"Dah try, 5 jam je tahan... " - Amalina Bakry komen secara terbuka tentang kekasihnya


Ini kisah seorang genius yang juga doktor viral, Dr. Amalina Bakri di dalam bulan Ramadhan.

Amalina yang kini kerja sebagai doktor di kota London membuat pendedahan dia ada cuba melatih teman lelakinya untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Katanya, jejaka itu bagaimanapun hanya mampu berpuasa selama lima jam sehari.

"Dia try puasa, lima jam je tahan. Kasihan dia" itulah yang didedahkan oleh Amalina dalam caption terbaru melalui Instagramnya.

Gadis ini  kini sedang berada di Sepanyol untuk meluangkan masa bercuti dengan teman rapatnya itu.

Untuk pengetahuan, di negara Sepanyol, waktu siang yang lebih panjang memerlukan penduduk beragama Islam di sana untuk berpuasa dalam tempoh waktu antara 16 hingga 17 jam sehari.

Usaha Amalina untuk mendidik kekasih hati itu untuk cuba berpuasa mendapat pujian dan sokongan dari para followernya.

Ini antara komen dari followernya:

"5 jam? Dah kira bagus tu… Yang penting effort dia kan. Esok mungkin 7 jam" - @anita_adeq.

"Wah! Tak apa. Mula-mula memang puasa half day. Slow-slow" -@adiba.azhani.

"Good for you 5 hours, me only 2 hours! But my bae still cute for trying puasa"- @ayra_jw.

"Upah duit raya doktor. Cakap dia puasa penuh dapat seringgit sehari"- @anina_taty.

Dr. Amalina yang kini sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England mula memperkenalkan teman lelakinya sejak awal Mei lalu di laman media sosial.

"He Is My Boo" tulis  Amalina Bakri melalui satu entry yang lalu.

Jika anda tak ingat, Amalina merupakan antara pelajar bijak pandai dari Malaysia. Gadis ini mendapat 17A di dalam SPM satu masa dulu.

Memang seorang yang amat hebat dalam bab belajar.

Sumber: Awani


0 comments:

Post a Comment