Kronologi Dan Laporan Polis Penuh: Uqasha Senrose Dilepaskan


Memang agak memeranjatkan apabila ada pelakon ditahan polis kerana bahan terlarang. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.




Dikatakan seorang pelakon wanita popular telah ditahan bersama dengan 53 pil bahan terlarang bernilai RM600 adalah Uqasha Senrose.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen didapati negatif dan kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

Ini kenyataan pihak polis tentang kes melibatkan pelakon berumur 26 tahun itu:

"Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia, manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,"

Kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta  1952.




KRONOLOGI KES:

Sebelum ini, Uqasha Senrose yang memandu kereta Range Rover terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda BRV yang dipandu seorang lelaki.

Kemalangan berlaku di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi.

Susulan kemalangan itu, polis bertindak menahan Uqasha Senrose yang berada dalam keadaan mencurigakan dan dibawa ke balai untuk siasatan.

Pemeriksaan rapi ke atas pelakon itu menemukan enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemuanya mempunyai 53 biji pil bahan terlarang dalam beg tangan Chanel miliknya.

Lebih mengejutkan, Uqasha didakwa dalam keadaan khayal.

LAPORAN POLIS PENUH:

FAKTA KES

-PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST** BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4

-TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH NO ** JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.

-SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN ** **** * YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: V** ***3.

-SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.

-KONST/** TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.

-SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL ** MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL.

-SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.

Butir-butir Tangkapan :

No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : **

Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : ** SUBANG JAYA SELANGOR
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan 


Itulah kisahnya yang melanda Uqasha Senrose. Pelakon ini kemudian telah dilepaskan setelah ujian air kencing didapati negatif.

Sumber: KOSMO / Media Hiburan / The Reporter

0 comments:

Post a Comment