Monday, January 8, 2018

"Saya gaduh dengan Bazli, dia suka cakap lepas.." - Ahli Kumpulan UNIC Bergaduh Sesama Sendiri

 
Ini satu berita yang agak mengejutkan para peminat industri hiburan tanah air terutama peminat nasyid.

Nama kumpulan UNIC memang sudah amat popular di Malaysia. Antara bekas ahli kumpulan ini ialah Hafiz Hamidun, seorang individu yang amat popular di Malaysia.

Hari ini, satu pengumuman telah dibuat oleh salah seorang ahli kumpulan UNIc yang mengumumkan menarik diri kerana berbalah dengan seorang ahli yang lain.

Anggota Unic yang menarik diri itu ialah Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Najdi akui ada masalah dengan Bazli Hazwan Che Osman hingga membuat keputusan menarik diri dari kumpulan yang turut dianggotai Fakhrul Radhi Khamarudin.

Najdi memberitahu bahawa tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Kata Nadji, dia sudah mencapai had kesabaran dan berharap keputusannya menarik diri itu memberi keselesaan kepada semua.

Ini komennya:

"Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana.

"Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul

Nadji  akui sudah lama tidak bercakap dengan Bazli.

Katanya lagi, mereka yang berada dalam situasinya boleh faham kenapa dia terpaksa mengambil keputusan itu.

Perkara ini mula dihidu para peminat UNIC selepas Najdi memuat naik perbualan mengenai keputusan tarik diri daripada menyertai AN2017 di laman Instagram.

Kemudian, Najdi ada menulis: "Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau.."

Untuk pengetahuan, Najdi merupakan bekas peserta Imam Muda musim kedua.

Najdi menyertai Unic dua tahun lalu menggantikan Mohamad Fitri Haris, Wan Sharifuddin dan Mohd Afendi Jahri yang menjadi anggota Unic sejak ditubuhkan pada 2002.

Gandingan Najdi, Bazli dan Fakhrul membawa kejayaan kepada Unic untuk menjuarai program Gema Gegar Vaganza (GGV) tahun lalu.

Sumber/Foto: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment