Ini Sebenarnya Sumbangan Datuk Syafinaz, Pendedahan Kenapa Beliau Dianugerahkan Pingat

 
Nama penyanyi Syafinaz Selamat bukanlah asing di dalam industri seni hiburan tanah air.

Walaupun ada mengatakan dia kurang popular sebagai penyanyi, namun banyak sumbangan yang dibuat oleh Syafinaz.

Kata penyanyi berpengalaman ini, selepas hampir 30 tahun berada di arena seni, beliau langsung tidak menyangka jasanya dihargai sehingga melayakkan beliau menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang membawa gelaran Datuk.

Syafinaz menerima penganugerahan berkenaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Selain sebagai penyanyi, Syafinaz dikenali sebagai  seorang pensyarah dan guru vokal.

Menurut penyanyi Ingin Bersamamu itu, beliau percaya, pengiktirafan berkenaan adalah hasil sumbangan dan baktinya terhadap pembangunan Koir Permata Seni, sejak 2009 hingga ke hari ini.

Ini komen Syafinaz Selamat:

"Pingat ini diberi berdasarkan perkhidmatan saya dalam Koir Permata Seni, secara khususnya, dan industri seni secara amnya.

"Saya amat berterima kasih kepada penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di atas kepercayaan ini.

"Ia tentunya penghargaan amat tinggi apabila menerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sendiri," 

Syaniaz turut berterima kasih kepada keluarga atas sokongan diberikan oleh mereka selama ini.

Kata Syafinaz, 45 tahun, anugerah yang diterima ini juga sudah pasti membakar semangatnya untuk berkongsi ilmu dan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada generasi muda.

Syafinaz turut berkata, muzik pada hari ini bukan lagi dilihat sebagai bahan hiburan semata-mata.

Ini penjelasannya:

"Ia ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan diri dan semangat jati diri. Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik.

"Penganugerahan ini pastinya membakar semangat saya untuk memberikan yang lebih lagi kepada generasi muda akan datang,"

Syafinaz bukan calang-calang orangnya, dia merupakan penyanyi yang membuat persembahan ketika Barack Obama datang ke Malaysia.

Selain itu, beliau pernah menjadi tenaga pengajar dan juri beberapa rancangan hiburan tanah air seperti One In A Millionaire, Malaysian Idol dan juga Akademi Fantasia Mega Star. 

Dalam perkembangan terkini, penyanyi itu juga ketika ini dalam proses akhir menghasilkan single terkini selepas 11 tahun tanpa produk baru. -BeritaMemey

Sumber: Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment