ye awak berdua  #JepSari"

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti.

Ramai yang menulis tanda kesyukuran di atas berita gembira ini dan ada juga yang mendoakan agar segala urusan mereka berdua selepas ini dipermudahkan.

Sari Yanti Terjumpa Ozlynn Dan Linda Onn 

Sementara itu, di laman Instagram Sari Yanti, pelakon ini memberitahu dia ada terjumpa dengan Ozlynn ketika membuat pemeriksaan kandungannya.

Ini tulis Sari Yanti:

"Alhamdulillah semua baik baik je, tima kasih doakan kami. Kakak awak checkup hari ni - terjumpa Johan dan Ozlynn"

Kemudiannya, Ozlynn turut memuatnaik gambar bersama Linda Onn dan juga Sari Yanti yang mana ketiga-tiga kini sedang hamil.

Ini tulis Ozlynn:

"Bila mak buyong bersatu.. baby Chantiq sibuk je nak join... buat kak Linda Onn semoga dipermudahkan segalanya buat mu.. nanti bagitau eh nak tengok baby comel you.. 

"Dan Sari Yanti,  you plak jangan nak buat perjanjian beranak sebelah katil ngan i okey kat labour room nanti. Semoga yg terbaik buat kita semua aameen"


Linda Onn turut memuatnaik gambar mereka bertiga ketika terserempak semasa membuat pemeriksaan kesihatan kandungan.

Tahniah diucapkan kepada Sari Yanti dan juga Jep Sepahtu! -BeritaMemey

Sumber: IG Sinar / Sari Yanti

"Kalau Naik Pentas, Jamah Buku Lima" - Respon Altimet Tentang Cubaan Ceroboh Iqram Dinzly Di AJL32

 
Ini sedikit update tentang perkara yang ramai tak tahu ketika di Anugerah Juara Lagu kali ke 32 Ahad yang lalu.

Penyanyi rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon yang sedang viral iaitu Iqram Dinzly yang dilihat telah membuatnya agak marah pada Ahad lalu.

Altimet yang membuat persembahan lagu Amboi memberi kenyataan tentang perkara berkenaan di laman media sosial miliknya.

Penyanyi ini secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram Dinzly daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

Ini komen Alitimet:

"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari 'kecederaan'."

"Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit."

Inilah luahan rasa dari Altimet di Twitter.



Pada acara itu, lagu Amboi persembahan Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Sememangnya Altimet mencuri perhatian ramai dengan persembahan mantap ketika menyampaikan lagu Amboi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram Dinzly turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

Ini komen Altimet lagi:

"Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku 'chow'. Tak nak keruhkan keadaan,"

Difahamkan tindakan Iqram Dinzly itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Tempat kedua dimenangi oleh lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker dan tempat ketiga dimenangi oleh Haqiem Rusly menerusi lagu Tergantung Sepi.~ Berita Memey

Sumber: Laman Media Altimet / mStar
Monday, February 12, 2018

Fazura Kagum Mempunyai Suami Yang Amat Penyabar Seperti Fattah Amin

 
Ketika ini, boleh dikatakan pasangan suami isteri paling popular di Malaysia ialah Fattah Amin dan juga Fazura.

Bercerita tentang rumah tangganya dengan Fattah, Fazura berkata, mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

Sepanjang tiga bulan mendirikan rumah tangga, Fazura menzahirkan rasa kagum dengan sikap penyabar Fattah Amin.

Selain itu, Fattah Amin juga tidak pernah menekannya dan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Fazura bersyukur mendapat suami penyabar seperti Fattah.

Ini komen Fazura:

"Dia bukan seorang yang suka menekan saya dan untuk itu saya sangat menyenanginya.

"Kami berkahwin pun selepas enam bulan bercinta dan secara dasarnya kami bercinta selepas berkahwin dan Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

"Saya juga mendapati Fattah sangat penyabar orangnya walaupun banyak perkara yang terjadi tetapi dia masih boleh memaafkan"

Itulah komen Fazura tentang suaminya Fattah Amin yang merupakan pelakon lelaki paling popular ketika ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fazura akan tampil dalam telefilem baru berjudul Janji Zehan.

Bercakap tentang Janji Zehan, Fazura berkata, ia mengangkat kisah pasangan baru berkahwin dengan latar belakang dan budaya berbeza.

Katanya, ia pengalaman baru buatnya kerana ia menampilkan jalan cerita berlainan selain ia menjalani penggambaran di Iran.

Ini komen Fazura:

"Projek ini memang seronok dan saya tak fikir panjang untuk lakukannya apabila ditawarkan oleh pengarahnya Bernard Chauly.

"Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita"

Selain Fazura ia turut terlibat ialah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara itu.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 14 Februari ini.

Sumber: mStar

"For Me Its An Insult.." - Neeta Luah Rasa Kecewa Lagunya Dikatakan Lagu Fathia Latiff

 
Baru-baru ini pelakon Fathia Latiff mula menceburi bidang nyanyian dan ada mengeluarkan klip video beberapa cover lagu nyanyiannya.

Boleh tahan suara Fathia Latiff yang mana ramai mengatakan sebagai agak merdu.

Sebelum ini Fathia Latiff ada membuat cover algu antarabangsa Dua Lipa berjudul New Rules.

Yang terbaru Fathia Latiff membuat cover lagu kumpulan I Am Neeta berjudul Sakit.

Apabila video klip nyanyian Fathia Latiff menjadi viral, ada yang mempromosikan lagu Sakit itu sebagai lagu Fathia Latiff.

Ini membuatkan penyanyian asal iaitu Neeta Manisha meluahkan rasa kecewa kerana ada pihak kata lagunya itu adalah lagu milik Fathia.

Ini komen Neeta Manisha:

"Dont get me wrong, kak fatiya nyanyi sedap gila tapi jangan smpai salah info dude, for me its an insult. xoxo do better next time"

Untuk pengetahuan Sakit adalah nyanyian Neeta Manisha iaitu vokalis kumpulan I Am Neeta.

Komposer yang juga anggota band IAmNeeta, Patrick Anohada mengakui tiada masalah lagu Sakit nyanyian band itu disalah sangka sebagai lagu baru pelakon Fathia Latif.

Video muzik Fathia menyanyikan lagu itu dalam versinya sendiri menjadi trending baru-baru ini selepas dimuat naik di YouTube dan ramai memuji nyanyiannya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertindak mempromosikan video berkenaan dengan kapsyen mengatakan ia adalah lagu baru nynyian Fathia Latiff.

Ini komen Patrick Anohada:

"Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta. Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa.

"Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu. Saya sendiri tidak sangka lagu Sakit mendapat sambutan luar biasa.

"Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku. Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini"

Sejak dilancarkan empat hari lalu, muzik video mendapat lebih 330,000 tontonan dan pernah mendapat trending nombor dua di platform muzik itu.

Video nyanyian Fathia latiff itu dimuatnaik oleh  Patrick Anohada di laman Youtube miliknya.

Sumber: Harian Metro

Ketua Juri Jelaskan Kenapa Lagu 'Jampi' Nyanyian Hael Husaini Dipilih Jadi Juara

 
Semalam lagu Jampi nyanyian Hael Husaini telah dinobatkan sebagai Juara AJL kali ke32 menewaskna 11 peserta dan lagu lain.

Ramai sebenarnya yang nak tahu, mengapakah lagu ini dipilih sebagai juara AJL.

Akhirnya ketua juri Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) iaitu Azmeer tampil memberi respon kenapa para juri sebulat suara memilih lagu Jampi sebagai juara.

Azmeer berkata, antara faktor kemenangan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dalam Anugerah Juara Lagu 32 adalah kerana lagu itu amat popular ketika ini.

Selain Azmeer, barisan juri dibarisi oleh Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Azmeer memberitahu, kesemua 10 juri yang mengadili karya berkenaan bersetuju dan sepakat memilih lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu tanpa pertikaian untuk memenangi AJL32.

Ini pendedahannya:

"Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu Jampi sebagai juara dan juga lagu-lagu lain.

"Lagu Jampi itu boleh pergi ke semua tempat. Bukan dari sudut permarkahan kualiti lagu tetapi Jampi sudah menakluk pelusuk negara termasuk negara jiran.

"Sedikit sebanyak markah dari segi populariti lagu tersebut juga memberi impak selain melodi dan susunan lagu yang cantik serta menyampaian yang bagus,"

Sementara itu Hael Husaini Razmi mengakui dia bukan seorang penyanyi yang hebat namun berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.

Ini kata Hael:

"Lagu Jampi ini pada mulanya saya hanya anggap sebagai pengenalan diri dalam dunia muzik tanah air. Tidak terbayang untuk masuk bertanding dalam pentas yang besar.

"Alhamdulillah, lagu itu sampai ke tahap ini. Memang diakui saya bukan seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang bagus dan bukan juga penyanyi yang hebat.

"Tapi saya sentiasa mahu memperbaiki diri dari masa ke masa untuk menjadi yang lebih baik,"

Hael dan komposer lagu itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib juara AJL32 pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Pemenang tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga.

Manakala penyanyi Ernie Zakri dan Syamel merangkul anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu duet mereka, Aku Cinta.


Nanyian mereka berdua ini dipuji ramai dari segi vokal termasuklah pujian yang diterima dari Datuk Siti Nurhaliza.

Lagu nyanyian Altimet iaitu Amboi  mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Anugerah Juara Lagu 32 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Sumber: mStar

"Macam Tak Percaya, Satu Dewan Jerit Nama"- Sajat Terharu Jadi Perhatian Di AJL



Semalam, telah berlangsung Anugerah Juara Lagu kali ke 32 (AJL32).

Majlis yang amat berprestij ini telah diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil dan bertemakan Muzik dan Fesyen.

Anugerah Juara Lagu kali ini diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.

Tetapi semalam, ketika di red carpet dan juga sepanjang majlis ini bersiaran langsung, antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran Nur Sajat.

Usahawan yang amat popular di laman media sosial ini hadir di red carpet dan terus mencuri perhatian para juru foto di sana.

Kemudiannya, ketika siaran langsung, Sajat sekali lagi menjadi perhatian ramai dan satu dewan bersorak memanggil namanya ketika dia hadir.

Memang gamat habis ketika penyanyi "Abang Nak Tegur" ini masuk ke dewan.

Malah pengacara iaitu Sherry dan Alif Satar juga sempat berhenti seketika ketika live dan melihat Sajat masuk ke dewan dan mengatakan Sajat menerima sambutan yang amat hangat dari para hadirin di dewan.

Tidak lama kemudian, Sajat ada meluahkan rasa terharunya apabila mendaoat perhatian yang amat hebat ketika hadir di AJL32.

Ini komen Nur Sajat:

"Sajat dah lama tak pergi event macam ini,walaupun di kecam hebat pelbagai kontervesi bulan lepas, tetapi malam tadi Sajat rasa macam tak percaya, satu dewan menjerit jerit panggil nama Sajat... Thank you uols semua... Sajat hargai anda semua.. Haters dan fans Sajat.. I love you.. Muahhh"

Itulah ucapan terharu dari Nur Sajat apabila mendapat sorakan yang amat gamat di AJL32.

Di majlis ini, Nur Sajat dilihat hadir bersama juru solek iaitu Gie Ismail dan juga temannya iaitu Coach Yin.

Memang hebat aura Sajat ini. Kemana sahaja dia pergi sudah tentu mendapat perhatian yang amat hangat. -Berita Memey

Sumber: Ig Nur Sajat
Sunday, February 11, 2018

"Halena Thank You So Much, I Love You" - Ucapan Hael, Siapakah Halena? Ini Pendedahannya


Semalam, komposer dan penyanyi lagu Jampi iaitu Hael Husaini telah berjaya meraih kejayaan yang amat besar buat dirinya.

Hael Husaini telah dinobatkan sebagai juara dan meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

Jutaan tahniah diucapkan buat Hael Husaini yang sememangnya berjaya 'menjampi' pentas Anugerah Juara Lagu semalam, memang padu!

Ketika ucapan Hael Husaini, ada momen yang mana beliau menyebut nama Halena. Ada yang tidak tahu siapakah Halena itu? Ini jawapannya.

Ini antara ucapannya: "Halena Thank You So Much, I Love You"

Kata Hael Husaini, Halena merupakan anak angkatnya.

Penyanyi ini menyifatkan kemenangannya sebagai menumpang rezeki anak angkat, Nur Helena.

Hael atau nama penuhnya, Hal Husaini Razmi, 29, berkata, sejak kehadiran Helena yang dipelihara sejak Mei tahun lalu, rezekinya dalam bidang seni mencurah-curah.

Ini komen Hael Husaini selepas bergelar juara:

"Helena adalah rezeki terbesar saya. Diakui sejak dia hadir dalam hidup saya., rezeki semakin murah. Kemenangan saya pada AJL 32 saya tujukan kepadanya.

"Walaupun pada awalnya saya agak bimbang untuk memikul tanggungjawab ini, tapi saya tetap mencuba memberikan yang terbaik. Sekarang saya tak boleh bayangkan hidup ini tanpa dirinya,"

Pada malam kemuncak AJL32, lagu "Jampi" ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong, telah menewaskan 11 lagu lain.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Diusik dengan pertanyaan apakah dia akan menaikkan kadar bayaran selepas diangkat sebagai juara, Hael berkata, ada perkara lain yang harus diberi fokus selain bersikap demanding seperti itu.

Ini komennya:

"Tak terfikir pun nak naikkan harga kerana fokus saya selepas ini adalah untuk mengembangkan lagi nama saya,"

Itu antara kata Hael yang juga merupakan komposer lagu popular, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.

Mengakui tak menang tangan kerana sibuk menerbitkan lagu penyanyi lain, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 ini memberitahu, dia bakal bekerjasama dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ini pendedahannya lagi:

"Insya-Allah, akan ada satu projek khas bersama penyanyi popular itu. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut…Kena tunggu"

Memang seorang yang hebat hael Husaini ni. Semoga terus sukses di masa depan. Tak sabar nak tunggu karya Hael yang seterusnya.

Sumber: Berita Harian

"Bagi saya benda tu tak patut.." - Komen Mengejutkan Haqiem Rusli Selepas Menang

 
Semalam telah berlangsung nya Anugerah Juara Lagu kali ke 32 yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil.

Anugerah Juara Lagu 32 kali ini mengangkat tema "Fesyen Dan Muzik" dan telah diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.

Majlis AJL32 malam tadi, telah berlangsung dengan suasana yang amat gamat dan meriah sekali.

Para peserta dilihat memberi persembahan terbaik mereka di atas pentas Juara Lagu, memang semuanya hebat-hebta belaka.

Akhirnya, lagu Jampi nyanyian Hael telah dinobatkan sebagai juara pada malam itu.

Ini keputusan penuh AJL32:

Juara - Hael 
Naib Juara - Azmi Caliph Busker 
Ketiga - Haqiem Rusli 
Vokal Terbaik - Syamel Dan Ernie Zakrie
Persembahan Terbaik - Altimet 
Anugerah Penyanyi Pilihan - Khai Bahar 

Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya atau boleh digelar sebagai ‘budak budak baru nak up’ sering menjadi mangsa kecaman ramai.

Bagaimanapun, dengan kemenangannya mendapat tempat ketiga di AJL32, ianya telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam.

Ini komennya:

"Saya menyelamatkan mereka sebagai penyanyi-penyanyi baru ini. Saya kecewalah bila netizen kutuk semua ni. Sebab saya back-up budak baru macam Aiman Tino, Hassad Motawh semua tu sebab mereka (netizen) tidak pandai jaga hati, kutuk-kutuk"

"Bagi saya benda tu tak patut, dan tak baguslah. Kalau lagu macam Aiman Tino tu cuba suruh orang lain nyanyi takkan sesedap Aiman Tino, begitu juga dengan yang lain-lain, sebab mereka ini unik"

"Tak semestinya nyanyi nak kena tinggi-tinggi. Tengok muzik mereka macam mana mereka sampaikan. Kalau netizen asyik kecam, bila mereka ni naik atau berjaya seperti artis-artis lama?"

Haqiem Rusly berkata demikian ketika ditemui selepas selesai AJL 32.

Apapun, tahniah buat Haqiem Rusli kerana berjaya merangkul tempat ketiga di AJL32, dan diharapkan kemenangannya ini mampu mengubah persepsi netizen terhadap penyanyi-penyanyi yang baru ‘nak up’ ini.

Mereka masih muda dan memang berbakat besar. Sepatutnya semua harus  memberikan peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan seterusnya mewarnai industri muzik Malaysia.

Usahlah terus memandang enteng kepada penyanyi baru ini kerana mereka semua hebat-hebat belaka.

Sumber: RotiKaya

VIDEO: Zulin Aziz Mengamuk Diejek Gemuk

 
Zulin Aziz merupakan pengacara, pelakon dan juga pelawak yang sering memuatnaik video di laman media Instagram miliknya.

Melalui video yang dikongsikan, pelbagai telatah Zulin sering ditunjukkan dan ianya amat mencuit hati para follower dan para peminatnya.

Zulin juga amat terkenal sebagai seorang yang amat hebat meniru gaya dan juga suara orang lain.

Bagaimanapun, beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz ada memuat naik video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan segelintir pihak.

Dikatakan ada pihak yang mengejeknya gemuk dan memberi mesej kepadanya melalui Direct Message (DM).

Menurutnya, dia sering menerima mesej dan digelar gemuk oleh followernya kerana kelihatan berisi.

Menerusi video yang berdurasi satu minit itu, ianya menunjukkan Zulin yang mengamuk apabila dia amat geram sehingga memarahi dan meluahkan rasa ketidak puasan hati kepada pihak yang sering menggelarnya gemuk.

Ini videonya:


Ini komen Zulin:

"Eh kau panggil aku gemuk, apa masalah kau? Aku ni gemuk, aku cukup makan tau. Aku ni gemuk tapi aku sihat tau

"Kalau aku kurus pun, bukan aku nak kat kau pun, yang kau ejek aku gemuk kenapa?

"Sikit-sikit gemuk, sikit gemuk, aku meluat lah!

"Biarlah aku gemuk, aku bukan minta kau makan pun, kalayu akau makan, aku tak minta duit kat kau lah.

"Kau dengki lah tu, hari hari aku makan sedap. Tak kan kau nak suruh aku makan rumput hari-hari, baik aku jadi kambing.

"Kalau kurus pun hati busuk buat apa! Lebih baik macam ni, tapi bahagia, tak kacau orang.

"Apa masalah kau, asyik mengata aku je, asal pakai macam ni je kata nampak gemuk

"Nampak sangat kau tu tak ada kerja, tengok aku dari tadi

Video Zulin Aziz mengamuk itu mendapat perhatian ramai pihak terutama para peminat setianya.

Di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Zulin Aziz supaya mengabaikan komen-komen negatif dan ejekan yang dilemparkan kepadanya.

Semoga Zulin sabar je dengan perangai orang ramai yang sibuk memberi kritikan yang tak membina ini.

Sumber: IG Zulin Aziz

(VIDEO) Kehadiran Sajat Di AJL32 Bikin Dewan Gamat!

 
Malam ini telah berlangsung pertandingan nyanyian berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu kali ke 32 (AJL32).

Memang setiap kali Anugerah Juara Lagu diadakan, ianya amat dinanti ramai para peminat muzik dan industri hiburan tanah air.

Kali ini Anugerah Juara Lagu 32 diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.

Tema untuk acara Anugerah Juara Lagu tahun ini ialah "Fesyen dan Muzik" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan.
 
Oleh kerana bertemakan fesyen, di ruangan karpet merah (red carpet) AJL32, ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran selebriti utnuk melihat fesyen mereka.

Namun paling mencuri perhatian ialah kehadiran ushawan yang amat popular di laman media sosial iaitu Nur Sajat.

Ini videonya:


Kedua-dua gambar ini dikongsi oleh di laman Facebook Rotikaya dan juga Instagram Tonton.

Ramai yang memberi komen kepada gambar ini, ada yang memuji Sajat cantik dan ada juga yang memerli Sajat.

Trofi AJL 32 pada musim ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

Rata-rata penyanyi yang mara ke Anugerah Juara Lagu edisi kali ke32 ini membariskan penyanyi baru dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis.

Malam AJL 32 bersiaran secara langsung Ahad, 11 Februari ini jam 9 malam di TV3 dan juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video tonton.com.

Sumber: Ig Tonton / FB Rotikaya / TV3
Friday, February 9, 2018

Sweetnya.. Laudya Cynthia Bella Sambut Birthday Erra Fazira


Pelakon popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilihat telah menyambut hari kelahiran penyanyi dan juga pelakon popular Malaysia, Erra Fazira.

Laudya Cynthia Bella membuat kejutan hari lahir Erra Fazira yang ke-44 bersama anak Erra dengan Engku Emran iaitu Engku Aleesya.

Turut kelihatan berada di sambutan hari lahir Erra Fazira secara kecil-kecilan itu adalah beberapa orang teman nya.

Kedua dua artis ini ada berkongsi video sambuatan hari lahir di laman media Instagram melalui Insta Stories.

Laudya Cynthia Bella berkongsi video Erra Fazira meniup lilin kek hari jadinya menerusi Instagram Stories dengan caption "Happy birthday Mom."

Erra Fazira turut berkongsi video di Insta Stories miliknya yang mana dia memberi reaksi terkejutnya menerusi Instagram Stories.

Ini antara komen Erra Fazira:

"Thank you for the surprise. I didn't know that you gonna come today,"

Ini beberapa foto mereka:



Kemesraan antara Laudya Cynthia Bella  dan Erra Fazira telah menarik perhatian dari para peminat mereka berdua

Sebelum ini, Erra Fazira ada menjelaskan dirinya langsung tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella.

Erra Fazira juga memuji Laudya Cynthia Bella yang dilihatnya sebagai seorang yang amat lemah lembut orangnya.

Laudya Cynthia Bella kini menjadi isteri kepada bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Pelakon Indonesia yang berumur 30 tahun ini dan Engku Emran telah bernikah pada bulan September 2017

Sebelum itu Erra Fazira dan Engku Emran telah bercerai pada 18 Februari 2014.

Mereka berdua telah berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan sepanjang perkahwinan telah dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.
Thursday, February 8, 2018

Sofi Jikan Dibebaskan, Ini Komennya Tentang Farid Kamil Selepas Dibebaskan



Ini berita terkini tentang isu melibatkan Sofi Jikan dan juga Datuk Farid Kamil.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon popular Sofi Jikan akhirnya telah dibebaskan dari tahan reman sebentar tadi.

Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan pihak polis selepas tiga hari ditahan.

Pelakon ini ditahan reman oleh pihak polis untuk mebantu siasatan, ekoran didapati dia positif ujian bahan terlarang.
 
 "Kasi sengat!!! Lu sengat wa, wa sengat lu!" Itulah antara kata-kata pelakon Sofi Jikan selepas beliau dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

"Maafkan saya, no komen" kata pelakon Sofi Jikan ketika dihubungi Harian Metro selepas dibebaskan dengan jaminan polis apabila reman tiga hari terhadapnya berhubung kes dadah tamat, hari ini.

"Alhamdulillah... saya bebas hari ini dan saya nak balik rumah berehat,"

Ketika diajukan soalan mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, Sofi menjawab: "Hanya Tuhan saja yang tahu"

Pelakon yang popular dengan dialog 'Wa Kasi Sengat' dalam filem KL Gangstar itu turut melahirkan rasa syukur dengan dugaan yang menimpanya.

"Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah... no komen,"

Terdahulu, Sofi Jikan telah tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Proses jamin polis tamat pada 11.40 pagi dan beliau diwakili peguamnya iaitu Datuk Hanif Hassan.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid Kamil mendakwa tiga rakan artisnya dikatakan meletakkan bahan terlarang  dalam minumannya sehingga membuat pelakon ini bertindak diluar jangkaan dengan mengamuk di balai polis.

Selain Sofi Jikan, dua lagi rakan artis yang dikaitkan ialah Taj dari kumpulan Innuendo yang popular pada lewat 1990 an dan seorang lagi bernama Firdaus.

Sumber: Harian Metro / mStar

"Kenapa Nak Putih..? Stop Jual Produk Pemutih Yang Bodoh Ini" - Nabila Huda

 
Zaman kini, ramai orang terutama golongan wanita yang berlumba-lumba ingin mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Mana tidaknya, ramai beranggapan wanita berkulit cerah lebih cantik dan bagus berbanding wanita yang mempunyai kulit gelap.

Produk pemutihan kulit pula sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, memandangkan permintaan terhadap produk itu yang amat tinggi.

Memang banyak betul pihak yang menjual produk untuk menjadi kan kulit lebih putih ketika ini di pasaran.

Apabila banyak penjual yang bersaing menjual produk-produk ini, sudah tentu antara salah satu cara mempromosikan produk ini adalah menerusi spam di komen Instagram artis popular.

Ini satu kejadian yang berlaku kepada pelakon hebat yang juga anak Amy Search iaitu Nabila Huda.

Baru-baru ini, seorang peniaga mempromosikan produk pemutih kulit di ruangan komen Instagram milik pelakon Nabila Huda.

Apa yang pasti iklan tersebut berjaya menarik perhatiannya dan Nabila Huda bertindak membalas komen tersebut.

Pelakon drama Dendam Aurora ini telah menempelak penjual tersebut, mengapa dia perlu membeli produk memutihkan kulit, sedangkan kulit gelap adalah amat cantik.

Nabila Huda juga meminta penjual itu berhenti menjual produk memutihkan kulit.
Ini komen Nabila Huda:
 
"Kenapa nak putih kalau saya suka berjemur. Saya sukakan kulit saya.

"Berhenti jual produk pemutihan kulit bodoh. Tak bagus untuk kulit anda di masa akan datang.

"Jangan biasakan diri ambil produk putih ni semua. Banggalah dengan kulit kita, nusantara"

"Kita dilahirkan dengan kulit yang cantik dalam dunia"



Nampaknya komen Nabila Huda itu mendapat perhaian banyak pihak terutama para followernya.

Kebanyakkan mereka bersetuju dengan kenyataan Nabila Huda yang sentiasa berbangga dengan warna kulitnya dan tidak melakukan sebarang perubahan untuk memutihkan kulit.

Sumber: Rotikaya

Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi



Selebriti Dato Afdlin Shauki telah tampil menegur pelawak 'kaki mencuri' di Malaysia.

Afdlin Shauki menggesa pelawak supaya tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.

Kata Dato Afdlin Shauki, perbuatan mencuri idea dan bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang amat salah.


Ini kenyataan Afdlin Shauki:

"Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam industri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.

"Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism,"

Sebagai antara orang yang berpengalaman dalam bidang komedi, Afdlin Shauki turut mengakui hal berkenaan dapat dilihat khususnya melibatkan pelawak-pelawak baharu.

Ini pendedahan Afdlin Shauki lagi:

"Saya tak nafikan, pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah berpengalaman.

"Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti,"

Selain pelawak, Afdlin Shauki turut mengakui wujudnya isu integriti dalam kalangan pengkarya filem.

Menurut Afdlin, pengkarya yang menghasilkan filem tanpa integriti pastinya akan memberi kesan terhadap kualiti akhir sesebuah karya.

Ini jelasnya tentang isu integriti:

"Ada artis yang buat kerja seni untuk cari makan sahaja dan ada yang buat sebab betul-betul minat.

"Apabila karya dihasilkan secara ala kadar, di manakah integriti perfileman itu?

"Iyalah, berkarya untuk wang sahaja, mereka pastinya tak bagi yang terbaik. Buat ala kadar sahaja sebab mahu pulangan cepat,"

Itulah teguran dari Afdlin Shauki kepada penggita seni dan juga pelawak tanah air. Semoga mereka mengambil positif teguran dari Afdlin Shauki ini.

Sebagai penonton, sudah tentu akan berasa boring dengan lawak yang sama sahaja dan pernah didengari sebelum ini.

Sumber: mStar