Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Nak Tumbuk Muka Nabila Razali

 
Penyanyi sedang popular menerusi lagu Pematah Hati, Nabila Razali terkejut apabila menerima status berbentuk ugutan di laman sosial baru-baru ini.

Ini apabila ada netizen yang berkata mahu menampar muka Nabil Razali kerana menyanyi di dalam MRT.

Nabila ternyata amat terkejut apabila menerima komen seperti itu daripada netizen di laman sosial.

Nabila berkata status yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial itu disifatkan sebagai amat keterlaluan.

Ini komen salah seorang netizen kepada Nabila Razali:

"Kalau aku dalam MRT ni, mau aku tumbuk perempuan ni"

Ini komen Nabila Razali:

"Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising.

"Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang​ kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain,"

Penyanyi lagu Pematah Hati ini memuat naik paparan skrin tersebut dan bertanya adakah dia perlu membuat laporan polis berhubung ugutan sebegitu yang dirasakan mengancam keselamatannya.

Namun bagaimanapun, bekas peserta yang juga finalis Akademi Fantasia 2013 ini berkata dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan lanjut berkaitan isu berkenaan setelah berbincang dengan pihak pengurusannya.

Ini penjelasan Nabila Razali:

"Setelah perbincangan dengan pengurusan rasanya tak perlu sampai nak buat laporan polis dan anggap itu mungkin hanya usikan nakal netizen.

"Namun, saya harap tidak jadi perkara macam ni kerana kita hidup dalam negara yang aman kenapa perlu ada sikap negatif sebegitu," 

Itulah kisahnya tentang Nabila Razali. Penyanyi ini amat popular menerusi lirik 'Cumi Cumi' dari lagu Pematah Hati setelah gimiknya bersama pelakon Aedy Ashraf menjadi viral.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment