"Hubungan Kami Kini Rumit" - Sufian Suhaimi

 
Pasangan yang sedang bertunang, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sejak kebelakangan ini sering menjadi tumpuan pihak media.

Ini ekoran pelbagai spekulasi yang timbul tentang status hubungan mereka berdua.

Sehinggakan ada isu mengatakan mereka berdua sudah tidak follow instagram masing-masing.

Sufian ada menajwab mengatakan Instagram milik mereka mereka ada masalah teknikal sehingga tidak boleh follow instagram masing-masing.

Yang terbaru, penyanyi bersura lunak ini ada mengakui hubungannya dengan pelakon Elfira Loy amat complicated.

Sufian Suhaimi mengakui hubungannya dengan tunang sedang melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, Sufian menyatakan, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

Ini komen Sufian Suhaimi via mStar:

"Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.
"Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,"

Sufian Suhaimi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era 2018 yang diadakan KL Hilton.

Sementara itu, Sufian berkata, sebenarnya dia sebagai seorang individu dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.


Namum isu berkahwin ini melibatkan banyak pihak.


Ini komennya lagi:

"Sebagai indvidu saya bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan ramai pihak terutamanya keluarga.

"Kita tidak boleh membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu saya bersedia,"

Apabila ditanya tentang persiapan perkahwinan, Sufian berkata, dia dan Elfira Loy kini amat sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun penyanyi ini memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan mereka.

Diimbas kembali, Sufian Suhaimi menghantar rombongan merisik Elfira Loy selepas empat bulan berkawan rapat dan mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di kediaamn Elfira Loy.

Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja dan cepat-cepatlah melangsungkan pernikahan.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment