Pengalaman Tak Banyak, Tapi Jadi Mentor - Komen Padu Siti Sarah

 
Penyanyi Siti Sarah telah dipilih menjadi salah seorang mentor dalam rancangan realiti terbaru TV3.

Siti Sarah berpendapat, ada pihak mungkin salah faham mengenai konsep program 'Mentor Otai' yang sebenarnya bermaksud peserta haruslah dalam kalangan mereka yang berusia bukannya mentro itu yang otai.

Tambahnya lagi, walaupun Siti Sarah tidak mempunyai pengalaman dan pencapaian yang tinggi, namun dia akan berusaha untuk menjadikan protege pilihan terbaiknya.

Ini komen dari Siti Sarah:

"Sebenarnya dari segi pengalaman saya tidaklah terlalu bagus dan pencapaian pun tak ada la banyak sangat.

"Tapi saya pernah menang Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan pernah buat persembahan di luar negara. Jadi, sedikit sebanyak ada pengalaman nak dikongsi,"

Sarah mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang beranggapan dia tidak sesuai menjadi salah seorang mentor dalam program tersebut.

Sebenarnya isteri kepada Shuib ini hebat juag orangnya, sbelum ini, Siti Sarah pernah memenang anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003.

Siti Sarah juga pernah menyertai pertandingan One In A Million musim kedua (2007) dan mewakili negara ke Amerika Syarikat pada 2009 bagi menyertai World Championship Of Performance Arts (WCOPA).

Berkata tentang bakal protege yang dipilihnya nanti, Sarah mahukan anak didik yang mempunyai bakat nyanyian dalam pelbagai genre.

Ini komen Siti Sarah:

"Saya nak pilih protege yang boleh nyanyi lagu asli, rock dan belada. Senang kata yang boleh bawa pelbagai genre lagu.

"Tapi contoh kalau dia bagus dalam nyanyian dangdut, saya akan asah lagi bakat dia dalam genre tersebut.

"Kita tengok pada kebolehan dia sampai mana. Nak ubah apa yang sudah menjadi kebiasaan mereka itu sukar. Apa yang saya boleh buat tajamkan apa yang mereka sudah ada,"

Selain Siti Sarah, tiga orang penyanyi yang menjadi mentor iaitu Misha Omar, Zarul Husin dan Tam Spider.

Sesi uji bakat bagi mencari dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Program ini bakal diacarakan oleh Elly Mazlein dan Haziq Hot FM.

Mentor Otai akan mula bersiaran pada pertengahan bulan Mac di TV3.

Sumber; mStar

0 comments:

Post a Comment