Sebelum Ini Stacy Ada Beri Kenyataan, Ini Pula Kisah Sebenar Dan Pengakuan Akim Kenapa Tak Sertai AF Megastar

Sebelum Ini Stacy Ada Beri Kenyataan, Ini Pula Kisah Sebenar Dan Pengakuan Akim Kenapa Tak Sertai AF Megastar


Sebelum ini Stacy ada menyatakan punca kenapa dia tidak menyertai pertandingan Akademi Fantasia Megastar.

Ini kenyataan dari pihak Stacy (BACA SINI)

Akim Ahmad akhirnya membuat pengakuan  punca dia tidak dapat menyertai program nyanyian, AF Megastar.

Ini adalah kerana Akim sedang fokus untuk mempromosikan lagu terbaru kumpulan Akim & The Majistret berjudul Lagu Untuk Laila.

Akim memberitahu ini merupakan waktu sesuai untuk mempromosikan lagu tersebut kerana sebelum ini perancangan itu tergendala disebabkan jadualnya yang padat.


Ini pendedahan dari Akim:

"Saya sekarang tengah fokus kepada Akim & The Majistret kerana kami masih menyiapkan lagu baharu dan lakukan promosi bersama-sama.

"Jika saya menyertai AF Megastar mungkin perkara itu akan menyukarkan untuk kami bergerak melakukan promosi.

"Sepatutnya kami telah lakukan promosi pada awal tahun namun terpaksa ditangguhkan kerana saya terikat dengan satu program selama dua bulan.

"Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami lakukan promosi dan saya berharap agar peminat dapat memberi sokongan kepada single terbaharu ini," 


Antara nama besar yang tiada dalam AF Megastar ialah Stacy, Akim, Mawi, Aizat Amdan, Hazama dan Hafiz Suib.

AF Megastar kini telahpun bermula dan akan bersiaran  jam 9malam, setiap hari Ahad.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment