7 Foto: Edisi Kantoi.. Pramugari Jelita Ini Dikatakan Kekasih Baru Shahir



Nama penyanyi Shahir AF selalu sahaja dikaitkan dengan gosip cinta Erra Fazira.

Bila sebut sahaja nama Shahir , pasti ramai terbayang kisahnya dengan Erra Fazira.  Sejak kebelakangan ini itu sahajalah isu yang melibatkan Shahir.

Namun ada satu pendedahan menarik yang dibuat oleh portal hiburan Beautiful Nara, Shahir dikatakan mempunyai teman wanita baru yang dikenali, Mona Syamimi.
Namun berita ini masih belum diketahui kesahihan. Dari beebrap keping gambar yang dikongsi Mona Syamimi, sememangnya mereka berdua sering meluangkan masa bersama.

Malah caption pada beberapa foto yang di upload di laman media sosial Facebook milik wanita itu boleh dikatakan sangat sweet seperti pasangan sedang couple.

Jika dilihat dari foto di laman sosial milik Mona Syamimi, dia dilihat turut hadir melihat persembahan Shahir di Akedemi Fantasia (AF) baru-baru ini.

Mona Syamimi dilihat memuat naik gambar Shahir dari jauh di ata pentas, dan dia memberi ucapan selamat berjaya berserta dengan caption emoji bentuk hati buat Shahir.

Gambar profil milik Mona Syamimi di laman sosial juga diletakkan gambar bersama Shahir. Pastinya kalau kawan tidaklah sampai berbuat begitu bukan.

Kalau dilihat sekali pandang, memang sepadan mereka berdua, malah wanita itu juga bukan calang-calang, khabarnya seorang pramugari Fireflyz.

Apabila timbul isu ini, ramai yang bertanya, apakah perhubungan Shahir dengan Erra Fazira telah berakhir?

Namun, dari laporan portal Astro Gempak, ada yang mengatakan Erra Fazira sering menghantar Shahir ke konsert AF Megastar.

Hmm kita tunggulah jawapan dari tuan punya badan, Shahir nanti.

Shahir kini sedang fokus untuk konsert final AF Megastar pada Ahad ini.

Ini gambar wanita ini:








0 comments:

Post a Comment