Pelakon Filem 'Ali Setan' Azmil Mustapha Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi


Pelakon yang amat popular menerusi filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun.

Beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

Sebelum ini, Allahyarham Azmil Mustapha ada beberapa kali masuk ke hospital kerana masalah jantung dan komplikasi.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil Mustpaha telah dikongsikan oleh anak lelaki tunggalnya,iaitu Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.

Ini komen anak Azmil Mustapha:

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,"

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Untuk pengetahuan, selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Ini antara lakonannya:

Mekanik - (1983) - (Pelakon Utama)
Matinya Seorang Patriot - (1984) - (Pelakon Tambahan)
Ali Setan - (1985) - (Pelakon Utama)
Ali Setan 2 - (1986) - (Pelakon Utama)
Suara Kekasih (1986) - (Pelakon Utama)
Kepala Angin - (1987) - (Pelakon Utama)
Driving School - (1990) - (Pelakon Utama)
Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon Tambahan)
XX Ray II - (1995) - (Pelakon Pembantu)
Hanya Kawan - (1997) - (Pelakon)
Iman Alone - (1998) - (Pelakon Utama)
Cheritera - (2001) - (Pelakon Utama)
Puteri Gunung Ledang - (2004) - (Artis Jemputan)

Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil. Beliau telah menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

Takziah buat ahli keluarga. Sama sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman. -Berita Memey.

Sumber: Utusan / Mstar

0 comments:

Post a Comment