Man Lan? Rody Kristal Tertunggu-Tunggu... Tak Muncul Jua..

 
Rody yang merupakan pemain gitar kumpulan Kristal mengakui dia tertunggu-tunggu kemunculan bekas vokalis kumpulan itu, iaitu Lan apabila diberitahu penyanyi tersebut turut berada di lokasi sama pada malam sambutan tahun baru Ahad lalu.

Rody berkata, dia bersedia dan bersikap profesional untuk bersemuka dengan penyanyi yang kini bergerak secara solo itu.

Namun Rody memberitahu, dia tak berjumpa Lan.

Ini komennya:

"Kami ada menjayakan persembahan pada malam tahun baru. Dia datang dengan Siti Nordiana, manakala saya bersama Datuk Hattan.

"Saya tunggu juga dia di khemah belakang pentas tapi dia tiada, selepas itu dia terus naik ke pentas, mungkin dia menunggu di tempat lain,"

Rody berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan bekas penyanyi kumpulan Kristal.

Sehingga kini Lan Solo masih belum menghubungi kumpulan Kristal untuk menyelesaikan kekeruhan yang berlaku selepas tamat program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Di pertandingan Gegar Vaganza, Lan berjaya mendapat tempat ketiga.

Sebelum ini, Lan mengumumkan mengundurkan diri dari Kristal selepas pemain gitarnya, Rody menerusi Instagram memberitahu akan merehatkan vokalis mereka.

Dalam pada itu, Rody berkata, dia dan Kristal tiada masalah untuk beraksi secara profesional jika ada yang mahukan mereka membuat persembahan bersama.

Ini dedah Rody lagi:

"Alhamdulillah tiada masalah, Kristal masih ada undangan jadi kumpulan pengiring untuk beberapa program televisyen.

"Macam saya cakap, kami dengan Kristal dan dia secara solo, jadi masing-masing cari rezeki. Kalau ada orang nak kami buat persembahan bersama kenalah jadi profesional," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rody berkata, Kristal masih mencari penyanyi yang sesuai untuk menggantikan Lan.

Katanya, mereka juga merancang untuk melakukan pembaharuan dan penjenamaan semula kumpulan itu.

"Banyak pembaharuan yang sedang dirancang untuk Kristal. Selain mencari vokalis, kami juga buat penjenamaan semula dari segi lagu-lagu kami dan logo. Genre masih kekal rock,"

Apapun semoga Lan dan kumpulan Kristal maju dengan hala tuju masing-masing, jangan gaduh-gaduh.

Sumber; mStar

0 comments:

Post a Comment