Respon Pelik Sajat Setelah Video Terbaru "Abang Nak Tegur" Dapat Banyak Dislike


Siapa yang tak kenal dengan Nur Sajat, satu nama yang cukup popular di Malaysia.

Baru-baru ini, Sajat telah tampil bersama Aliff Syukri Terlajak Laris dalam muzik video terbaru berjudul Abang Nak Tegur versi ketiga.

Ini merupakan muzik video official yang mana penggambaran di buat di negara Sepanyol dan diarahkan oleh Yusry KRU dan Lisa Surihani.

Namun baru sahaja di keluarkan, video ini mendapat dislike yang amat banyak sama seperti lagu sebelum ini.

Ahli perniagaan berjaya yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat berkata dia tidak terkesan dengan jumlah 'dislike' yang diterimanya di YouTube menerusi muzik video terbaharu lagu Abang Nak Tegur 3.0.

Sajat berkata, dia langsung tidak ambil pusing tentang hal itu kerana berasakan jumlah tontonan lebih penting berbanding like atau dislike.

Dia juga menyatakan rasa pelik kerana walau ramai tak suka, tapi masih lagi menonton apa yang dia buat.

Ini komen Sajat:

"Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.

"Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,"

Muzik video Abang Nak Tegur 3.0 yang menggabungkan Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahidah bersama Nur Sajat menerima hampir 60,000 dislike dan trending nombor dua di laman tersebut sejak dimuat naik pada Selasa.

Melihat jumlah dislike yang semakin meningkat, dan banyak komen negatif, Sajat berkata dia mengabaikan sahaja komen-komen negatif yang dilemparkan netizen kepadanya.

Tambahnya, dia hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberi sebaik-baiknya.

Ini jelas Sajat lagi:

"Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahajalah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.

"Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.

"Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol,"

Rata-rata penonton berasakan video terbaharu itu bakal menerima jumlah dislike yang tinggi sama seperti video lirik yang menampilkan Sajat.

Di mana ada Sajat, ramai sahaja yang dislikes. Kenapa ye?

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment