Nabil Ahmad Panggil Syed Saddiq Dengan Nama 'Sadiq Segaraga' (Watak 3 Abdul)



YB muda dari parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, 25 tahun kini menjadi viral dan begitu popular terutama di kalangan para remaja.

Kehebatannya menjadi pemimpin muda dan memperjuangkan misi dan visinya telah membuatkan ramai melahirkan rasa kagum terhadap anak muda ini.

Sememangnya Syed Saddiq boleh diangkat sebagai idola terbaru untuk para belia di luar sana.

Populariti yang diraih oleh Syed Saddiq membuatkan dia dijemput tampil di program hiburan MeleTop yang diacarakan oleh Neelofa dan juga Nabil Ahmad.

Ketika di awal kemunculannya, Nabil Ahmad ada bergurau dengan YB Syed Saddiq dengan mengatakan ada orang yang memanggilnya dengan nama Sadiq Segaraga.

Lawak Nabil ini disambut dengan gelak tawa dari para penonton dan juga Syed Saddiq sendiri.

Jika anda tak ingat, Sadiq Segaraga ialah nama watak dalam filem P.Ramlee iaitu 3 Abdul.

Watak ini dilakonkan oleh Ahmad Nisfu dan amat popular.

Ini videonya:



Menerusi video ini, Syed Saddiq ada berbicara tentang matlamat dan visi orang muda di Malaysia.

Selain itu Syed Saddiq juga berbicara tentang Tun Mahathir dan katanya Tun M amat aktif dan baginya Tun M umpama seseorang yang baru berumur 30 tahun lebih sahaja.

Tun Mahathir sebenarnya seorang yang kelakar dan juga amat aktif dengan sering menunggang kuda.

Sememangnya Syed Saddiq adalah orang muda yang dicari-cari untuk menjadi pemimpin belia yang baru dan semoga segala urusannya dilancarkan.

Sedikit imbasan tentang beliau yang menjadi viral baru-baru ini, sebelum ini, ada isu melanda Syed Saddiq yang mana dia dikatakan sudah berpunya namun pemimpin berasal dari Johor ini mnafikannya.

Syed Saddiq akui masih single dan ada berseloroh segala urusan teman wanita harus mendapat restu dari ibunya terlebih dahulu.


0 comments:

Post a Comment