Friday, August 11, 2017

Tiara Jacquelina Dikecam Pakai Singlet Dalam Masjid? Kemudian Apa Yang Berlaku Membuatkan Ramai Buka Mata

Tiara Jacquelina Dikecam Pakai Singlet Dalam Masjid, Kemudian Seorang Wanita Tampil Memberi Komen...


Selebriti Tiara Jacquelina telah melawat negara Turki pada bulan lepas. Turki merupakan negara yang memang terkenal dengan sejarah yang amat mengagumkan.

Tiara Jacquelina yang dikenali ramai sebagai pelakon Puteri Gunung Ledang, telah melawat banyak tempat bersejarah di Tuki.

MELAWAT BANGUNAN HAGIA SOPHIA

Antara tempat yang dikunjung bernama Hagia Sophia yang memang menjadi tumpuan para pelancong.

Tiara Jacquelina ada memuatnaik gambar ketika berada di Hagia Sophia di laman Instagram miliknya.

DIKECAM GAMBAR DI HAGIA SOPHIA

Secara tiba-tiba ramai yang memberi komen menghentam Tiara Jacquelina kerana berpakaian singlet atau tank top ketika berkunjung di Hagia Sophia.

Rata rata kurang setuju melihat Tiara Jacquelina memakai pakaian sebegitu yang amat terdedah ditempat bersejarah itu.

Ini antara komen orang ramai:









KEMUDIAN INI YANG BERLAKU, PENJELASAN SEBENAR

Mungkin ramai yang beranggapan tempat yang dikunjung oleh Tiara Jacquelina itu ialah masjid walhal Hagia Sophia sebenarnya adalah muzium.

Bangunan Hagia Sophia ini pada mulanya pernah menjadi gereja dan masjid, Hagia Sophia kini menjadi muzium.

Apabila ada yang salah sangka bahawa tempat yang dilawati itu adalah  masjid, ada yang memberi penjelasan tentang bangunan bernama Hagia Sophia itu.

Ini antara penjelasan tentang bangunan ini:

"Bangunan Hagia Sophia ini antara bangunan bersejarah yg paling terkenal di dunia. Ia dibina oleh Maharaja Rom Justinian I pada kurun ke 7 sebagai GEREJA Ortodoks Timur agung di bandaraya Constantinople.

Bangunan ini merupakan gereja terbesar dan paling agung di dunia selama seribu tahun sehingga kota tu ditakluk oleh Uthmaniyyah (Ottoman) Turki pada tahun 1453. Ia seterusnya ditukar menjadi MASJID agung diraja Uthmaniyah buat 500 tahun lamanya.

Pada abad ke 20, ia ditukarkan menjadi MUZIUM (status yg masih dikekalkan pada hari ni) oleh Presiden Turki pertama, Mustafa Kemal Atat├╝rk selepas kejatuhan kerajaan uthmaniyyah dan pertubuhan republik turki moden"

RESPON TIARA

Tiara Jacquelina dilihat hanya 'cool' dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi penjelasan kepada orang ramai yang mengehantamnya.

0 comments:

Post a Comment