"Lihat Macam Mana Datuk K Marah.." - Siti Nurhaliza


Penyanyi paling popular di Malaysia iaitu Siti Nurhaliza bakal muncul dalam satu rancangan realiti bersama keluarganya.

Program pengembaraan ini dinamakan STDK-ation, satu rancangan yang merakamkan detik leuarga besar Siti Nurhaliza bercuti di luar negara.

Seramai 25 orang alhi keluarganya yang mengikuti rombangan itu boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria bermula 29 Disember ini.

Berbicara tentang rancangan terbabit, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui banyak drama berlaku sepanjang 20 hari penggambaran program percutian CTDK-ation.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Macam-macam 'drama' sepanjang 20 hari kami bercuti, maklumlah rombongan kami ramai di tempat baru, pelbagai ragamlah yang keluar.

"Kalau nak tengok macam mana Datuk K marah dan macam mana saya pujuk dia, jangan lupa tengok program ini. Bukan senang kami nak bercuti ramai-ramai begini.

"Macam-macam dugaan yang kami lalui sepanjang bercuti yang sempat dirakamkan khas untuk peminat,"

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman percutiannya bersama keluarga yang dirakamkan pada tahun lalu.

Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid yang lebih mesra disapa Datuk K, ditemui pada sidang media program realiti CTDK-ation yang berlangsung di Great Eastern Mall, pada Rabu.

Rancanagn ini dibuat hasil kerjasama Ziarah Harmoni Travel and Tours dan Dubai Taurism.

Menrusi pengambaraan ini, rombongan keluarga Siti Nurhaliza dibawa melawat tiga negara yang mempunyai sejarah Islam iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai.

Rombongan turut disertai ibunya iaitu Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanafi, memang meriah habis.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, penggambaran yang berlangsung pada Oktober 2016 lalu itu disiarkan agak lewat berikutan mencari masa yang benar-benar sesuai.

Akhirnya hujung tahun ini dipilih kerana ianya merupakan cuti sekolah dan mood travel.

Bagaimanapun, Emarina berkata, isi kandungan program berkenaan merupakan karya yang mempunyai nilai eksklusif.

Progam CTDK-ation bakal disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di Astro Ria dan Ria HD bermula 29 Disember depan. -BeritaMemey

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment