Luahan Hati Terbaru Elyana Buat Peminat Risau, Runsing Dengan Keadaannya

 
Elyana merupakan nama yang sering menjadi tumpuan ketika ini setelah dia mengumumkan merupakan pesakit kanser limfoma tahap 4.

Pengumuman itu diumumkan oleh Elyana secara terbuka di kaca televisyen ketika dia tersingkir dari rancangan gegar Vaganzam musim ke empat baru-baru ini.

Sejak itu, Elyana mula menjadi perhatian ramai dengan pelbagai kata-kata semangat diberika kepada dan ada juga yang mula mengikuti kisah Elyana.

Dilaman sosial, penyanyi ini sering tampil dengan senyuman dan ceria.

Namun entah apa yang berlaku, Elyana telah berkongsi luahan beremosi menerusi InstaStory miliknya pada malam Selasa lalu.

Ini mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perasaan sebenarnya menentang penyakit barah dihidapinya.

Elyana menerusi beberapa perkongsian menggambarkan bukan mudah untuk dirinya melawan penyakitnya dan memberitahu dirinya tidak berada dalam keadaan baik.

Selain itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat itu juga memberitahu sudah letih sering berada dalam keadaan sakit setiap masa.


Ini antara luahan hati Elyana yang ditulis di Instagram miliknya baru-baru ini:

"Saya takut kerana sedar saya tidak boleh melawan buat selamanya.
"Secara perlahan-lahan saya berputus asa,"

"Saya tak kuat lagi"
"Saya sedih, letih kerana asyik berada dalam kesakitan setiap masa"
"Saya tidak okey"



Ini fotonya:



Para peminat Elyana ternyata runsing dan risau dengan luahan Elyana itu yang menunjukkan dirinya yang sedang bersedih dan seperti sudah putus asa.

Di ruang komen, ramai yang terus memberi kata kata semangat kepada penyanyi bersuara lunak ini.

Untuk pengetahuan, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu ini disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu setelah melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.


Semoga Elyana sentiasa kuat semangat dan teruskan melawan penyakit yang dihidapi.


Sumber: IG Elyana

0 comments:

Post a Comment