Akhirnya Ini Luahan Hati Farid Kamil, Muat Naik Gambar Depan Balai Polis



Setelah menempuhi pelbagai dugaan dan isu baru-baru ini, pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil buat pertama kali menulis luahan hatinya di laman media sosial.

Menerusi laman Instagram miliknya, Datuk Farid Kamil memuatnaik satu gambar dirinya sedang memegang laporan polis di depan balai polis Mutiara Damansara.

Farid Kamil menulis satu caption yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakannya.

Malah pelakon ini turut menyatakan dia akan meneruskan perjuangan untuk orang-orang teraniaya.

Ini komen penuh Datuk Farid Kamil:

"Assalamualaikum... Terima Kasih atas iringan Doa-doa dari Kalian, semoga Allah swt akan terus Merahmati kita Semua. 

"Insya Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang Teraniaya.

"Pinta saya supaya Kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat di tempuhi. Amin.

Itulah nukilan yang ditulis oleh Datuk Kamil sekitar jam 1.30 petang Rabu bersamaan 24 Januari.

Ini merupakan kali pertama Datuk Farid Kamil menulis secara terbuka tentang isu yang melandai dirinya di laman media sosial.

Namun tidak dapat dipastikan apa punca Farid Kamil memuatnaik foto di depan balai polis berkenaan. Kita tunggu komen dari tuan punya badan nanti.

Di ruangan komen, ramai followernya yang gembira dengan update terbaru dari Farid Kamil ini.

Ramai yang meneruskan sokongan padu kepada pelakon yang juga suami kepada Diana Danielle ini.

Ini antara komen dari para followernya:

@syamsyiah8: "Semoga dipermudahkan segala urusan Dato Farid Kamil"

@officialladyanaflynnss: "Yeayy !!! U are back abang !!! We always support you !! No matter what !! Kami membesar dgn hidangan lakonan lakonan mantap abg FK !! Dan kak D !!"

@jamalarifrosman: "Lawan tetap lawan.. all the best"

@puan_eija: "All the best Dato Farid Kamil.."

@zira_cinta: "Berani kerana benar Farid Kamil, semoga orang yang aniaya awak akan dapat balasan"

Beberapa hari yang lalu, Farid Kamil telah kembali ke laman media sosial dengan mempromosikan drama lakonan terbarunya bersama Nelydia Senrose berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu.

Drama lakonan Farid Kamil dan Nelydia ini mendapat sambutan yang amat baik dari para penonton.

Semoga Farid Kamil dan keluarga terus bangkit dari dugaan yang melanda ini. Harapnya semua baik-baik sahaja. -Berita Memey

Sumber: Instagram Farid Kamil

0 comments:

Post a Comment