10 Foto: Sekitar Majlis Malam Berinai Izara Aishah Bertemakan Bollywood



Pelakon popular Izara Aishah dan tunangnya Adib Khalid, yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari ini.

Semalam telah berlangsungnya malam berinai Izara Aishah yang telah diadakan di Damansara.


Antara yang hadir ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut berkongsi detik tersebut melalui laman IG miliknya.


Beberapa gambar telah dimuatniak oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuatkan para peminat Izara Aishah teruja melihat kecantikkan bakal pengantin itu, memang amat berseri-seri.

Izara Aishah kelihatan amat cantik dan wajahnya kelihatan seperti ‘anak patung’ yang mengenakan busana bertemakan Bollywood.

Sementara itu Adib Khalid turut hadir dengan gaya kasual dan turut mengenakan inai di tiga jarinya.

Majlis malam berinai ini diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 November dan majlis resepsi akan diadakan pada 19 November ini.

Jom kita tengok beberapa gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram ini. Izara Aishah sangat cantik!







Semoga segala perjalanan majlis pernikahan Izara Aishah dan Adib Khalid akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber: IG CTDK / Instagram

0 comments:

Post a Comment