"Kau mentedarah apa sampai bangang macam ni" - Digelar Tua Gedik, Rita Rudaini Mengamuk!


Hari ini, pelakon dan pengara popular Rita Rudaini mengamuk sakan di laman Instagram miliknya.

Satu perbualan telah dimuatnaik oleh pelakon ini yang menunjukkan seorang followernya menulis mesej yang membuatkan Rita Rudaini berang dan mengamuk.

Dalam mesej itu, follower berkenaan mengatakan Rita Rudaini seorang yang "gedik dan tua".

Ini komen follower berkenaan:

"Dah tua pun gedik. Jadi pengacara CJWow Shop pun jadi lah dari tak ada job kan" -@mr_shark_gtr_lover

Ternyata mesej dan tulisan berkenaan telah mengguris hati Rita Rudaini yang berkerja untuk mencari rezeki dan untuk anak-anaknya.

Rita Rudaini kemudian telah membalas komen follower berkenaan.

Ini komen Rita Rudaini:

"Arini sis rasa terpanggil untuk reply DM...banyak juga DM tapi 1 DM ni sis rasa nk reply.

"Orang macam ni sis memang tak faham. Aku tak kenal ko dan ko tak pernah jumpa aku tapi kau sakit hati sangat dengan aku apahal bro? 

"Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan kau dan perli rezeki ko tapi aku kena cakap juga dengan orang macam kau ni... orang macam kau ni tak sesuai cakap baik-baik.. elok reply sama macam perangai ko

"Hmmmmm dah lama sis sabar je dengan manusia berhati busuk kat luar sana.. tapi yang ni sis tak suka lah bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak.. so keji ke jadi pengacara bro??

"Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua??? Mak bapak ko tak tua?? Ko tak akan tua?? Ko susah hati sangat kat keja aku apahal???!! 

"Sori laaa sis benci dan meluat dengan manusia macam ni... sekarag ni ramai sangat manusia hati busuk. Ko makan apa ek sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang ko tak pernah kenal pon? 

"Ko mentedarah apa ek sampai jadi macam tu? Mak bapak ko mesti suap benda yang baik-baik je dalam mulut ko masa kecik dulu tapi bila besar tah apa ko mentedarah sampai jadi bangang macam ni.

"Hmmmm istifar banyak sissss.... @mr_shark_gtr_lover pergi minum racun rumput dan clorox bersihkan hati yang hitam tu.

"Aku tak kenal ko dan ko pon tak kenal aku.. tak rugi jadi baik bro.. tak susah pon jadi baik bro..

"Aku tag ko sebab aku nak bagi pengajaran kat orang lain jugak. Jangan busuk hati kat manusia lain.. Rezeki ALLAH dah bagi elok dah kat masing-masing.

Itulah komen balas panjang lebar dari Rita Rudaini yang mengamuk denagn follower berkenaan.

Sabarlah Rita Rudaini, biasalah kalau jadi selebriti ini memang kena cekal dari hentaman para netizen.

Sumber: IG Rita Rudaini.

0 comments:

Post a Comment