Ini Komen Terbaru Farid Kamil Tentang Status Hubungan Dengan Isterinya, Diana Danielle

Ini Komen Terbaru Farid Kamil Tentang Status Hubungan Dengan Isterinya, Diana Danielle



Farid Kamil hadir ke Anugerah Skrin semalam dan diburu wartawan untuk bertanya tentang status hubungannya dengan Diana Danielle.

Pelakon ini tidak melihat tindakan isterinya, Diana Danielle ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangga mereka yang dikatakan goyah sebagai perkara negatif.

Tindakan Diana itu sebenarnya telah membuatkan dia bermuhasabah diri dan sedar kesilapan diri.

Ini komen dari Farid Kamil:


SAYA MUHASABAH DIRI

"Pada saya ia bukan sesuatu yang negatif apabila Diana pergi mendapatkan rujukan di mahkamah kerana di situlah tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan.

"Malah di mahkamah juga ada pakar dalam bidang agama untuk mendapatkan rujukan dan nasihat, bukan semata-mata tempat membuat keputusan.

"Apabila perkara ini terjadi saya bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri apakah kesilapan yang sudah terjadi,"

MASIH GEMBIRA


"Kami masih gembira dengan perkahwinan kami malah ia menambah lagi kemanisan dalam hubungan kami suami-isteri.

"Apa yang terjadi adalah satu momen yang perlu dilalui dalam mengenali pasangan kita dengan lebih baik lagi,"

Farid mengatakan perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri dan melihat ia sebagai ruang untuk mengenali pasangan masing-masig dengan lebih mendalam.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan 2 anak iaitu Muhammad, 3 dan Nur Aurora yang kini berusia setahun.

0 comments:

Post a Comment