Rakan Datuk Farid Kamil, Sofi Jikan Pula Ditahan Polis


Sofi Jikan Ditahan Polis

Ini satu berita terbaru yang baru dilaporkan oleh portal KOSMO.

Dikatakan pelakon popular Sofi Jikan telah ditahan polis selepas didapati positif bahan terlarang.

Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis Farid Kamil, suami Diana Danielle ini didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan bahan terlarang di dalam minumannya sehingga dia membuat kecoh dan mengamuk di balai polis.

Sofi Jikan yang merupakan pelakon filem KL Gangster dan sinonim dengan ayat "Aku Sengat!" akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Farid Sedang Sakit - Sofi Jikan

Sebelum ini, Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Sofi Jikan tidak mahu mengulas lanjut tentang laporan polis yang dibuat Farid Kamil pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

Sofi Jikan memberi respon tentang laporan Farid Kamil yang dedahkan ada dalang meletakkan 'sesuatu' dalam minumannya.

Ini komen Sofi tentang hal itu:

"Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

"Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,"

Kita tunggu pula perkembangan kes yang melibatkan Sofi Jikan ini.

Sumber: KOSMO!

0 comments:

Post a Comment