13 Foto: Sekitar Majlis Bridal Shower Yuna

 
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya bersama cinta hati, Adam Sinclair pada 28 Januari ini.

Menunggu hari yang sudah hampir tiba, penyanyi Yuna mendapat kejutan daripada rakan-rakannya yang mengadakan majlis "bridal shower" khas buat beliau.

Majlis yang dibuat secara mengejut ini diadakan di  Fancy Breakfast Club, Bangsar.

Nampaknya Yuna begitu gembira sekali dapat meluangkan masa bersama rakan-rakanya itu sebelum bergelar isteri kepada Adam tidak lama lagi.

Pada awalnya Yuna menyangka beliau hadir ke mesyuarat yang diaturkan oleh pembantu peribadinya tetapi tidak sangka  ia sebenarnya  majlis bridal shower untuk meraikannya.

Yuna berkongsi beberapa keping gambar majlis tersebut melalui laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis "bridal shower" Yuna dengan menonton video di bawah:



Untuk pengetahuan, penyanyi Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam Yousof Mohamad Sinclair pada satu majlis yang diadakan di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam pada bulan Ogos yang lalu.

Majlis pertunangan tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.

Dikatakan Yuna mula mengenali Adam di set rakaman untuk iklan televisyen, pada awal 2013.

Adam merupakan adik bongsu kepada pelakon Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair, dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi dan bekerja sebagai pengarah filem.

Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius dalam perhubungan mereka.

Apapun tak sabar nak lihat Yuna da Adam Sinclair disatukan.

Sumber: IG Yuna

0 comments:

Post a Comment