Mengapa Saya Dilayan Seperti Badut, Kenapa Ia Perlu Jadi Isu Besar - Luahan Sajat


Ketika ini sedang kecoh tentang perjumpaan JAKIM dengan usahawan bergelar jutawan iaitu Nur Sajat.

Selain bergelar ahli perniagaan yang amat berjaya, Nur Sajat juga boleh dilabelkan sebagai seorang Insta Famous yang mana laman Instagram nya sudah mempunyai satu juta follower.

Pihak JAKIM telah berjumpa dengan Sajat ekoran tanda tanya dari orang ramai tentang kesahihan jantina Nur Sajat.

Melalui satu laporan Harian Metro, Sajat ternyata terkesan apabila kisah jantinanya menjadi bahan bualan orang ramai.

Menerusi satu kenyataan, Sajat meminta supaya cukup-cukuplah mengaibkannya apatah lagi ianya melibatkan keluarganya.

Ini luahan hati dari Nur Sajat tentang isu ini:

 "Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu aklbat isu yang melanda ini.

"Kalau anda berada di tempat saya pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebatkan dan menjadi isu besar. Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan.

"Sajat juga berkata dia hanya ingin menyara anak-anak dan membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan.

"Saya masih ada keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung. Saya di sini mahu membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan.

"Mengapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar.

Sementara itu, di laman media sosial miliknya, Nur Sajat kecewa kerana isu jantinanya menjadi tajuk uatama dan menjadi isu besar.

Ini pula luahan Sajat di laman Facebook miliknya:

"Isu jantina ini ibarat isu masalah besar dalam negara, manakala banyak lagi masalah negara hadapi. Kenapa tak bangkit kan isu-isu ekonomi, mata wang dan sebagai nya.. buang masa!!!

"Baik cerita macam mana nak menjana pendapatan, apa plan negara untuk 2018 ini. Ekonomi makin teruk ker atau makin stabil, ini back to back cerita pasal Nur Sajat... bosan lah..tahu lah Nur Sajat cun!!! 

"Tetapi patut ker isu Nur Sajat jadi PEBUALAN MASALAH NEGARA!!! Fikir kan lah!!! 

Itulah komen dari Nur Sajat tentang isu ini.

Diimbas kembali, sebelum ini, pihak JAKIM menyatakan memerlukan masa selama sebulan sebelum mengesahkan jantina Nur Sajat. -Berita Memey

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment