"Dah Dua Tahun.." - Emma Maembong Jelas Hubungan Dengan Syed Saddiq


Pelakon popular Emma Maembong telah dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Ini apabila Emma ada memuatnaik satu video bersama Syed Saddiq.

Pelakon ini telah tampil menafikan dakwaan kononnya dia telah mengambil kesempatan apabila memuat naik foto dirinya dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Instagram.

DAH KENAL LAMA

Emma menjelaskan, dia sudah lebih dua tahun mengenali Syed Saddiq sebelum beliau bergiat aktif dalam politik.

"Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

"Orang cakap saya nak try (pikat) Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersama dia beberapa hari lalu.

"Mereka sepatutnya periksa Instagram saya dari dulu kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia dan dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya"

DETIK MULA KENAL
 
"Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat.

"Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya… Dari situlah kami mula berkawan" Itulah penjelasan dari pelakon jelita ini.

Kata pelakon ini, Syed Saddiq memang selalu menyokong kerjaya seninya malah hadir pada majlis pelancaran filem dibintanginya, Kimchi Untuk Awak.

"Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan," kata Emma lagi.

TAK FIKIR SOAL CINTA

Emma berkata kini dia tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta, sebaliknya fokus kepada dunia lakonan dan perniagaan. Malah, kisah hubungannya dengan  Alvin Chong dan juga Kamal Adli juga enggan diulas lagi.

"Saya tidak lagi memikirkan soal kahwin, sekarang sudah tiada apa yang mahu diperkatakan mengenai kisah peribadi saya. Saya masih lagi berkawan dengan Kamal dan keluar bersama."

"Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya tidak lagi berharap dan hanya berserah"

"Disebabkan itulah saya lebih fokus kepada perniagaan"

Emma Maembong berkata demikian ketika mengulas tindakannya memuat naik video boomereng bersama Syed Saddiq pada Jumaat lalu yang mendapat perhatian orang ramai.

Pelakon ini juga dilihat telah bertindak menutup ruangan komen pada video berkenaan selepas menerima kecaman.

Video tersebut mendapat lebih satu juta tontonan.

Ini videonya:



Namun, kata aktres ini lagi, hubungan itu bukan bermaksud dia menyokong mana-mana parti politik.

"Saya berkawan dan post gambar dia tidak bermakna saya sokong mana-mana pihak. Saya juga ada post foto dengan pakcik saya yang juga bekas menteri besar Terengganu."

"Bapa saya dulu pelukis di PWTC dan saya akui membesar dengan Umno tetapi saya mengambil pendirian untuk tidak berada di mana-mana pihak pun,"

Itulah komen panjang lebar dari Emma Maembong tentang videonya dengan Syed Saddiq.


0 comments:

Post a Comment