Scha Alyahya Mengadu Awal Ashaari Dah Tak Lagi Romantik


Pelakon Scha Al Yahya mendedahkan bahawa suaminya iaitu Awal Ashaari bukanlah lagi seorang lelaki yang romantik.

Katanya lagi, ketika di awal dulu memang ada kejutan dari Awal namun kini sudah tidak ada lagi.

Ini jelas Scha Al Yahya.

"Awal sebenarnya tak pernah romantik, dia hopeless romantic tapi kalau dekat belakang dia ada juga cuba-cuba romantik.

"Kalau awal perkahwinan dulu dia suka buat kejutan tapi sekarang tiada lagi ya," 

Ini video dari Scha:



Sementara itu, Awal Ashaari pulamemebri reaksi tentang hal ini dan berkata, setelah enam tahun berkahwin, kini hubungan mereka sedang melalui fasa yang lebih matang.

"Sekarang ini, hubungan rumah tangga kami lebih matang dan Scha lebih memerlukan komunikasi dalam melayari kehidupan suami isteri.

"Bukan hadiah lagi yang dia nak, kalau saya bagi teddy bear besar, rasanya mahu dia campak ke muka saya," 

Ditanya tentang zuriat seterusnya, Scha Al Yahya memberitahu mereka sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua namun segalanya bergantung kepada rezeki.

"Setiap hari kita 'cuba'. Insya-Allah kalau ada rezeki kita nak tambah anak lagi.

"Lara pun dah besar, dia pun dah bersedia nak jadi kakak. Doa-doakanlah ya, mungkin tahun depan!," 

Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari telah berkahwin pada 4 Mei 2012 di Putrajaya.

Pasangan popular ini telah menerima kehadiran anak perempuan diberi nama Lara Alana pada 22 Julai 2014.

Kedua duanya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu yang diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre.

Ramai juga artis lain yang terlibat. Antara artis yang turut sokong kempen itu termasuk Neelofa, Nora Danish, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.


0 comments:

Post a Comment