Majalah URTV Dikecam Siar Isteri Kedua Jadi Muka Depan, Netizen Mengamuk!


 
Poligami adalah perkara yang halal namun ia merupakan satu isu yang amat sensitif oleh kaum wanita.

Baru-baru ini majalah hiburan popular URTV telah mengambil dua selebriti bergelar isteri kedua menjadi cover muka depan majalah tersebut.

URTV telah menampilkan pelakon Izreen Azminda dan penyanyi Adira Suhaimi sebagai penghias muka hadapan untuk tema ‘Naluri Isteri Kedua’.

Di laman Instagram URTV, majalah tersebut memuatnaik gambar Izreen Azminda dan Adira.

Tidak lama kemudian, istagram majalah itu telah ‘diserang’ oleh para netizen gara-gara gambar tersebut.

Orang ramai mempersoalkan mengapa majalah itu menampilkan isteri kedua dan berkata ianya tidak patut dilakukan.

Ini gambarnya (sila tonton video di bawah)


Rata-rata pengguna laman media sosial meluahkan rasa tidak puas hati kerana ianya tidak sensitif terhadap isteri pertama.

Ini antara komen para netizen yang marah:

"Saya yang tak bermadu ni pun tak sanggup nak beli dan baca. Tajuk entah apa-apa. Tergamak Urtv" - @rebak.anyut

"Si izreen ni bolehla pose mendongak sampai ke langit camtu sebab daapt madu macam Intan. Cuba dapat madu macam Datin Red tu mampus dia nak over lebih-lebih . Diam tak berkutik la macam adira." -@nzifahaura

"Tak ada rasa hormat langsung.. Menyakitkan hati manusia lain berdosa besar tau Urtv.. staff Urtv semua perampas laki orang ehh???" -@misswonwha.arissa

"Urtv kalau anak-anak perempuan kamu yang berada di tempat Intan? Mampu ke kamu nak doa yang baik-baik? Kalau pun kamu tu baik dengan Izreen, sepatutnya nasihatkan dia.. Kalau dah terlanjur jadi bini no 2 tu, tolong jaga hati yang pertama.. Lelaki kalau dah kahwin lain atau ade skandal, merata alam akan jaja keburukan yang pertama. Macam tu jugak bini no 2 yang mana perangai tak semenggah.. Memang serata alam akan jaja buruk yg pertama.. Kalau suami tu orang yang baik dan yang kedua tu orang yang baik, cara kahwin tu akan bermula dengan cara yang baik, bukan dengan cara macam ni" -@alya_ziqri

Biarpun begitu, pihak admin IG URTV telah membalas yang netizen tidak berhak menghukum manusia.

Ini respon balas URTV:

"Macam ni laah... Kalau dah jodoh tuhan tetapkan, siapa kite nk halang ketentuan tuhan Kan... Takpe.. kite doa Yang terbaik buat Izreen n intan n ude.. moge rumah tangga mereka sentiasa baik.. doa iTu Kan lebih baik daripada menghukum..." -@urtv

Itulah kisahnya. Untuk pengetahuan, Izreen Azminda telah berkahwin dengan pemuzik bernama Ude Wahid manakala Adira berkahwin dengan Dato Red.

Sumber: IG URTV / BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment